Translate

Januari 29, 2016

KEK PANDAN EKSPERIMEN YANG SANGAT SEDAP


SELAMAT PAGI..
Syukur Alhamdulillah dan kek eksperimen menjadi dengan gebunya. Saja nak mencuba dan tengok hasilnya bagaimana dan ternyata ianya sedap sekali. Tanpa menggunakan mentega dan pengasingan putih dan kuning telur, 
Sue guna sebiji telur terus cuma mengambil sedikit masa untuk menjadikan telur dan gula kembang dan putih gebu.
Teksturnya seakan kek chiffon dan rasanya lemak yang menjadikan sedikit  kelainan. Manakala santannya sue masak sehingga mendidih untuk mengeluarkan sedikit minyak sebagai pengganti mentega. Kejadian yang sangat memuas hati dan sedap sangat lebih lagi digandingkan bersama air teh kosong.  Nak cuba? Jom tengok resepi..


KEK PANDAN SEDAP
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
250g telur - anggaran 4-5 biji kalau telur gred A
200g gula kaster (boleh kurangkan sebab sini gulanya tidak manis macam gula tebu)
1/3 gula vanilla
*Kalau guna esen vanilla letak 2 sdt tapi jangan dipukul bersama telur. Letak kemudian bersama dengan santan.*

(B)
150g tepung kek - ayak
180g santan (jangan terlalu pekat) - masak sehingga mendidih dan timbang menjadi 150g.
2 sdt pandan paste

*Panaskan ketuhar pada suhu 170-180 degrees*
1) Pukul bahan A sehingga putih gebu selama 15 minit (high speed).
2) Kemudian masukan tepung berselang seli dengan santan, esen vanilla, pandan paste dan di akhiri dengan tepung.
3) Pukul perlahan sehingga sebati dan rata.
4) Sapu sedikit mentega pada loyang dan tabur tepung. Tuang adunan kedalam loyang dan bakar selama 35-40 minit bergantung pada oven masing-masing dan 5 minit terakhir guna api atas bawah sehingga atad keperangan.

 *Untuk mempastikan ianya sudah masak ke belum cucuk dengan penyucuk satay dan kalau ianya tidak melekat dan licin bererti kek sudah masak. Keluarkan terus dari oven dan terbalikan kek diatas radai untuk mengeluar wap panas. Caranya sama macam membuat kek chiffon atau kek span*.

SELAMAT MENCUBA!

TUMIS KERING TAUGE DAN KACANG PANJANG


ASSALAMMUALAIKUM..
Ini pun cerita semalam makan bersama kari asam ikan salmon. Sue masak untuk cukup makan sendiri pasal suami dah awal pergi kerja dan bila dah campur keduanya jadi banyak juga. Selebihnya sue buat ratah je dan malam sue tidak makan dan kenyang hihihi..
Sayur yang mudah untuk dimasak dan tidak mengambil masa yang lama untuk menumis. Semua boleh masak ni tapi sue nak share juga.


TUMIS KERING TAUGE DAN KACANG PANJANG
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
1 mangkuk sedang tauge - cuci bersih dan toskan
5-6 batang kacang panjang - hiris rencong
1 batang kecil lobak merah - potong halus sebesar batang mancis

 Bahan tumis
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih 
1 biji cili merah - buang biji dan hiris halus
Minyak secukupnya untuk menumis

(A)
1/2 sdt sos ikan
Serbuk perasa secukupnya 

Cara
1) Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga kuning dan masukan sayur kacang panjang dan lobak merah. 
2) Tumis dalam 2-3 minit dan masukkan tauge serta bahan A. Kacau rata dan tutup api. Jangan tumis terlalu lama nanti tauge terlebih masak menjadi layu.

SELAMAT MENCUBA!

KARI ASAM IKAN SALMON SEDAP


ALHAMDULILLAH...
Semalam sebelum pergi sekolah sue masak awal craving punya pasal. Lama rasanya tak makan kari asam dan kebetulan ikan salmon pun ada so kita terus on je hihi.. Bila dah makan terpaksa kontrol nafsu dari terus hanyut bertambah nasi. Makan panas-panas wallah tak sedar dah siapa lalu. Kari asam merupakan salah satu kegemaran sue lebih lagi kalau menggunakan udang galah dan kuah kaw-kaw gitu hmmmm lagi sedap! 

KARI ASAM IKAN SALMON
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
4-5 hiris ikan salmon
Garam dan serbuk kunyit sedikit.

(B)
1-2 sdm cili giling - terpulang kalau tak nak pedas kurangkan
Belacan sedikit
1 sdm serbuk kari ikan (Babas) 
1 tangkai daun kari
Minyak secukupnya untuk menumis

(C) Kisar halus
5 biji bawang merah
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai - hiris halus terlebis dahulu
2 biji buah keras - rendam dahulu
Halia dan lengkuas - anggaran 1/2 inci setiap satu

(D)
1000ml (+/-)  air putih
2-3 biji tomato - belah 4 (sue guna cherry tomato)*
Kacang bendi secukupnya - agak-agak ye.*
2 keping kecil asam gelugur
Garam dan serbuk perasa secukupnya
1 sdt gula 

Cara
1) Bahan A - Sebatikan rata dan goreng sekejap hingga kering luarannya. Jangan terlalu lama nanti hancur. Inaya untuk menggelak cepat hancur bila dan dimasuk kedalm kuah nanti. Ketepikan.
2)  Bahan B - Panaskan minyak kedalam kuali atau periuk dengan api sederhana tumis cili terlebih dahulu sehingga pecah minyak dan masukan belacan dan selebihnya. Tumis lagi dalam 5 minit dan masukkan bahan C yang telah dikisar tadi. 
3) Kacau sebati dan sehingga bahan pecah minyak. Pastikan minyak secukupnya supaya bawang cepat masak dan asam pedas kelihatan cantik.
4) Bila bahan dan cukup masak masukan bahan D kecuali yang bertanda (*) dan biarkan ianya mendidih sekejap. Rasakan kuah masam masin dan secukupnya baru masukkan yang bertanda (*) dan ikan yang telah digoreng tadi. Biarkan mendidih seketika dan tutup api.
5) Sedia untuk di hidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...