Oktober 11, 2015

3 LAYER GREEN TEA


Alhamdulillah...  demam green tea melanda di group MASAK APA HARI NI. Pelbagai citarasa dan idea yang menarik. Tidak di nafikan kita di sini pun jadi terikut. 
Alhamdulillah.. semalam Sue pergi Thai store nak beli barang dapur dan ternampak green tea dengan harga yang kurang lebih di malaysia dalam rm15@ 30kr termasuk gst dan import tax. 
Kali ni Sue buat 3 layer menggunakan sirap gula apong, gula merah dan gula melaka serta sedikit gula pasir. Memang nanti lepas di masak sirupn nya kan mendapat banyak dan bolehlah di sejukkan untuk kegunaan bila perlu. 
Kalau di sarawak 3 layer tea memang famous dan ada yang menggunakan sirap pandan. 



3 LAYER GREEN TEA
Resepi: Sue Norrman
Sumber: Facebook

Bahan sirap
50g gula pasir
50g gula merah
2 keping kecil gula melaka 
25g gula apong (Tak ada abaikan)
50-60ml air

Cara
1) Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masakan sehingga gula hancur sepenuhnya.
2) Tapis dan simpan dalam kontena dan boleh di simpan dalam peti sejuk.


Green Tea
 Bahan-bahan
3 sdt serbuk green tea
250ml air panas mendidih

Bahan sampingan 
Susu pekat manis
Susu cair carnation
Ais secukupnya

Cara
1) Letakan serbuk green tea dalam gelas tahan panas dan tuangkan air panas memdidih. rendan dalam 10-15 minit.
2) Tapiskan terlebih dahulu sebelum digunakan.
3)  Sediakan gelas, ambil 1sdm susu manis dan tuang kedalam gelas. Kemudian masukan lagi 1 sdm sirap gula dan diikuti ais batu dalam 4-5 ketul.
4) Tuang Green tea yang sudah di tapis tadi hingga 3/4 gelas dan tuang susu cair secukupnya.
5) Bila hendak minum kacau terlebih dahulu dengan sudu supaya ianya sebati. 

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM

Homemade Air Fanta Hijau Sedap


Tak tau nak kata apa.. Yang pasti air ni memang sedap dan rasa sebiji macam fanta F&N. Resepi asal dari group Masak Apa Hari Ni di Fb dan bila ketinggalan lupa nak save dan Sue cedok dari dapur KAK ITA MASAM MANIS. Cuma kuantiti Sue bahagi kepada enam bahagian memandang kami keluarga kecil duduk berdua sahaja. Tengok dari komen-komen teman group ada yang cadangkan tambah air aiskrim soda untuk mendapatkan soda. 
Untungnya duduk malaysia boleh dapat semua nya tapi Sue menggunakan Soda Stream, mesin untuk membuat soda yang sinonim untuk kami disini. mesin ni Sue beli 2 tahun lepas dan biasa buat untuk air sejuk biasa atau kordial lain. Bila disatukan dengan kordial fanta Walla.. Sedap!! 

HOMEMADE AIR FANTA SEDAP
Resepi: Haliza Baharum (FB)
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
3 kg gula pasir ~ boleh kurangkan jika tak suka manis
2 liter air
330 ml Oren Sunquick
1/2 botol pewarna hijau apple Star Brand
1/2 botol perasa pisang Star Brand
1 helai daun pandan di simpul

Cara
*Gunakan periuk yang besar atau tinggi untuk memasak air*
1)Tuangkan air, daun pandan dan gula ke dalam periuk dan masak atas dapur hingga gula larut dan air mendidih.
2)Masukkan Oren Sunquick dan biarkan ia merenih sebentar.
3)Masukkan pula pewarna hijau.
4)Bila dah didih tutup api dan masukkan perasa pisang.
Biarkan sejuk

Untuk menghidang, tuangkan dalam jug atau gelas, tambahkan air sejuk jika manis
Masukkan ketulan ais.

