Oktober 02, 2015

IKAN SELAR GORENG SAMBAL AJVAR


Hari ni Sue entri awal mana tak nya masak dan makan sebelum tengahari lagi. Nanti petang nak buat kerja da review paper semua dari sekolah. Menu hari sejuk yang membuatkan nasi bertambah dan berpeluh. Sambal yang unik rasanya kombinasi terung, cili benggala, fefforoni, tomato dan bahan lain. Memang sesuai untuk ayam, ikan mahupun seafood. 
Idea timbul bila minggu lepas pergi beli barang dapur ternampak paste dalam botol tulis ajvar beserta gambar. Ajvar merupakan menu Serbian dan salah satu paste yang digunakan untuk makan bersama pasta. Tertarik dan Sue terus tengok bahan asas yang diperlukan belakang botol. 
Biasalah kalau part macam tu cepat je keluar handphoone dan snap. Hari ni Sue mencuba dengan olahan sendiri dan ternyata ianya amat sedap sekali. Boleh lah mencuba pasti bertamabah nasi dibuatnya.


IKAN SELAR GORENG SAMBAL AJVAR
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
5-6 ekor ikan selar - cuci bersih
Tepung kunyit dan garam secukupnya
(A)
1 biji terung ungu
1/2 biji cili benggala merah
2 biji tomato ranum
2 biji fefferoni@ cili hijau 
* Semua dipotong kecil dan digoreng. Kemudian dikisar kasar*

(B) Sue tambah sendiri
2-3 lembar daun limau purut - buang tulang tengah
1-2 batang daun ketumbar - potong halus*
1 sdm air asam jawa (bergantung pada citarasa)
1 sdm jus limau nipis
1 sdm atau lebih gula merah
Garam secukup rasa

Bahan Kisar - Sue tambah
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 batang serai
1 sdm cili giling (Kalau nak pedas tambah lagi)

Cara
1) Satukan ikan, garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan jangan terlalu kering dan ketepikan.
2) Tumis bahan kisar sehingga kuning dan masukan bahan (A). kacau menggunakan api kecil sehingga pecah minyak.
3) Kemudian bila kuah dan pekat masukan bahan (B) kecuali yang bertanada (*) dan kacau lagi hingga masak dan cukup rasa.
4) Tutup api dan masukan (*) daun ketumbar. Kacau sekejap dan tuang kuah atas ikan yang sudah di goreng tadi.

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM


ORIGINAL SWEDISH MEATBALLS AGAIN


Kelaziman dan menu harus ada pada setiap rumah swedish. menu ni Sue panggil menu di pisah jangan. Kalau tak makan meatballs memang tak cukup rasanya bagi mereka. Juga tidak kurang pada Sue kadang tu terliur juga. Semalam macam biasa menu harus kembali setelah lama mendiam dan sue letakkan cheddar cube untuk suka-suka dan rasanya juga sedap. 
Rupanya tak secantik dan licin pasal Sue malas nak menggunakan food processor. Sue guna tangan je untuk bagi sebati tapi rasanya tetap tetap tak berubah. Kami di sini kalau buat meatballs ni tanpa menggunakan original spices memang tak cukup rasanya. Aroma dan rasa membuatkan ianya menjadi satu kelainan. 
Itu yang serbuk manakala kalau yang belum di mesin memang kami gunakan untuk buat stew daging. Boleh tengok DISINI rupanya KRYDDPEPPAR. Sejujurnay Sue Tidak pasti sama ada ianya ada kah tidak jual di Malaysia. 
Resepi meatballs dan sos boleh tengok DISINI. Untuk memudahkan Sue sertakan sekali resepi nya ye.

MEATBALL

Oleh: Sue Norrman 


500gm daging kisar (mince beef)

1/2 biji bawang besar - potong dadu halus*

1 sdm mentega/marjerin*

3/4 sdt serbuk lada hitam

1 sdt kryddpeppar@ mixed spices

1/3 serbuk kayu manis (Sue tambah)

1/3 sdt gula

1/2 - 1 sdt garam - Rasakan dahulu.

2 sdm serbuk roti - kalau yang kasar, kisar halus.

30 ml susu segar

1 biji telur 'c' - Sue tak guna tapi kalau nak boleh masukkan.

1-2 sdm mentega untuk masak meatball kemudian

Cara

1) Tumis bahan yang bertanda (*) keperangan dan ketepikan seketika.

