Disember 29, 2015

SPICED FIG CHUTNEY


Assalammualaikum... baru berkesempatan entri pagi ni. Cuaca sekarang teramat sejuk dan nak buat kerja pun malas. Kalau boleh memang nak tidur dan relax tapi banyak lagi kotak2 yang menunggu.
Chutney ni sue buat christmas eve lepas bila teringin nak makan dengan roti untuk sarapan. Tiap pagi sue makan ni dan buat ratah gitu je pun sedap. Rasanya tak terlalu manis dan ada rasa masam lemon dan oren. Sedap tau!

SPICED FIG CHUTNEY
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
500g buah fig/ buah tin kering - rendam dalam 4 jam biar lembut dan potong sedang (buang tangkai yang keras/ jambol)
3 - 4 biji buah oren sunkist - potong dadu kecil
1/2 biji lemon - potong dadu
400 ml air
2 batang kulit kayu manis - saiz kecil

(B)
900g gula kaster (kalau guna gula pasir boleh kurangkan)

(C)
150g kacang walnut - cincang
1/2 - 1 sdm citrid asid (kalau tak ada abaikan)

Cara
1) Rebus bahan A dalam 20-30 minit sehingga kulit lemon dan sunkist lembut. Kalau nak cepat boleh guna cara steam pressure.
2) Bila dah lembut masukan bahan B dan kacau sehingga gula larut dan sebati. Biarkan masak menggunakan api kecil sehingga pekat. Pastikan ianya tidak hangus.
3) Akhir sekali masukan bahan C dan kacau sebati dalam 5- 10 minit dan tutup api. Biarkan sejuk sepenuhnya dan boleh lah di masukan kedalam botol.

Pesanan:-
Untuk citrid asid boleh beli di kedai jula barang2 kek. 


SELAMAT MENCUBA!


 KRAM




Disember 22, 2015

DAIM SOFT COOKIES YANG SEDAP


Salam sejahtera semua! Pagi ni kita entri awal nanti petang nak keluar beli barang. Biskut ni sue buat malam tadi dan merupakan salah satu biskut yang paling sue suka. 
Ranggup di luar dan lembut pada tekstur dalamnya. Bahan-bahan pun tak banyak dan mudah sekali. Topping nya sue letak coklat daim dan bila dan sejuk coklatnya menjadi crunchy. 
Sebenarnya boleh aje letak apa coklat atau jem yang kita suka tapi sue lebih suka letak daim.
Kalau nak rasa kena buat tau! dan pasti tak menghampakan. Lebih syiok bila jadi kudapan depan tv sekejap je habis.


DAIM SOFT COOKIES
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
350g mentega - cairkan dan biarkan sejuk seketika.

(B)
350g tepung gandum
2 sdt serbuk penaik
2 sdm tepung susu
1/2 sdt gula vanilla - kalau tidak ada boleh skip
150g gula kaster 

Coklat daim -. patah kecil untuk topping
Papercup secukupnya

Cara
*Panaskan oven pada suhu 180-200C bergantung pada oven masing-masing*
1) Satukan bahan B dan tunag bahan A. kuar sebati dan rata.
2) Ambil doh sebesar bola pingpong atau kecil sedikit dan bulat-bulatkan. Masukan kedalam papercup.
3) Letak coklat daim di atas doh dan bolehlah di bakar selama 10-15 minit api atas bawah.

* Biskut bila dah masak memang lembut dan biarkan sejuk baru ianya garing di luar*

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM


KUIH TALAM PANDAN YANG LEMBUT


Alhamdulillah... kejadian yang sangat memuas hati dan rasa yang cukup lemak dan lembut. Ini hasil eksperimen kita malam semalam. Teringin nak makan kuih talam pandan yang lemak dan sue cuba olah sendiri dengan sedikit basic yang sedia ada DISINI.
Walaupun menggunakan daun pandan frozen rasanya masih segar dan sue tambah pewarna dan sedikit pandan paste lagi untuk mencantikkan warna hijaunya.
Memandangkan kita berdua je di rumah so sue buat dalam kuantiti sikit tapi bila dan masuk santan apa semua menjadi banyak juga. Seeloknya menggunakan loyang 9 inci supaya tak terlalu tinggi. Sue guna loyang 8 inci dan agak tinggi dan tak berapa menarik..



KUIH TALAM PANDAN
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan (Loyang 9 inci)
Lapis bawah (putih)
1 gelas tepung beras
3/4 gelas tepung ubi
1 sdt gula
1/2 - 1 sdt garam - rasa masinnya terlebih dahulu
1 gelas santan cair - untuk bancuhan dalam tepung 
2 1/2 gelas santan pekat - masak mendidih sekejap. (Jangan sampai pecah minyak.)