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM

Oktober 09, 2015

CHEESY FILO MUFFIN


Alhamdulillah.. menu yang simple untuk dinner kami. Filo pastry ni sebenarnya sue beli untuk buat baklava tapi belum berkesempatan. Insyallah kalau lepas exam nanti kita beraksi kembali di dapur.
 Tidak kurang rasanya menggunakan filo pastry ni untuk membuat pai atau muffin cara begini. Walaupun dah sejuk tapi pastrynya masih ranggup dan gabungan daging cincang dan cheese membuatkan ianya menjadi lebih sedap.


CHEESY FILO MUFFIN
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
10 keping filo pastry 
(Kalau tidak ada yang fresh, guna yang frozen dan defrost terlebih dahulu)
Mentega cair secukupnya

(A)
1 batang seleri bersama daun
2 batang lobak merak
1/2 biji bawang besar
*Guna food prosessor dan kisar halus. Kalau tidak ada boleh di cincang*
Minyak untuk menumis

(B)
400g daging cincang
2-3 biji kentang - potong dadu halus dan rebus 1/2 masak. Toskan
1/2 sdm tomato puree atau tomato sos
1 sdt lada hitam
1/2 sdt serbuk paprika
1 sdt serbuk perasa
Gula dan garam secukupnya

(C)
2 sdm natural yogurt
2 sdt tepung gandum + air sedikit 

(D)
Cheddar parut
Cili benggala - potong dadu kecil

Cara
*Panaskan oven pada suhu 180 degrees*
1)  Tumis bahan (A) hingga kuning  dan masuk bahan (B)- daging dahulu. Bila daging dah bertukar warna baru masukan bahan lain. Tumis sehingga masak dan rasakan secukupnya.
2) Tutup api, masukan bahan (C) dan kuar sebati.
3) Sediakan acuan muffin, ambil sekeping filo pastry dan sapu dengan mentega cair pada keseluruhan pastry. Lipat 2 dan sapu lagi sedikit mentega cair dan lipat lagi menjadi segiempat kecil.
4) Masukan ke dalam acuan muffin dan isikan daging, tabur sedikit cheddar, cili benggala dan tabur cheddar sedikit lagi.
5) Buat sampai habis dan bakar selama 20-25 minit sehingga pastry keperangAN dan bolehlah di keluarkan.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM

Oktober 02, 2015

IKAN SELAR GORENG SAMBAL AJVAR


Hari ni Sue entri awal mana tak nya masak dan makan sebelum tengahari lagi. Nanti petang nak buat kerja da review paper semua dari sekolah. Menu hari sejuk yang membuatkan nasi bertambah dan berpeluh. Sambal yang unik rasanya kombinasi terung, cili benggala, fefforoni, tomato dan bahan lain. Memang sesuai untuk ayam, ikan mahupun seafood. 
Idea timbul bila minggu lepas pergi beli barang dapur ternampak paste dalam botol tulis ajvar beserta gambar. Ajvar merupakan menu Serbian dan salah satu paste yang digunakan untuk makan bersama pasta. Tertarik dan Sue terus tengok bahan asas yang diperlukan belakang botol. 
Biasalah kalau part macam tu cepat je keluar handphoone dan snap. Hari ni Sue mencuba dengan olahan sendiri dan ternyata ianya amat sedap sekali. Boleh lah mencuba pasti bertamabah nasi dibuatnya.


IKAN SELAR GORENG SAMBAL AJVAR
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
5-6 ekor ikan selar - cuci bersih
Tepung kunyit dan garam secukupnya
(A)
1 biji terung ungu
1/2 biji cili benggala merah
2 biji tomato ranum
2 biji fefferoni@ cili hijau 
* Semua dipotong kecil dan digoreng. Kemudian dikisar kasar*

(B) Sue tambah sendiri
2-3 lembar daun limau purut - buang tulang tengah
1-2 batang daun ketumbar - potong halus*
1 sdm air asam jawa (bergantung pada citarasa)
1 sdm jus limau nipis
1 sdm atau lebih gula merah
Garam secukup rasa

Bahan Kisar - Sue tambah
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 batang serai
1 sdm cili giling (Kalau nak pedas tambah lagi)

Cara
1) Satukan ikan, garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan jangan terlalu kering dan ketepikan.
2) Tumis bahan kisar sehingga kuning dan masukan bahan (A). kacau menggunakan api kecil sehingga pecah minyak.
3) Kemudian bila kuah dan pekat masukan bahan (B) kecuali yang bertanada (*) dan kacau lagi hingga masak dan cukup rasa.
4) Tutup api dan masukan (*) daun ketumbar. Kacau sekejap dan tuang kuah atas ikan yang sudah di goreng tadi.

