September 22, 2015

KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE


Alhamdulillah...  Fried Kuey teow untuk sarapan pagi semalam manakala mee nya Sue dah siapkan awal pada malam sebelumnya. Terpaksa buat sendiri manalah nak dapat tapi di kedai Thailand memang ada jual dan selalu nampak dalam chiller. Cuma tak pasti halalnya. Kalau buat sendiri memang sudah pasti kita tahu dan tanpa was-was.
Resepi asal dari tukang masak Seafood restoren yang dulu semasa masih punya restoren. Dia merupakan regular customer ke restoren Sue beli roti canai dan kalau dia off day dia akan bawa family serta mak dan mentua sekali. Kebiasaan dia akan telefon dulu untuk booking meja bila nak menjamu masakan melayu. Syukur dan salute kerana dia tidak pernah memperlekehkan kita melayu berniaga malah menyokong.
 Kalau ada kekurang pada masakan dia akan panggil Sue dan bercakap. Kita pun lega bila mendengarkan so kita boleh perbaiki apa yang kurang. Begitu juga dia akan bawa kawan -kawan lepak di restoren Sue semata-mata nak makan laksa dan roti canai padahal kedai mamak memang banyak di Miri. Kita pun tak tahu kan pasalnya mereka yang merasa. 
Dari situlah Sue mula bersembang dan penghujung Sue bertanya macamana nak goreng kuey teow sedap. Biasa chinese fried kuey teow memang sedap kan. Dia pun berkongsi tip dan resepi tapi ada yang Sue tambah mengikut citarasa kita melayu. Alhamdulillah.. satu kepuasan dan pasti memang sedap.


KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE
Resepi: Chef Seafood
Oleh: Sue NOrrman

Bahan-bahan
(A)
1/2 kg kuey teow
3 biji telur - pukul hancur sahaja

 (B)
5-7 ulas bawang putih - cincang halus
Udang dan sotong jika suka
minyak secukupnya untuk menumis

(C)
1/2 sdm sos tiram
1/2 sdt kicap cair
1sdt kicap pekat manis - Sue tambah
1/2 sdt kicap pekat - untuk warna sahaja
1/2 sdt pitis otak udang - Sue tambah
1 sdm sos cili - Sue tambah
*Satukan sebati*

Tauge secukupnya
Daun kucai jika suka - Sue tambah

Cara
1) Tumis bahan (B), bawang dahulu sehinnga kuning dan masukan udang. Biarkan sekejap sehinnga udang bertukar warna.
2) Kemudian masukan bahan (A) kuey teaw terlebih dahulu. Goreng sekejap sehingga minyak serap pada mee dan baru masukan telur. Biarkan sekejap sehinnga telur kering.
3) Kemudian masukan bahan (C) dan goreng lagi sehinnga sebati pada mee dan akhir sekali masukan tauge dan daun kucai. Goreng seminit dan tutup api.
*Penggunaan api mesti sedang besar supaya kuey teaw tidak hancur*

SELAMAT MENCUBA!

KRAM



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...