Ogos 01, 2015

BAKED SWEDISH MEATBALL WITH CARAMELIZED MUSHROOM SAUCE




 Alhamdulillah... Dapur berasap seperti biasa dan hari ni Sue buat Swedish meatball again!. Tapi kali ni sos nya Sue tambah Caramelized mushroom dan bawang merah.. sedap oiii. Dan kali ni versi baked dan tabur dengan fresh parsley memang sedap dari biasa. Ni buat pertama kali Sue buat versi baked tapi kadang tekak ni ingin kelainan. Untuk resepi BROWN SOS DISINI ye dan untuk SWEDISH MEATBALL DISINI.

 Mohon baca selanjutnya di bawah takut keliru ye.. keterangan di gambar di bawah.



 Kalau nak rasa yang superb cubalah versi baked ni..memang hasilnya tak menghampakan Insyallah..  untuk caramelized mushroom dan bawang merah resepinya sat naaa..


CARAMELIZED MUSHROOM AND SHALLOTS
Resepi: Sue Norrman
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
6 biji bawang merah saiz sedang- hiris nipis
1 tin cendawan butang- potong ikut suka
2 sdt gula perang@brown sugar
1 sdm olive oil
Daun parsley fresh kalau suka- potong halus

Cara
1) Panaskan olive oil dan masukan bawang dan tumis hingga perang.
2) Masukan cendawan dan kuar lagi hingga cendawan juga keperangan dan kecilkan api.
3) Kemudian masukan gula perang tadi kuar hingga gula hancur dan jadi karamel. Tutup api dan alihkan dari dapur. Masuk bancuhan BROWN SOS. 
   ( Brown sos untuk versi baked tak payah di masak, bancuhan sebati sahaja)
4) Sebatikan rata dalam periuk dan ketepikan.

P/S:- Untuk versi bakar, Meatball cukup setakat di bulat-bulatkan dan sosnya juga titak perlu di masak.  Ianya akan dibakar bersama kemudian.

5) Bila meatball dah siap semuanya masukan dalam acuan caserole untuk oven dan tuangkan bancuhan sos tadi. 
6) Bakar selama 30-40 minit suhu 180C api atas bawah.
7) Bila dah masak sedia untuk di makan bersam kentang rebus atau mashed potaoes dan jem buah.


SELAMAT MENCUBA!








KRAM








CEKODOK PISANG RANGGUP YANG SUPERB


 Ini pun cerita semalam.... nak di pendekkan cerita, tak sempat nak baking atau buat puding apa segala so kita hentam buat cokodok buat matsalleh hihihi.. Ini pun suami Sue yang tolong lenyek dan sue perap tak berapa lama pasal nak ready semua sebelum depa datang. 
Punya lah sedap depa makan dengan air kopi. kat mana2 pun memang depa tak akan dapt cari orang jual cokodok kan. ipar Sue dah berumur 78 tahun baru pertama dalam hidup makan cokodok atau apa2 kelainan yang berasaskan pisang. kalau muffin atau kek memang depa tau. So kena penagan orang Malaysia baru hang tau. 
Kalau suami Sue memang dah lali dengan cokodok ni. Biasa kami berdua makan cicah dengan lingon jem.. sedap tau masam manis. So semalam pun Sue jamu depa dengan jem. Cokodok ni memang sedap. Tekstur dalam nya seakan kek, lembut dan gebu tapi luaran ranggup. Lama juga sue buat experimen dengan cokodok ni. Akhirnya time di sweden ni baru dapat hasil yang terbaik untuk. Rahsianya adalah kena di perap semalaman dalam petiais.Alhamdulillah hasilnya tak menghampakan. apa je kalu nak ranggup kena aiskan dulu gitu juga dengan kalau nak buat ayam krispy. kenak perap tepung yang dah di salut kering dengan ayam semalam dalam petiais. Memang ranggup bila di goreng.. resepinya mudah  dan sue olahkan dengan sukatan gram untuk memudahkan kerja... Jom tengok resepinya ye..


CEKODOK PISANG
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
350g pisang embun/hotel/berangan 
200g tepung gandum
100g gula
1 sdtsoda bicarbonate
1 sdm minyak
Sikit garam
Kelapa parut sedikit jika suka

Cara
1) Lenyek pisang hingga hancur kesemuanya dan masukan gula diikuti bahan-bahan yang lain.
2) Sebatikan rata dan tutup dengan plastik atau simpan dalam kontena dan sejukkan dalam peti sejuk.
3) Keluarkan 10-15 minit sebelum menggoreng.
4) Panaskan minyak, bila minyak dah betul-betul panas turun ke api sederhana.
5) Cedok guna tangan sahaja ikut suka saiznya supaya kejadiannya cantik dan bulat. Jangan terlalu besar kerana ianya akan mengembang.
6) Balik-balikkan supaya masak sekata dan buat sampai habis.