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM


ORIGINAL SWEDISH MEATBALLS AGAIN


Kelaziman dan menu harus ada pada setiap rumah swedish. menu ni Sue panggil menu di pisah jangan. Kalau tak makan meatballs memang tak cukup rasanya bagi mereka. Juga tidak kurang pada Sue kadang tu terliur juga. Semalam macam biasa menu harus kembali setelah lama mendiam dan sue letakkan cheddar cube untuk suka-suka dan rasanya juga sedap. 
Rupanya tak secantik dan licin pasal Sue malas nak menggunakan food processor. Sue guna tangan je untuk bagi sebati tapi rasanya tetap tetap tak berubah. Kami di sini kalau buat meatballs ni tanpa menggunakan original spices memang tak cukup rasanya. Aroma dan rasa membuatkan ianya menjadi satu kelainan. 
Itu yang serbuk manakala kalau yang belum di mesin memang kami gunakan untuk buat stew daging. Boleh tengok DISINI rupanya KRYDDPEPPAR. Sejujurnay Sue Tidak pasti sama ada ianya ada kah tidak jual di Malaysia. 
Resepi meatballs dan sos boleh tengok DISINI. Untuk memudahkan Sue sertakan sekali resepi nya ye.

MEATBALL

Oleh: Sue Norrman 


500gm daging kisar (mince beef)

1/2 biji bawang besar - potong dadu halus*

1 sdm mentega/marjerin*

3/4 sdt serbuk lada hitam

1 sdt kryddpeppar@ mixed spices

1/3 serbuk kayu manis (Sue tambah)

1/3 sdt gula

1/2 - 1 sdt garam - Rasakan dahulu.

2 sdm serbuk roti - kalau yang kasar, kisar halus.

30 ml susu segar

1 biji telur 'c' - Sue tak guna tapi kalau nak boleh masukkan.

1-2 sdm mentega untuk masak meatball kemudian

Cara

1) Tumis bahan yang bertanda (*) keperangan dan ketepikan seketika.

2) Satukan semua bahan-bahan selebihan dan masukkan ke dalam food processor. kemudian masukkan kesemua bawang dan butter tadi dan kisar halus. Kalau tak ada food processor cuma kisarkan bawang tumis tadi dan gaul guna tangan hingga sebati.

3) Bulatkan ikut kesukaan besar mana.

4) Guna non stik pan dan masukkan mentega tadi. Guna api kecik dan tutup pan supaya cepat masak dan tak hangus.

5) Pusing-pusingkan meatball supaya warnanya sekata hingga masak.

6) mentega lepas masak meatball jangan dibuang. Digunakan untuk membuat sosnya.



P/S:- Kalau nak boleh guna cara macam buat fish ball. Rebus sekejap kemudian masak dalam pan lagi tapi rasanya dah tak berapa sedap disebabkan rasanya keluar dalam air rebusan. Cuma kejadian nya cantik sahaja.

BROWN SOS (Gravy)

Oleh: Sue Norrman


Mentega lepas masak meatball tadi.

2 cwn stok ayam

1 sdm kicap cair

1 ketul kiub ayam

1/3 serbuk lada hitam

garam dan gula - untuk tambahan kalau tak cukup rasa.

2 cwn whipping/double cream*

1 sdm tepung kentang/jagung*- bancuh dengan sedikit air



Cara

1) Satukan bahan kecuali yang bertanda(*) dan masak atas api sederhana hingga mendidih.

2) Masukkan yang bertanda (*) Krim dahulu dan sebatikan dan baru masukkan (*) bancuhan tepung.

3) Didihkan lagi dalam seminit dan tutup api. Kuah jangan terlalu pekat atau cair.