Lapis atas (Pandan/ hijau)
1 gelas tepung beras
1/2 gelas + 2 sdm tepung ubi
3 sdm tepung hoon kwee (putih atau hijau)
200g gula pasir/kaster -  agak-agak ye sebab sini gula nya tak manis so sue guna dengan kuantiti yang cukup rasa.
5 helai daun pandan + 100ml air - kisar dan ambil jusnya.
1gelas santan cair - untuk bancuhan dalam tepung
2 gelas santan pekat -  masak mendidih sekejap. (Jangan sampai pecah minyak.)
Sedikit pewarna hijau
Pandan paste sedikit kalau suka

Cara
*Panaskan pengukus terlebih dahulu*
1) Lapis bawah - Sebatikan tepung, garam dan gula bersama santan cair. Kemudian masukan santan yang telah di masak dan gaul sebati. (adunan memang agak pekat ye jangan tambah air lagi). Sapu loyang dengan sedikit minyak dan lapik dengan plastik. Sapu lagi sedikit minyak atas permukaan plastik dan tuangkan bancuhan tepung tadi. Letak surat khabar atas permukaan pengukus atau bungkus dengan kain pada penutup pengukus. Kukus selama 15-20 minit dan bolehlah membuat adunan lapis atas.
2) Lapis atas - Cara bancuhan yang sama seperti lapis bawah dan kukus selama 25-30 minit sampai masak.
3) Setelah kuih masak harus disegerakan membuka penutup supaya air tidak menitik pada kuih. Biarkan sejuk sepenuhnya dan bolehlah di potong.

*Kalau cara sue lebih suka mengguna surat khabar agak tebal dan ianya serap wap dan air tidak lambat menitik*

SELAMAT MENCUBA!

KRAM




Disember 17, 2015

BUN COKLAT DAN CHEESE


Assalammualaikum... Pagi ni lega sikit dapat entri yang dah seminggu KIV. Teringin sebenarnya nak makan coklat bun lebih-lebih lagi sekarang cuaca semakin sejuk dan perut sentiasa berkeroncong. 
Resepi sue guna resepi bun dari sahabat yang dulunya bun ni jadi gempak dan fenomena di FB. Siapa lagi kalau bukan dari Puan LYDIA HONEY dengan bun sarang lebahnya. 
Teksturnya memang tak di nafikan tersangat gebu dan lembut.
 Kali ni sue ubah sikit dan tambah creame cheese, susu tepung dan serbuk koko juga coklat paste. Sedap juga makan ketika masih panas dengan susu segar.
Resepinya sue kongsikan sekali lagi ye..


BUN COKLAT DAN CHEESE
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
1/2 sdt dry yis
1 sdm gula
1/2 cawan air suam +-

(B)
2 cawan tepung gandum 
1/2 - 1 sdm serbuk koko
1 sdm tepung susu 1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir (Sue tambah)

(C)
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik (sue guna 1 sdm)
1 sdm creame cheese (sue tambah)
1 sdt coklat paste
¼ cawan minyak sun flower

 1 biji telur C + sedikit susu cair/ air untuk sapuan atas roti.
Cara
1) Larutkan bahan A dan rehatkan 5-10 minit sehingga yis berbuih.
2) Dalam mangkuk adunan atau BM satukan bahan B dan masukan bahan C dan bahan A tadi.
3) Uli sehingga elastik dan rehatkan 30-45 minit sehingga naik 2 kali ganda.
4) Tumbuk doh untuk membuang angin dan bolehlah di timbang 30-40gm dan bulat-bulatkan.
5) Letak dalam paper cups atau loyang terpulang dan rehatkan lagi dalam 30 minit sehingga naik 2 kali ganda.
*Panaskan oven pada suhu 180-200C api atas bawah*
6) Sapu telur tadi atas roti dan tabur sedikit coklat chip kalau suka dan bakar 15-20 minit sehingga masak.
7) Keluarkan dari oven dan sapu sedikit mentega supaya bun berkilat dan takj keras permukaannnya.


SELAMAT MENCUBA!