SELAMAT MENCUBA!



KRAM

POPIA INTI SAYUR DAN KUAH KACANG YANG PALING SEDAP


Popia inti sayur!! Satu snack kesukaan swedish. Nak beli kulit popia pun senang semua supermarket ada jual. Cuma intinya kita tak tau apa yang depa guna. Biasa kalau di restoren Thai depa guna campuran sayur juga untuk cost yang murah.  Alhamdulillah... Popia semua pandai buat kan dan kali ni Sue guna sayur je. Kuah kacang Sue buat di hari yang sama nasib stok kacang yang dah di goreng memang sentiasa ada. Resepi kuah kacang ni memeg terbaik dan kalau matsalleh asyik puji memang sedap lah tu cuma Sue tak buh cili takut pedas. So rasanya masam manis je tapi sedap juga.. 

POPIA INTI SAYUR
Resepi: Sue Norrman
Oleh: Sue Norrman 

 Bahan-bahan
1 mangkuk kobis yang sudah di hiris halus
1/2-1 mangkuk lobak merah yang sudah di hiris halus
1 bungkus Tang Hoon- rendam dengan air paip sahaja dan toskan kemudian potong2 kan
1/2 biji bawang besar - hiris dadu halus
1 sdt udang kering- rendam dan tumbuk lumat
Sedikit lada hitam kasar
Serbuk perasa secukupnya
Gula sikit 
Minyak untuk menumis dan menggoreng secukupnnya

*1 sdt tepung gandum + sedikit air untuk buat gam pelekat popia.

Cara
1) Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga keperangan. kemudian masukan udang kering dan kuar sebati.
2) Masukan lobak merah dan kuar lagi. kalau terlalu kering masukan sedikit air.
3) kemudian masukan bahan perasa dan kobis. Kuar sebati dan secukup rasa. Akhir sekali masukan tang hoon dan kaur sebati. Tutup api dan biarkan sejuk/suam.
4) Bila inti dan sejuk boleh lah memulakan menggolong popia. Buat sampai habis.
5) Panaskan minyak untuk menggoreng secukupnnya sehingga panas. Masukan popia satu persatu dan Jangan goreng terlalu banyak dalam satu masa.
6) Goreng hingga kekuningan dan balikkan sebelah supaya warnanya sekata. Boleh lah di angkat dan letak atas penapit steel atau tisu dapur supaya serap minyak. Siap untuk di jamu..





 Resepi Kuah kacang segera ni Sue dapat dari sahabat FB yang dia share di wall nya untuk di panjangkan. Dia izinkan di share untuk manfaat bersama. Di sini Sue panjangkan untuk semua.. Terima kasih kak As. Ikut kata kak As, resepi ni dia guna untuk jualan ketika dia duduk di Sabah lagi. Sekarang kak As pindah ke nepal mengikut suami posting kerja di bawah kedutaan Malaysia di Nepal. Bila terjadi gempar bumi tempoh hari beliau bersamq keluarga dalam situasi yang gempar dan ya Allah kami kawan2 pun tak lena di buatnya. 
Talian semua putus dan syukur bial kak As dapt balik ke Malaysia dengan penerbangan ehsan menggunakan Charlie. Nampak sedih di raut wajahnya bila terpaksa kembali ke Nepal tapi apakan daya rezeki di perantauan. Sue sempat whatsap bertanya khabar time dia dan balik ke Nepal tapi itulah katanya tidur memeng tak lena. Gegeran lanjutan berlaku time dia baru nak solat dan dan guna telekung dan berwuduk semua.. Semoga Kak As dan semua keluaraga di sana di lindungi.. Amin.  Resepi kuah kacang ni memang terbaik dan ipar2 Sue pun puji sedap. Sue siap bekalkan satu botol kecik untuk ipar bawa balik.. senyum nya lebar tak terkata.. Sini Sue kongsikan resepi Ikhlas dari kak As.