P/S:- Kalau kuah cair masukkan lagi sedikit bancuhan tepung dan kalau terlalu pekat masukkan sedikit krim.
SELAMAT MENCUBA!
KRAM

.

PAI LABU SEDAP


Selamat pagi.. beginilah kalau tak ada sekolah lebih-lebih lagi sekarang cuaca dah sejuk. Perut memang sentiasa bergendang minta di isikan. Labu ni pemberian kawan Sue Filipino minggu lepas. Dia tanam sendiri dan benih dari Filipin. Isinya halus dan manis sekali. Banyak kali dah masak labu ni dari di panggang dan suami cakap bosan asyik labu je LOL.
Pai labu ni selalu Sue buat suatu ketika dulu dan menjadi kesukaan kami sekeluarga. Pastry nya Sue olah sendiri manakala filling Sue dapat dari kakak ipar. kami disini apa yang berkaitan dengan pai yang manis memang tak lari dengan vanilla krim. Sue kehabisan stok vanilla dan makan dengan jem HJORTONSYLT ni pun sedap. Jem yang teramat mahal dan cuma buahnya banyak terdapat di utara Sweden dengan cuaca yang sejuk.  Insyallah rasa yang tidak menghampakan dan boleh dijadikan jualan sampingan.


PAI LABU SEDAP
Resepi: Sue Norrman

Bahan pastry
170g mentega atau marjerin - cairkan
180g tepung gandum
80g gula kaster
1 sdt serbuk penaik
1/3 sdt garam

Cara
1) Satukan semua bahan dan terus masukan kedalam pie plate 9 inci( Sukatan memang untuk satu pai)
2) Kemudian tekan menggunakan jari sehingga menutupi keseluruhan plate. Ketepikan dahulu sebentar sementara membuat filling.
*Pastry doh ini tidak payah di sejukkan*


Inti labu
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
250 g labu yang sudah di kukus atau rebus - lenyek halus
150g gula perang@ brown sugar
3 biji telur B
80g tepung gandum
11/2 sdt serbuk kayu manis
150ml fresh cream@ whipping cream

Cara
*Panaskan oven pada suhu 180 degrees*
1) Pukul gula perang  dan telur sehingga kembang.
2) Kemudian masukan tepung dan serbuk kayu manis. Kacau sebati dan masukkan labu.
3) Akhir sekali masukan krim dan kacau sebati lagi. Tuang dalam pastry dah dan sedia dan bakar selama 30-40 minit. 10 minit terakhir menggunakan api atas bawah dan bakar sehingga masak. Bergantung pada oven masing-masing.

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM


Oktober 01, 2015

CHEESY BAKED MACARONI


Baked macaroni ni atas permintaan suami Sue. Lama katanya tak makan baked macaroni so bila sampai je di rumah balik dari sekolah  terus keluarkan daging dan apa yang perlu. Ianya tidaklah mengambil masa yang lama dan amat mudah sekali.
Biasanya kita memang makan dengan sos putih tapi kali ni Sue buat cheese sos yang simple. Yang pasti ianya berselera.


CHEESY BAKED MACARONI
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
2 cawan makaroni pasta - rebus dengan sedikit garam sehingga lembut dan toskan.
( Ianya bergantung pada jenama dan boleh rujuk pada belakang bungkusannya )
Cheddar parut (Sue guna cheedar + mozzarella parut )

(A)
1/2 biji bawang besar - cincang halus
300g daging cincang
1 sdt mixed herbs ( nak lebih pun boleh ) - kalau tidak ada cukup guna oregano + parsley sahaja
2-3 sdm tomato puree boleh kurangkan kalau tak nak masam
1/2 cwn sos tomato
2-3 cawan susu segar (agak-gaka ye)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak zaitun untuk menumis

Cara
*Panaskan oven pada suhu 170-180 degrees*
1) Bahan A - Tumis bawang terlebih dahulu sehingga kuning.
2) Kemudian masukan daging cincang dan herbs. Tumis sehingga bertukar warna dan masuk bahan-bahan ikut turutan dan rasakan secukupnya baru masukan makaroni.
3) Kuar sebati dan bolehlah di masukan ke dalam casserole berselang seli dengan cheedar parut.
4) Bakar selama 20-25 sehingga cheese cair dan boleh lah di keluarkan.


