Julai 01, 2015

SUP CENDAWAN BERKRIM DAN ITALIAN CHEESY GARLIC BREAD



Assalammualaikum....Semoga sihat hendaknya teman-teman semua. Seminggu menyepi dan nak entri pun tak de mood. Bila sakit nak datang memang tak kira masa dan waktu. Dugaan dan cuban di bulan yang mulia ini. Mula kena migrain di susuli sakit gigi.. Ya Allah dan syukur Alhamdulillah masih boleh bertahan hingga berbuka. Suami pula pada masa tu masih di Oman so kita sendirian di rumah. Makan pun tak berselera apatah lagi nak masak. Lepas berbuka sempat solat terus tidur sekejap sementara menunggu Solat Isyak jam 12am dan terus terawih. Alhamdulillah sekarang dan beransur pulih dengan sendirinya.  Sesungguhnya Allah maha pendengar segala doa hamba-hamba nya. Ini yang Sue masak minggu lepas baru berkesempatan entri hari ni dan sekolah pun dan cuti.. Sedikit kelegaan bila cuti sekolah kan..hihihi. Ni atas permintaan suami sampai je di rumah terus requested sup untuk berbuka. Time di Oman dia cakap tak de selera mungkin cuaca terlalu panas sampai 46 degree pada masa tu dan hidung berdarah. Kesian bila dia cakap dia di hospital tapi tugas harus di teruskan bila di beri tanggungjawab dan bersyukur dia masih boleh berpuasa dengan keadaan cuaca panas macam tu.. Ya Allah memang menitis airmata bila Sue suruh dia berbuka kalau tak mampu lagi pun hidung berdarah tapi dia tetap bertahan dan cakap dia mampu 'Insyallah'. Tiada keluhan di dengar malah dia selalu mengucap Alhamdulillah setiap kali apa yang berlaku. Satu kelebihan yang dia perolehi dari sekolah agama untuk saudara-saudara baru. Mudahan pintu hati mu terbuka seluas-luasnya untuk lebih mendekati dan mendalami ilmu Islam yang suci. Tak nak emosi dah... Resepi ni memang Sue selalu guna untuk makan dengan roti dan sebagainya yang cun la..hihihi.. Jom tengok resepinya.

SUP CENDAWAN BERKRIM
Oleh: Sue Norrman

(A)
2 biji kentang (saiz sedang)
1 cawan air

(B)
5-10 biji cendawan butang - cincang
1 sdm mentega

(C)
1 cawan susu segar
Garam dan gula sedikit secukup rasa

(D)
1/2 sdt oregano
1 cawan krim putar/double cream

Cara:-
1) Bahan (A) - Kupas kulit kentang dan potong kecil. Rebus sampai empuk dan biarkan suam. Kemudian kisar bersama 1 cawan air hingga hancur dan halus. Ketepikan.

2) Bahan (B) - Panaskan mentega dalam periuk hingga cair dan masukkan cendawan. Tumis dalam 1-2 minit dan tuangkan bahan A tadi. Kecilkan api dan kuar supaya tidak berkerak. Biarkan sehingga naik wap.

3) Masukkan bahan C dan kuar sebati. Rasakan secukupnya dan biar mendidih sekejap.

4) Masukkan bahan D dan sebatikan. Kalau sup masih kelihatan pekat masukkan susu atau air panas sedikit supaya tidak terlalu pekat. Tutup api dan boleh di makan bersama roti.




Roti ni sedap di makan ketika masih panas. Di celup dan sup atau di makan begitu sahaja. Roti ni mesti sentiasa ada di rumah. Kalau tak letak topping kita makan dengan cheese atau butter je. Kadang tekak tu jemu je mengadap cheese hari-hari. Biasa Sue beli cheese yang mild je. Boleh pilih nak berapa % fat nya. Makin tinggi % makin pahit rasanya tapi suami biasa beli untuk dia yang 48%. Sue punya yang 21% je. Kiata biasa beli yang blok bila nak makan baru slice sendiri. Memamg ada yang jual yang slice tapi taste dah berubah. Sue pernah cuba beberapa kali dan selepas tu kita beli yang blok dan timbang. Makan pun tak banyak dan bila teringin je. Di sinilah Sue belajar mengenali Cheese, cara makan dan kegunaanya. Kalau pergi beli barang dapur tempat cheese ni satu kemestian walaupun tak beli apa pun. Suka tengok-tengok je sebenarnya tapi kadang termasuk juga dalam troli..hihihi. Depa ni tak de cheese memamg tak boleh gayanya. Butter dan cheese di pisah jangan. Perumpamaan macam tu lah kiranya tapi... Kalau cheese cake depa tak berapa suka. Itu yang hairannya. Di supermarket atau di bakery jarang jumpa depa jual cheese cake. Kebanyakan sponge dan coklat cake atau mousse kek. Tak pe lah yang penting depa senang..hihihi. Mai kita tengok cheezy garlic bread pulak..

ITALIAN CHEESY GARLIC BREAD
Oleh: Sue Norrman

1 French baguette loaf

(A)
2-3 ukas bawang putih
1 ikat kecil daun parsley (fresh)
1/2 cawan minyak zaitun

(C)
Sedikit garam dan lada hitam kasar

(D)
2 cawan mozzarella - parut
Parmesan cheese secukupnya - parut

Cara:-
1) Potong french loaf kepada 2 dan belah (jangan putus) ketepikan. Panaskan oven pada suhu 190 deg api atas bawah.

2) Kisar bahan A hingga hancur (Sue guna food proccesor)

3) Kemudian sapu atas roti yang dan di belah tadi dan tutp kembali. Bungkus dengan aluminium foil dan masuk dalam oven. bakar dalam 10 minit.

4) Keluarkan roti tadi dari bungkusan dan potong putus roti tadi. susun atas dulang pembakar.

5) Tabur bahan D di dahului mozzarella dan parutan parmesan cheese. Masuk semula dalam oven dan bakar selama 20-25 minit hingga keperangan di atas.

6) Bila dan siap boleh lah dipotong dan sedia untuk di makan.

Selamat Mencuba


KRAM









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...