September 20, 2019

Bun Kacang Merah Gebu..




ASSALAMUALAIKUM..

Selamat pagi semua buat semua yang masih setia mengunjungi teratak Swesia's Journey.
Terlebih dahulu SN ingin memohon maaf andai ada tutur bicara atau bahasa yang menguris hati kaliansepanjang penulisan di blog ini.

Pasti menjadi tanda tanyakan kemana menghilangnya tuan tanah blog ni kan? Alhamdulillah SN masih seperti biasa dan sihat hendaknya. Cuma kengkangan masa yang membataskan untuk SN di sini dan sebenarnya SN berasa di Malaysia dari bulan Januari lepas. Alhamdulillah semua urusan yang tergantung selama 3 tahun semua selesai dan sekarang cuma menghitung hari untuk anak ank SN berhijrah ke Sweden. Walaupun dugaan nya amat mencabar tapi demi masa depan anak ank SN akan terus kuat. Mungkin satu permulaan buat mereka bila berada di tanah asing. Dan sekarang SN berada di Sweden cuma sementara kerana masih ada urusan di sini yang harus di selesaikan. Insyallah bulan Oktober SN akan kembali ke Malaysia untuk bersama anak anak menghadiri temuduga.

OK.. setelah lama tak beraksi dan rindu sama dapur di sini maka  SN gagahi untuk beraksi hihi.. hasilnya meroti lagi. Kali ini SN buat 2 roti sekali, red bean dan buttermilk. Alhamdulillah hasilnya masih gebu. So.. nak cuba resepi jom..

Untuk resepi yang sedia ada boleh tengok Buttermilk Bun









Buttermilk & Red Bean Bun.
(Basic sweet Buns)
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
A.

200ml air sejuk petiais
45g susu pekat manis
50g gula halus
1 biji telur gred A (65g)
(Kalau guna gred B tambah 1 ketul ais dalam sukatan air sejuk)

B.
500g tepung roti/ high protein flour
30g wet yis = 6g dry/instant yis
1 sdt cream super
(Boleh guna yang lain atau 1 sdt bread improver + 1/3sdt bread softener)

C.
60g butter/marjerin/ shortening
3/4 sdt garam halus



Cara:

1. Masukan bahan A kedalam bread maker dan di ikuti bahan B.

2. Uli sehingga rata/sebati dan masukan bahan C dan uli lagi sehingga lembut dan elastik.  (Saya uli 2 kali menggunakan BM).

3. Keluarkan dari BM dan rehatkan sehingga naik 2 kali ganda.

4. Timbang doh 40g dan bulatkan(rounding). Rehat lagi 10 minit dan boleh di isi inti.
    Inti berat 20g satu.

5. Kemudian biarkan doh bun naik 2 kali ganda dan sapu sapuan.
.
6. Bakar 15-20 minit pada suhu 180°C sehingga keperangan.

7. Keluar dari oven dan sapu butter lagi untuk mendapatkan roti berkilat dan lembut pada permukaan.


Sapuan
1 kuning telur
50ml susu cair/fresh milk/air
(Kacau sebati)

Inti Buttermilk.
100g mentega
50g gula halus
40g tepung susu
85g tepung gandum
1 biji kuning telur
Sedikit esen vanilla/ butter oil/ butterscotch


Cara

1. Satukan mentega dan gula halus. Pukul sehingga putih. 

2. Masukan kuning telur bersama perisa dan kacau lagi. 

3. Akhir sekali masukan tepung dan tepung susu sedikit demi sedikit sehingga sebati. 

 * Inti kacang merah 20g
 * Inti buttermilk 20g





 SELAMAT MENCUBA!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...