 CHEESY WHITE SAUCE
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
1 sdm mentega
1/2 sdm tepung gandum
400 ml susu segar
Garam dan lada putih secukup rasa
2-3 keping Cheedar slice ( Boleh guna yang parut dalam 1/2 cawan )

Cara
1) Cairkan mentega dalam periuk dan masukan tepung gandum. Tumis sehingga tepung masak dan terus masukan susu.
2) Kecilkan api dan masukan garam dan lada. Kuar sehingga mendidih dan pekat baru masukan cheese dan kuar lagi sehingga cheese cair dan sebati. Tutup api.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM

SERI KAYA KARAMEL YANG SEDAP


Alhamdulillah.. Cantik dan sedap kejadiannya. Resepi asal dari Puan Norzalina dan Sue cedok dari rumah Ros Jintan Manis dan sumber dari Che Mat Gebu.. Memang tidak menghampakan seri kaya ni sebagai anak rantau.
Ianya amat di perlukan untuk kek dan roti sapu untuk sarapan. Sue menggunaka microwave untuk memasaknya dan putar setiap 2 minit.
 Sue pun masukan tepung gandum macam yang Ros katakan. Ianya tidak terlalu pekat dan cair.


SERI KAYA KARAMEL YANG SEDAP
Resepi : Puan Norzalina
Sumber : Che Mat Gebu
               Ros Jintan Manis
Oleh: Sue Norrman

Bahan- bahan
3 biji telur Gred A (sue guna 2 biji telur +3 biji kuning telur ) telur saiz A
300 ml pati santan (sue etak 400ml santan pekat dalam kotak)
240 g gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul

UNTUK KAREMEL
60 g gula pasir (Sue guna 80g gula)
125 ml air panas

Cara
1) Satukan telur, gula dan pati santan dalam satu bekas, kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Tapis adunan ke dalam periuk.
2) Masukkan gula pasir ke dalam periuk lain dan tenggekkan atas dapur. Masak hingga gula mencair, kacau selau. Bila guna menjadi perang, perlahan2 masukkan air panas dan terus mengacau. Matikan api.
3)Kacau adunan no 1, dgn wisk dan masukkan karemel tadi sambil terus mengacau. Masukkan daun pandan dan masak atas api sederhana sambil terus mengacau dengan wisk sehingga adunan menjadi pekat. Berhati2 kerana adunan yg pekat akan memercik semasa proses memasak. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas botol.

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM

September 29, 2015

CHOCOLATE COOKIES WITH FILLING


Assalammualaikum...  Alhamdulillah cookies menjadi dengan jayanya.
Bila dapat tahu national exam lagi 2 minggu berderau rasa kepala. Tak nak stress nanti tak dapat fokus. So kita nak relax dan mencuba lagi buat cookies ni dengan idea baru.
Sebenarnya Sue nak buat nutella filling tapi terlupa nak beli. 
Balik dari sekolah singgah di supermarket kira nak beli tapi bila dan masuk lain pula yang diambil. Sampai dirumah baru sedar itu yang terlupa padahal tujuan singgah memang nak beli nutella. Godaan mata membuatkan kita terlupa apa tujuan sebenar. Tak palah Insyallah kita boleh buat next time. 
Kali ni Sue menggunakan peanut butter dan cokltt nuts untuk filling. Rasa cookies yang tak manis dan keenakan rasa koko menjadikan kombinasinya yang amat sedap. 


CHOCOLATE COOKIES
Resepi: Sue Norrman
Anggaran dapat dalam 40-50 biji bergantung pada saiz.