2) Satukan semua bahan-bahan selebihan dan masukkan ke dalam food processor. kemudian masukkan kesemua bawang dan butter tadi dan kisar halus. Kalau tak ada food processor cuma kisarkan bawang tumis tadi dan gaul guna tangan hingga sebati.

3) Bulatkan ikut kesukaan besar mana.

4) Guna non stik pan dan masukkan mentega tadi. Guna api kecik dan tutup pan supaya cepat masak dan tak hangus.

5) Pusing-pusingkan meatball supaya warnanya sekata hingga masak.

6) mentega lepas masak meatball jangan dibuang. Digunakan untuk membuat sosnya.



P/S:- Kalau nak boleh guna cara macam buat fish ball. Rebus sekejap kemudian masak dalam pan lagi tapi rasanya dah tak berapa sedap disebabkan rasanya keluar dalam air rebusan. Cuma kejadian nya cantik sahaja.

BROWN SOS (Gravy)

Oleh: Sue Norrman


Mentega lepas masak meatball tadi.

2 cwn stok ayam

1 sdm kicap cair

1 ketul kiub ayam

1/3 serbuk lada hitam

garam dan gula - untuk tambahan kalau tak cukup rasa.

2 cwn whipping/double cream*

1 sdm tepung kentang/jagung*- bancuh dengan sedikit air



Cara

1) Satukan bahan kecuali yang bertanda(*) dan masak atas api sederhana hingga mendidih.

2) Masukkan yang bertanda (*) Krim dahulu dan sebatikan dan baru masukkan (*) bancuhan tepung.

3) Didihkan lagi dalam seminit dan tutup api. Kuah jangan terlalu pekat atau cair.



P/S:- Kalau kuah cair masukkan lagi sedikit bancuhan tepung dan kalau terlalu pekat masukkan sedikit krim.
SELAMAT MENCUBA!
KRAM

.

PAI LABU SEDAP


Selamat pagi.. beginilah kalau tak ada sekolah lebih-lebih lagi sekarang cuaca dah sejuk. Perut memang sentiasa bergendang minta di isikan. Labu ni pemberian kawan Sue Filipino minggu lepas. Dia tanam sendiri dan benih dari Filipin. Isinya halus dan manis sekali. Banyak kali dah masak labu ni dari di panggang dan suami cakap bosan asyik labu je LOL.
Pai labu ni selalu Sue buat suatu ketika dulu dan menjadi kesukaan kami sekeluarga. Pastry nya Sue olah sendiri manakala filling Sue dapat dari kakak ipar. kami disini apa yang berkaitan dengan pai yang manis memang tak lari dengan vanilla krim. Sue kehabisan stok vanilla dan makan dengan jem HJORTONSYLT ni pun sedap. Jem yang teramat mahal dan cuma buahnya banyak terdapat di utara Sweden dengan cuaca yang sejuk.  Insyallah rasa yang tidak menghampakan dan boleh dijadikan jualan sampingan.


PAI LABU SEDAP
Resepi: Sue Norrman

Bahan pastry
170g mentega atau marjerin - cairkan
180g tepung gandum
80g gula kaster
1 sdt serbuk penaik
1/3 sdt garam

Cara
1) Satukan semua bahan dan terus masukan kedalam pie plate 9 inci( Sukatan memang untuk satu pai)
2) Kemudian tekan menggunakan jari sehingga menutupi keseluruhan plate. Ketepikan dahulu sebentar sementara membuat filling.
*Pastry doh ini tidak payah di sejukkan*


Inti labu
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
250 g labu yang sudah di kukus atau rebus - lenyek halus
150g gula perang@ brown sugar
3 biji telur B
80g tepung gandum
11/2 sdt serbuk kayu manis
150ml fresh cream@ whipping cream

Cara
*Panaskan oven pada suhu 180 degrees*
1) Pukul gula perang  dan telur sehingga kembang.
2) Kemudian masukan tepung dan serbuk kayu manis. Kacau sebati dan masukkan labu.
3) Akhir sekali masukan krim dan kacau sebati lagi. Tuang dalam pastry dah dan sedia dan bakar selama 30-40 minit. 10 minit terakhir menggunakan api atas bawah dan bakar sehingga masak. Bergantung pada oven masing-masing.

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...