Mei 12, 2016

SERIMUKA NYONYA YANG ENAK



SELAMAT PAGI..
Lama rasanya tak buat kuih serimuka dan teringin pula nak makan. So semalam sue buat serimuka nyonya yang pernah sue makan satu ketika dulu. Rasanya seakan sama cuma kelihatan tak berapa cantik bila dipotong oleh kerana sue menggunakan pisau biasa untuk memotong. Seeloknya guna pisau plastik supaya ianya tidak melekat tapi rasanya memang enak. Resepi sue olah sendiri dan serika untuk diatas pulut memang lemak dan cukup rasanya. Kalau untuk makan sendiri ok lah tapi kalau nak jual mungkin besar sedikit modalnya tapi kalau nak yang terbaik untuk kepuasan pembeli harus jangan lokek bahan-bahan. 
Ok.. jom tengok resepi..


SERIMUKA NYONYA YANG ENAK
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
Untuk pulut (bawah)
 Acuan 8 inci

3 cawan beras pulut - cuci bersih dan rendam 2 jam. Toskan.
225ml santan cair
1 sdt gula
1/2 - 1 sdt garam halus - rasa terlebih dahulu takut masin
1-2 daun pandan - simpul untuk mengukus pulut.
Minyak sedikit untuk di sapu pada acuan 
Plastik untuk melapik supaya senang di angkat keluar

Cara
*Panaskan kukusan terlebih dahulu*
1) Beras pulut yang sudah di rendam tadi di rendam lagi kedalam santan cair bersama garam dan gula selama 20 minit.
2) Kemudian tapis dan asingkan. Letak beras pulut kedalam acuan yang telah di sapu minyak dan di lapik dengan plastik (atas plastik sapu lagi sedikit minyak) beserta daun pandan.
3) Kukus selama 30 minit sehingga masak.
4) Sementara menunggu pulut pulut masak bolehlah membancuh adunan atas.
5) Setelah pulut masak keluarkan acuan dari pengukus, alih daun pandan dan tuang santan cair yang di tapis tadi dan gaul sebati. Kemudian tekan pulut sehingga padat dan carik sedikit di permukaan atasnya dan tuang adunan serikaya tadi.
6) Kukus lagi selama 30-35 minit sehingga lapisan atas masak sepenuhnya.
(Tutup tudung pengukus dengan kain atau permukaan pengukus tutup dengan surat khabar)
7) Sejukkan sepenuhnya baru di potong.


Lapisan atas (serikaya)
 Bahan-bahan
3 biji telur gred B
1 cawan gula pasir
225ml santan pekat 
225ml jus pandan (10 helai daun pandan + 225ml air - kisar halus dan tapis)
8 sdm susu pekat manis
1 sdt esen vanilla 
2 sdm tepung gandum
5 sdm tepung ubi
2 sdm tepung beras
Sedikit pewarna hijau + sedikit pewarna merah untuk mendapakan warnanya cantik.

Cara
1) Satukan telur dan gula terlebih dahulu sehingga gula hancur dan masuk bahan selebihnya. 
2) Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk dan masak di atas api sebentar mengguankan keaedah double boiler.
3) Kacau sehingga wap naik dan jangan sampai terlalu pekat. Cukup sekadar wap naik dan tuang keatas pulut tadi.
4) Bolehlah dikukus lagi sehingga masak.

SELAMAT MENCUBA!


Mei 10, 2016

PUDING KASTAD DURIAN


ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi.. lama tak update resepi memandangkan banyak urusan yang harus diselesaikan. Resepi KIV yang dah lama dalam folder cuma masa tidak mengizinkan.
 Puding yang sangat cun di makan ketika musim panas begini lebih lagi kalau makan sejuk2 segar je rasa di tekak. 
Puding yang simple ala triple puding gitu tapi sue olah mengikut citarasa sendiri. Puding kastad dan penambah durian menjadikan ianya lemak durian yang enak. 


PUDING KASTAD DURIAN
Resepi: Sue Norrman


Untuk lapisan bawah (kek)
1 biji chiffon kek pandan - terpulang nak guna chiffon perisa lain pun ok tapi kalau pandan rasanya lagi sedap.
 (Sue beli yang dah siap di bakery)


Cara
Potong kek mengikut ketebal yang disukai dan susun dalam bekas kaca bujur atau segiempat dan ketepikan.


Lapisan tengah (kastad)
Bahan
(A)
13g agar-agar tali
875ml air sejuk biasa
200g gula kastor/ kasar

(B)
2 sdm susu pekat manis
250ml susu segar
1 sdm whipping krim
2 biji telur gred c 
2-3 sdm puri durian
50g tepung kastad + sedikit air dan bancuh terlebih dahulu
15g serbuk santan

 Cara
1) Masak bahan A sehingga agar-agar dan gula hancur terlebih dahulu.
2) Sementara menunggu agar-agar mendidih dan hancur sepenuhnya satukan bahan B sehingga sebati dan tapis.
3) Setelah bahan A mendidih dan kecilkan api. Masuk bahan B tadi dan kacau sehingga sebati dan meletup kecil. Pastikan ianya sentiasa di kacau supaya tidak hangus di bawahnya.
4) Tutup api dan tuang atas kek yang telah di susun tadi. Biarkan sejuk pada suhu bilik dan kemudian masukan kedalam peti sejuk seketika anggaran dalam 20-30 minit.
5) Bolehlah menyediakan bahan untuk atas kastad.


Lapisan atas (agar-agar)
Bahan
2 kotak instant jelly perisa ros
1 tin koktail - tapis dan asingkan buah dan airnya.
Gula sedikit jika kurang manis.

Cara
1) Masak instant jelly bersama air jus koktail dan gula. Caranya ikut arahan dibelakang kotak jelly yang sedia ada.
2) Bila dan masak dan biarkan suam seketika.
3) Keluarkan kastad yang telah di sejuk tadi dan carikan sedikit dipermukaannya supaya agar-agar dapat melekat dan tuang agar-agar tadi secara perlahan dari sisi sehngga habis.
4) Tabur buah koktail dan biarkan suam seketika kemudian bolehlah di masuk lagi ke dalam peti sejuk sehingga sejuk sepenuhnya sebelum di potong.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...