Bahan-bahan
(A)
120g mentega - suhu bilik
140g gula perang

(B)
60g gula kaster
2 biji telur B
1 sdt golden sirup

(C) Ayak
300g tepung gandum/biskut
60g serbuk koko
1/2 sdt garam halus
1/2 sdt bicarbonate soda
1/3 sdt serbuk penaik

Filling
Nutella
Peanut butter
*Untuk filling mesti disejukan terlebih dahulu. Untuk memudahkan cedok 1/2 sdt setiap satu dan letak dalm dulang. Sejukan sekurang-kurang 2-3 jam sebelum diguna. Ianya untuk memudahkan membulat biskut supaya intinya tidak cair*

Gula kaster secukupnya - Untuk menggolek biskut


Cara
*Panaskan oven pada suhu 180-200 api atas bawah. Ianya bergantung pada oven masing-masing. Sue guna suhu 200.*
1) Pukul bahan (A) menggunak elektrik mixer hingga sebati. Jangan sampai kembang ye.
2) Kemudian masukan bahan (B) dan pekul sebati lagi diikuti bahan (C) sedikit-sedikit dan sebati.
3) Uli lagi menggunakan tangan untuk menjadikan doh padat.
4) Ambik sedikit doh sebesar duit 20 dan bulatkan. Buat lubang di tengah dan isikan inti. Kemudian bulatkan lagi dan golek dalam gula.
5) Letak dalam dulang yang telah dilapik dengan kertas kek. Buat sampai habis.
6) Bakar selama 10-13 minit. bergantung pada oven masing-masing. Bila biskut dan merekeh bererti ianya dan masak dan bolehlah dikeluarkan.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM

September 25, 2015

MEXICAN COFFEE BUN GEBU


Alhamdulillah.. Semalam bila tetamu datang Sue sajikan mexican bun panas untuk mereka. Bila dah tahu jam mereka sampai Sue siapkan doh dan menunggu bun naik. 
Sejurus mereka datang Sue pun terus letak topping dan masuk oven.
Wallla.. Harum semerbak rumah dengan haruman kopi dan semua duk tanya. Bila dan siap Sue teruskan keluar dari oven hidang sekali dengan dulang tak sempat nak letak dalam pinggan. Masing-masing dan masuk dapur nak rasa. Sue cuma sempat ambil gambar LOL.
Syukur Alhamdulillah semua memuji sedap. Kita pun senyum bila mereka makan serta anak-anak mereka pun suka. Di Sweden memang tak ada jual bun begini di bakeri. Mungkin itu mereka rasa satu kelainan.
Insyallah kalau ada undangan Sue akan buat lagi dan letak filling.


MEXICAN BUN SEDAP
Resepi: Sue Norrman
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
400g tepung roti@ High protein flour
60g gula halus
25g tepung susu
2 sdt instat yis
1/2 sdm leciten pumpable (wet) - boleh ganti dengan bread softener (skip kalau tak nak)
1 sdt monofresh - boleh ganti bread improver 1/3 sdt 
1/2 sdt garam

(B)
*Timbang sama dalam satu bekas*
80g ais batu
90g air sejuk
1 biji telur B

(C)
30g butter oil substitute - kalau tak ada ganti butter biasa

Cara
1) Gaul sebati bahan (A) dalam bread maker atau mixer. Pastikan yis di letak terlebih dahulu sebelum tepung untuk menggelak ianya terkena garam dan roti tidak akan mengembang.
2) Set mesin pada setting doh dan bolehlah di on kan dan masuk bahan (B) sikit-sikit sehingga sebati dan terus masukan bahan (C).
3) Uli hingga elastik kurang lebih dalam 40 minit.
4) Bila doh dah siap rehatkan selama 30 minit sehingga naik 2 kali ganda. Keluarkan dari mesin/ mixer tumbuk untuk membuang angin.
5) Timbang setiap doh 40g. Sediakan dulang/loyang dan sapu shortening sedikit supaya tidak melekat bila membakar. 
6) Sapu sedikit minyak pada tangan untuk memudahkan proses membulat doh dan supaya ianya tidak melekat pada tangan.
7) Letakan doh dalam dulang pembakar dan rehatkan lagi sehingga naik dalam 30 minit.
8) Bolehlah di letak topping atas bun masukan kedalam oven yang telah di panaskan pada suhu 190-200 degrees dan bakar 25 minit sehingga masak. Bergantung pada oven masing-masing.