Disember 12, 2015

CHOCOLATE NUTELLA FUDGE


Alhamdulillah... ni yang KIV so sekali kita entri bila dah berkesempatan. nanti asyik tunggu dan tunggu memang 'M' melanda.
Pada peminat coklat boleh mencuba resepi ni. Memang sedap buat kudapan dan anak-anak pasti suka. Saya buat pun tak banyak tapiii ni sekali duduk je makan berdua sambil nonton dah habis.
Resepi sue asal dari youtube dan sue kurangkan kuantiti gula pasal dan banyak menggunakan golden sirap. Kalau tak memang tak boleh telan terlalu manis kot. resepi nya di sini ye..



CHOCOLATE NUTELLA FUDGE
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan 
(A)
3 cawan krim putar
1 1/2 cawan golden sirap
1 1/2 cawan gula pasir

(B)  
50 g mentega(salted)

(C)
160 g Nutella
1 sudu teh cuka, 12 peratus

Taburan atas mengikut citarasa sendiri

*Seeloknya menggunakan thermometer untuk memastikan ianya tidak terlebih suhu*
Cara 
1) Didihkan bahan A menggunakan api kecil sehingga 124-125 darjah atau sehingga adunan mendidih pekat (Seeloknya menggunakan thermometer). Masuk bahan B dan biarkan ia masak selama 2 minit. Tutup api dan alihkan dari dapur. 
2) Masukan bahan C dan kacau sebati. 
3) Sediakan loyang sehiempat 6 inci atau loyang untuk membuant roti paun. Alas dengan kertas minyak 2 lapisan dan tuang adunan. Bolehlah di tabur topping mengikut citaras sendiri.
4) Biarkan ianya sejuk pada suhu bilik dan masukan ke dalam peti sejuk untuk beberapa jam sebelum memotong.
5) Bila dan sejuk bolehlah di potong dadu atau mengikut saiz yang di suka.

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM


















NASI BRIYANI AYAM SIMPLE


Assalamualaikum dan apa khabar?? 
Alhamdulillah baru berkesempatan entri memandangkan lately kita sibuk pindah, kemas barang dan sekolah semestinya.
Banyak yang KIV dan hari ni kita gaghi juga entri. Rindu pulak pada blog yang tak seberapa ni...
nasi ni ni kita buat 3-4 hari lepas bila teringin sangat nak makan briyani. Ni percubaan pertama kita guna rempah briyani dari Lebanon yang kita beli tempoh hari di kedai arab. Rasanya memang sedap tapi Sue tambah sikit dengan kari biasa, tak banyak pun 1/2 sdt je hihi..

NASI BRIYANI AYAM SIMPLE
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan 
2 cawan beras basmathi - cuci bersih dan rendam 1/2 jam. Toskan.

(A) Untuk stok ayam
2 ketul paha ayam
2 helai daun bay
1 biji buah pelaga
1 batang kecil kulit kayu manis
1 batang lotang kecil lobak merah - potong 3-4
1/2 batang saleri - potong 3-4
1/2 sdm rempah briyani
1/2 sdt serbuk kari ayam/daging
4 cawan air 

(B) Tumis
1 biji bawang besar - potong panjang
1-2 sdm minyak zaitun
1 sdt minyak sapi/ ghee

(C) Untuk masak nasi
1/2 cawan susu cair
11/2 cawan stok ayam 
Garam secukup rasa
*Bergantung pada jenis beras yang digunakan. Kenal pasti terlebih dahulu sukatan air yang biasa digunakan untuk memasak takut terlebih atau terkurang air dan kejadiannya tidak cantik*

(D) Taburan
Sedikit kacang peas
Lobak merah selepas merebus stok - potong dadu kecil
Kismis hitam/kuning

Ayam panggang simple
Paha ayam yang telah di rebus
1 sdm madu 1sdm jus lemon
garam secukup rasa
1/2 sdt lada hitam - tumbuk kasar
1 sdm minyak zaitun


 Cara
1) Bahan A - Rebus paha ayam menggunakan api kecil sehingga ayam timbul. Angkat ayam dan ketepikan sehingga suam.
2) Tapis stok rebusan tadi dan ketepikan.
3) Tumis bahan B sehingga bawang layu dan tutup api.
4) Masukan beras yang sudah di tos tadi ke dalam periuk nasi dan masukan bahan tumisan serta bahan C. Rasa secukupnya dan kacau sebati. Masak seperti biasa.
5) Bila nasi dan masak dan bertukar keep warm, Masukan bahan D dan carik menggunakan garpu dan tekan cook lagi dan masak sepenuhnya.
6) Untuk ayam panggang, satukan kesemua bahan-bahan dan bakar dalam oven pada suhu 180 api atas bawah sehingga keemasan ( anggaran 20-25 minit)

SELAMAT MENCUBA!


KRAM





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...