SALAM SEJAHTERA...
Pagi ni sue terlajak tidur selepas subuh dan terbangun tengok jam dah 6.15am. Semalam balik rumah lewat dan penat banyak kerja yang harus diselesaikan. Tidur pun lewat mana tidaknya.
Walaupun penat tapi kita tetap masak dan semalam sue masak goulash yang biasa sue buat. Tapi rasanya lebih sedap dari stew dan kita makan dengan roti saja. Kalau nak makan dengan nasi pun ok juga rasa tetap sama hihi..
Untuk memudahkan kerja Sue guna pressure cooker saja dan daging cepat empuk. Kalau nak guna kaedah slow cooker pun boleh tapi kita nak menjimatkan masa.
HUNGARIAN BEEF GOULASH
Resepi: Sue Norrman
Bahan-bahan
(A)
500g daging batang pinang atau daging yang tidak banyak lemak - cuci dan potong dadu
1 biji bawang besar - cincang halus
1 sdm mentega
2 sdm minyak zaitun/ masak
(B)
2 sdt serbuk paprika
1/2 sdt cayenne pepper
4-5 sdm tomato puree
2 biji tomato - cincang halus
1/2 sdt mixed spice
1 sdt lada hitam biji
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
(C)
700-1000ml air
1 helai daun bay
2 ketul kiub daging atau ayam
Garam secukup rasa
1-2 sdt gula pasir
(D)
Cili benggala secukupnya - potong dadu
(Terpulang nak guna warna apa)
1 batang lobak merah saiz sedang - potong dadu
2 biji kentang saiz sedang - potong dadu
Cara
1) Bahan A - Panas minyak dan mentega dengan api sederhana kemudian masukan bawang dan tumis hingga bawang layu. Masukkan daging, kacau sehingga daging bertukar warna dan menggeluarkan air.
2) Masukkan bahan B dan kacau rata. Biarkan ianya masak selama 5 minit dan masukan bahan C.
3) Biarkan ianya mereneh sehingga daging empuk dalam 20-25 minit (bergantung pada jenis daging) dan masukan bahan D.
4) Kacau rata dan masak lagi 10-15 minit sehingga kentang dan lobak merah empuk. Tutup api dan sedia untuk di sajikan.
P/S:- Kalau menggunakan pressure cooker, tumis terus menggunakan periuknya dan ikut step yang sama sehingga bahan B. Bahan C dan D boleh masukkan sekali tutup terus masak selama 30-35 minit sehingga masak.
SELAMAT MENCUBA!
KRAM