Alhamdulillah.. Tercapai hajat nak makan Nasi Dagang Terengganu yang sedap hasil ehsan sahabat FB yang memang orang Terengganu. Katanya ini resepi keturunan keluarga yang digunakan untuk apa-apa jamuan tapi dia bagi Sue resepi dengan kuntiti sukatan segantang.. banyak tu dan Sue sukat ikut banyak mana yang nak di masak.
Lebih-lebih lagi menggunakan rempah nasi dagang yang dikirimkannya kepada suami Sue tempoh hari dan makan dengan budu... berpeluh dibuatnya! Bila berkesempatan masak dan sendirian di rumah apa lagi macam-macam dalam kepala. Suami Sue travelling ke Jamaica sampai hari khamis, Insyallah Jumaat sampai rumah. Bangun pukul 2am pasalnya teksi akan datang jemput suami kol 3am ke Copenhagen. Lepas tu dah tak leh tidur terjaga sampai subuh. Lepas solat semua apa lagi terus ke dapur masak dan sarapan..
NASI DAGANG TERENGGANU YANG PALING SEDAP
Resepi: Sharifah yatie Al-Edruce (FB)
Oleh: Sue Norrman
Bahan Gulai Ikan Tongkol/ Aya
1 kg Ikan tongkol / Aya- di rebus dengan sedikit air bersama dengan asam keping dan sedikit gula melaka
Bahan Kisar
100g bawang besar
2 ulas bawang putih
i inci halia
1 inci lengkuas(lebihkan sikit)
Bahan Tumis
2-3 sdm rempah nasi dagang*
1 senduk sedang cili boh (Sue guna gili giling)
Minyak secukupnya untuk menumis
(A)
350ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
Cara
1) Panaskan minyak dan masukan bahan tumis kecuali (*) hingga garing.
2) Kemudian masukan bahan kisar dan tumis hingga bawang layu.
3) Masukan rempah (*) dan masak hingga pecah minyak dan naik bau.
4)Masukan sedikit air rebusan ikan dan bahan (A). Kecilkan api dan biar santan mendidih sekejap.
5) Masukan asam keping selepas merebus ikan tadi bersama dengan ikan dan masak sampai santan pekat dan bertukar warna.
NASI DAGANG
(A)
3 can beras (cap bird paradise dah sedia bercampur beras pulut)- di rendam 2 jam dan toskan
( Sue guna beras jasmine AAA siam dan campur 1/2 cawan beras pulut)
(B)
400-500 ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
(C)
1 sdm halba (nak lebih pun boleh)
Halia sedikit-mayang
Bawang merah ( Ikut suka banyak mana)- mayang halus
Cara
1) Masak bahan (B) dengan api perlahan hingga berbuih dan tutup api. Angkatkan.
2) Masukan air kedalam besen separuh paras periuk pengukus/ anggaran tenggelam beras bila kita rendam periuk ke dalamnya.
3)Kukus beras tadi sehingga keluar wap (1/2) masak, angkat dan celup pengukus yang ada beras tadi kedalam besen berisi air hingga tenggelam dan biarkan 5/ 10 minit.
4) Angkat periuk kukus tadi dan kukuskan sekali lagi hingga keluar wap dan masak.
5) Kemudian masukan beras tadi kedalam besen kosong dan gaul dengan santan yang direbus tadi perlahan-lahan takut beras patah.
6) Tabur bahan (C) dan ratakan.
7) Kukus lagi sekejap dalam 5 minit dan buka tudung pengukus dan bolehlah disajikan.
7) Kukus lagi sekejap dalam 5 minit dan buka tudung pengukus dan bolehlah disajikan.
SELAMAT MENCUBA!
KRAM