KUAH KACANG SEGERA:-ASLIE
Resepi: FB (Kak Nor As Nur)
Oleh: Sue Norrman

Bahan2Nya.
1 kilo kacang Tanah (sangai n blend)
100g Cili kering ( sangai n blend)
100g Bijan( sangai)
1 kilo gula pasir
8 sudu kfc Garam
60g cuka Makan
500-600g/ ml Air

Cara2Nya:-
1- )Blend cili dgn air, masukkn dlm periuk n biarkn cili tu mndidih.
2-)Kemudian masukkn gula, kacau hingga mndidih n gula tu hancur kalo x adunan akn mnjadi brsarang sbb gula x hancur..
3-)Masukkn garam, kcau sbati ikut step masukkn cuka n masukkn bijan
4-)Last sekali baru masukkn Kacang Tanah yg telah d blend td
5-)Kacau sebati semua bahan hingga adunan meletup2 n brkilat n pekat dlm 10-15 mnt mesti kacau dgn api yg perlahan kalo x nti adunan akn hangit d bwh..Tutup Api n
6-) sejukkn Adunan n boleh ambil beberapa sudu n bancuh dgn air panas shj.. Sedia utk d makan..
P/S - Untuk Nasi impit n kuah satey kalo nk sedap lg boleh ambik beberapa senduk Adunan kuah kcg segera masukkn dlm periuk bancuh dgn air campur sikit asam jawa n ketuk sebatang dua serai kcau skejap atas api yg perlahan x perlu bubuh garam n gula dh just masak camtu je.



KRAM




GHEE RICE





Alhamdulillah.. Ghee Rice@ Nasi ghee ni Sue buat semalam bersama dengan AYAM 65@ CHICKEN 65 tetamu datang berziarah. Sue masak simple je lagipun belum makan tengahari dan kebetulan time mereka nak datang memang time lunch. Ghee rice ni memng nasi favorite sue dan tak banyak guna bahan-bahan. Semudah cara kalau nak buat bila emergency kes macam ni..hihihi. Resepi nya Sue olah sendiri ikut citarasa dan rasanya bukan mcam nasi minyak tapi sedap di tekak harum bau ghee nya. Nasi ni boleh di makan dengan apa jua jenis lauk memng sedap. Sue kadang teringin nak makan nasi lemak versi nasi ghee..waalaa..memang sedap! Cubalah kalau nak kelainan. 


GHEE RICE 
Resepi: Sue Norrman
 
Bahan-bahan
5 cawan beras basmathi- rendam sekejap dalam 30 minit dan toskan
( kalau guna beras jasmine atau beras wangi yang lain, beras jangan di rendan)
5 cawan air 
2 cawan susu cair
1-2 helai daun bay
1 ketul kiub ayam
1 ketul kiub sayuran/serbuk
Garam- jika kurang masin
Pewarna kuning kalau suka

Bahan Tumis
1/2 biji bawang besar - hiris halus
Halia sebesar ibu jari - hiris 
1-2 batang kulit kayu manis 
2 kuntum bunga anis
3 biji buah pelaga
2 sdm ghee + 1/2 sdm minyak masak
2 helai daun pandai

Cara
1) Tumis bahan tumisan hingga naik bau dan bawang layu.
2) Masukan air, kiub ayam dan sayur, daun bay. Biarkan hingga mendidih dan tapiskan ke dalam besen atau periuk.
3) Setelah di tapis didihkan lagi dan rasakan secukupnya baru masukan susu cair. biarkan hingga naik wap dan tutup api.
4) Beras yang ditos tadi masukan ke dalam periuk nasi elektrik dan tuang air stok yang dan di masak tadi dan masak seperti masak nasi biasa.
5) Kalau butang dan beralih ke 'keep warm' boleh lah di carik kan nasi. Kalau masih kelihatan nasi tak sekata masak renjis dengan air dan tekan butang ' cook' lagi

P/S: Kualiti beras berbeza dan sukatan air kena adjust sendiri ye. Kalau guna beras Jasmine ada yang jenis nasi akan kembang so kena kurang sukan air dan sukatan susu kekalkan!


SELAMAT MENCUBA!