MEXICAN BUN TOPPING
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
120 g mentega - lembutkan pada suhu bilik
90g gula icing
1 biji telur B - pukul hancur sahaja
1 sdm serbuk nescafe + 1/2 sdm milo - bancuh sedikit dengan air panas
110g tepung kek / gandum
30g tepung jagung
1/3 sdt serbuk kayu manis - kalau tidak suka boleh skip

Cara
1) Pukul memtega dan gula icing sehingga sebati sahaja.
2) Masukan telur dan kuar sebati. Di ikuti nescafe dan tepung. Sebatikan dan masukan kedalam piping beg.
3) Sejukan dalam petiais terlebih dahulu sebelum digunakan.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM


September 24, 2015

KARI AYAM DAUN KUNYIT YANG SEDAP


Alhamdulillah.. menu raya haji yang simple dan tak pedas untuk tetamu kalau pedas takut mereka tidak dapat makan. Kali ni Sue buat kari campur daun limau purut dan daun kunyit ala rendang. Cuma kebihannya Sue menggunakan lebih serbuk kurma untuk memberi rasa yang lebih sedap. Manakala daging Sue buat masak hitam kerana mereka lebih suka masak hitam berbanding masakan lain DISINI.



KARI AYAM DAUN KUNYIT
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
1 ekor ayam anggaran 1kg lebih - potong, cuci dan toskan.
1-2 sdt serbuk kunyit
1 sdt garam
*Gaul sebati dan ketepikan*

(A)
1 biji bawang besar - hiris nipis
1 helai daun pandan - simpul
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bungan lawang
3 biji buah pelaga
5 biji cengkih
Minyak secukupnya untuk menumis
 Bahan kisar
1 biji bawang bombay kecil
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai

Paste
3 sdm serbuk kari ayam babas
6 sdm serbuk kurma babas
3 biji buah keras yang sudah di tumbuk halus
air secukupnya untuk membancuh

(B)
3-4 cawan santan pekat
5 sdm kerisik
4 lambar daun limau purut
Air asam asam, garam dan sediki gula melaka - secukup rasa

(C)
5 helai daun kunyit - hiris halus

Cara
1) Panaskan minyak dan masukan bahan (A). Tumis sehingga bawang layu dan masukan bahan kisar.
2) Tumis lagi sehingga bawang masak dan pecah minyak. kecilkan api.
3) Kemudian masukan paste dan biarkan sehingga kari betul-betul masak dan pecah minyak. Sentiasa di kuar takut kari hangus. Kalau terlalu kering boleh masukan sedikit air supaya kari tak hangit.
4) Bila kari dah masak masukan ayam dan kuar sebati. Tudung kuali dan renehkan sehingga ayam keluar air.
5) Masukan bahan (B) dan masak sehingga santan pekat dan secukup rasa. Akhir sekali bila santan dah pekat baru masukan bahan (C), kuar sebati dan tutup api.

SELAMAT MENCUBA!


 KRAM





LEMANG KUKUS YANG MUDAH DAN SEDAP


Selamat Hari Raya Aidil Adha dari Sweden. Kerinduan pada saat begini bersama keluarga terasa amat menyedihkan bagi kami yang merantau. 
Semalam Sue buatkan lemang kukus untuk tetamu petang nanti juga beberapa biji pulut panggang dek kerana teringin nak makan pulut panggang. Untuk mencantikkan Sue guna press grill mesin je. Lemang kukus ni memang selalu Sue buat kalau kepingin nak makan malah ianya lebih mudah tak payah duk menunggu depan bara. Tapi biasanya selepas dikukus Sue masuk oven lagi untuk mengeringkan sahaja supaya bila dipotong cantik kejadiannya.
Rasanya juga sedap lebih-lebih lagi dimakan bersama rendang dan nasi himpit.