AYAM 65@ CHICKEN 65



 Assalammualaikum... Masih terasa aura raya di Malaysia bila tengok kawan2 updated pergi open house. Itulah satu kelebihan di Malaysia. Tak terasa kan  Syawal hampir ke penghujung. Lama tak entri pasalnya Sue pergi summer vacation ke utara tanah Sweden. Menjelah dari satu ke satu bandar tapi tak syok pasal sejuk yg teramat. Makin ke utara cuaca semakin sejuk dan bila malamnya masih terang.
Balik vacation hari rabu dan masih terasa penat duduk dalam kereta memanjang. Ni menu semalam tak sempat nak entri. Semua menu last bila ada tetamu nak datang.. Mak aiii.. tak tau apa nak di masak dan terpaksa cari apa yang ada dalam freezer je. Sue belum pergi beli barang dapur dan plan memang nak belanja hujung minggu konon nak rest dulu tapi bila ada tamu nak datang tak sedap hati nak cakap tidak.
 Kami berdua berbagi tugas dan bekejar dengan masa. Syukur dapat selesai sebelum mereka datang. Ayam ni pun kalau resepi asal kena perap semalaman tapi Sue cuma perap dalam 3 jam dan terus goreng. Memang superb rasa ayamnya dan mereka puji sedap. Resepi dari adinda LYDIA HONEY yang semua masakan arab memang terbaik. Rasa ayam nya seakan tandoori tapi lebih sedap pasalnya isi ayam lembut bila di perap dengan rempah dan yogurt. Tak percaya cubalah tak rugi memang sedap punya. Mai tengok resepinya..

AYAM 65@ CHICKEN 65
Resepi: LYDIA HONEY 
Oleh: Sue Norrman

 
1/2 ekor ayam-dipotong kecil 
1/2 tsp All spice (cloves, cinnamon, cardamom powder)
1 tsp Garlic paste 
1 tsp Ginger paste 
1 tsp chilies powder (kalau nka X'tra pedas boh le X'tra)
2 tsp flour 
1 Egg -small 
2 tbsp yoghurt 
1 tsp Cornflour 
1 tbsp Lime/lemon juice 
Salt to taste
1/2 tsp corainder powder 
1/4 tsp cumin powder 
1 tsp paprika powder Red food coloring
*Vegetable oil for deep frying 
*Onions & chili-digoreng bersama, for garnishing

Bersihkan ayam dan rendamkan dengan sedikit cuka putih selam 5 minit dan bilas sekali lagi dengan air. Rebuskan ayam 1/2 masak, angjan dan toskan hingga kering airnya. Campurkan semua bahan rempah ratus ke dalam mangkuk kecuali bahan*, gaul sebati dan perapkan selama 3-4 jam. Goreng dalam minyak dengan api serdahana hingga masak/ crispy. Angkat letakkan di atas kitchen towel, biarkan seketika hingga diserap semua balance minyak.. Letakkan di dalam pinggan hidangan, taburkan dengan bawang dan cili goreng (goreng bersama hingga bawang kekuningan & cili sekadar layu-naik bau)-Lydia tak boh pon cili sebab tak makan & tak ada stock.. Kalau nak X'tra wangi leh letak daun kari masa nak goreng ayam.. Selamat mencuba.


SELAMAT MENCUBA!

 
1/2 ekor ayam-dipotong kecil 1/2 tsp All spice (cloves, cinnamon, cardamom powder) 1 tsp Garlic paste 1 tsp Ginger paste 1 tsp chilies powder (kalau nka X'tra pedas boh le X'tra) 2 tsp flour 1 Egg -small 2 tbsp yoghurt 1 tsp Cornflour 1 tbsp Lime/lemon juice Salt to taste 1/2 tsp corainder powder 1/4 tsp cumin powder 1 tsp paprika powder Red food coloring *Vegetable oil for deep frying *Onions & chili-digoreng bersama, for garnishing

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Jaj/Dajaj 65 (Chicken 65) 1/2 ekor ayam-dipotong kecil 1/2 tsp All spice (cloves, cinnamon, cardamom powder) 1 tsp Garlic paste 1 tsp Ginger paste 1 tsp chilies powder (kalau nka X'tra pedas boh le X'tra) 2 tsp flour 1 Egg -small 2 tbsp yoghurt 1 tsp Cornflour 1 tbsp Lime/lemon juice Salt to taste 1/2 tsp corainder powder 1/4 tsp cumin powder 1 tsp paprika powder Red food coloring *Vegetable oil for deep frying *Onions & chili-digoreng bersama, for garnishing

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Jaj/Dajaj 65 (Chicken 65) 1/2 ekor ayam-dipotong kecil 1/2 tsp All spice (cloves, cinnamon, cardamom powder) 1 tsp Garlic paste 1 tsp Ginger paste 1 tsp chilies powder (kalau nka X'tra pedas boh le X'tra) 2 tsp flour 1 Egg -small 2 tbsp yoghurt 1 tsp Cornflour 1 tbsp Lime/lemon juice Salt to taste 1/2 tsp corainder powder 1/4 tsp cumin powder 1 tsp paprika powder Red food coloring *Vegetable oil for deep frying *Onions & chili-digoreng bersama, for garnishing

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...