LEMANG KUKUS 
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
 3 cawan beras pulut - cuci dan rendam 4 jam (bergantung pada jenis beras pulut). Kemudian toskan.
(Sue cuma rendam 1 jam kerana menggunakan beras pulut susu siam. )
3 cawan santan pekat + 1 sdt gula dan garam secukupnya - masak sehingga pecah minyak.
3 helai daun pandan - simpul
Daun pisang secukupnya - layukan atas api supaya lembut dan senang bila digolong.
Aluminum foil

Cara
*Panaskan kukusan terlebih dahulu*
1) Sediakan loyang dan masukan beras pulut. Ratakan.
2) Tuang santan yang sudah dimasak tadi serta daun pandan. Sukatan santan mesti sama paras dengan beras. Jangan lebihkan santan nanti beras akan lembik bila sudah masak.
3) Kukus dalam 30 minit bergantung pada beras sehingga masak.
4) Bila dah masak keluarkan dan carik-carikan dan bairkan sejuk.
5) Kepal pulut mengikut saiz yang disukai dan letak atas daun pisang. Golongkan padat supaya daun pisang melekat. Hujung sebelah menyebelah buncu lipatkan dan golong lagi dengan aluminium foil.
6) Buat sampai habis dan kukuskan lagi dalam 20 minit dan kemudian bolehlah dimasukan ke oven . Bakar 20 minit pada suhu 180 degrees api atas bawah.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM

September 22, 2015

KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE


Alhamdulillah...  Fried Kuey teow untuk sarapan pagi semalam manakala mee nya Sue dah siapkan awal pada malam sebelumnya. Terpaksa buat sendiri manalah nak dapat tapi di kedai Thailand memang ada jual dan selalu nampak dalam chiller. Cuma tak pasti halalnya. Kalau buat sendiri memang sudah pasti kita tahu dan tanpa was-was.
Resepi asal dari tukang masak Seafood restoren yang dulu semasa masih punya restoren. Dia merupakan regular customer ke restoren Sue beli roti canai dan kalau dia off day dia akan bawa family serta mak dan mentua sekali. Kebiasaan dia akan telefon dulu untuk booking meja bila nak menjamu masakan melayu. Syukur dan salute kerana dia tidak pernah memperlekehkan kita melayu berniaga malah menyokong.
 Kalau ada kekurang pada masakan dia akan panggil Sue dan bercakap. Kita pun lega bila mendengarkan so kita boleh perbaiki apa yang kurang. Begitu juga dia akan bawa kawan -kawan lepak di restoren Sue semata-mata nak makan laksa dan roti canai padahal kedai mamak memang banyak di Miri. Kita pun tak tahu kan pasalnya mereka yang merasa. 
Dari situlah Sue mula bersembang dan penghujung Sue bertanya macamana nak goreng kuey teow sedap. Biasa chinese fried kuey teow memang sedap kan. Dia pun berkongsi tip dan resepi tapi ada yang Sue tambah mengikut citarasa kita melayu. Alhamdulillah.. satu kepuasan dan pasti memang sedap.


KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE
Resepi: Chef Seafood
Oleh: Sue NOrrman

Bahan-bahan
(A)
1/2 kg kuey teow
3 biji telur - pukul hancur sahaja

 (B)
5-7 ulas bawang putih - cincang halus
Udang dan sotong jika suka
minyak secukupnya untuk menumis

(C)
1/2 sdm sos tiram
1/2 sdt kicap cair
1sdt kicap pekat manis - Sue tambah
1/2 sdt kicap pekat - untuk warna sahaja
1/2 sdt pitis otak udang - Sue tambah
1 sdm sos cili - Sue tambah
*Satukan sebati*

Tauge secukupnya
Daun kucai jika suka - Sue tambah

Cara
1) Tumis bahan (B), bawang dahulu sehinnga kuning dan masukan udang. Biarkan sekejap sehinnga udang bertukar warna.
2) Kemudian masukan bahan (A) kuey teaw terlebih dahulu. Goreng sekejap sehingga minyak serap pada mee dan baru masukan telur. Biarkan sekejap sehinnga telur kering.
3) Kemudian masukan bahan (C) dan goreng lagi sehinnga sebati pada mee dan akhir sekali masukan tauge dan daun kucai. Goreng seminit dan tutup api.
*Penggunaan api mesti sedang besar supaya kuey teaw tidak hancur*

SELAMAT MENCUBA!

KRAM



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...