Alhamdulillah.. Kejadian yang tidak menghampakan walaupun tanpa penggunaan bread improver, bread softener mahupun baking powder. Semuanya menggunakan bahan asas biasa dan menggunakan starter doh sejuk yang diperap dalam petiais.
Syukur yang teramat eksperiment Sue berjaya dan tidak merisaukan lagi. Kalau di Malaysia semua senang nak dapat tapi tidak bagi kami di sini. Bahan baking teramat limit nak dapat cuma yang biasa sahaja.
Tekstur roti yang amat ringan dan gebu sekali. Lama sebenarnya bermain dengan tepung untuk mendapat tekstur seperti yang di ingini Alhamdullah hari ini menjanjikan bahagia dan senyum sampai ke telinga.
Sebenarnya nak buat bun kaya bila terpandang cheddar yang masih banyak dalam petisejuk terus berubah fikiran.
CHEESE BUN GEBU
Resepi: Sue Norrman
Bahan-bahan
(A) Starter
250g tepung roti
1/2 sdt instant yis
1 sdm gula halus
160g air sejuk petiais
Cara
Satukan supaya rata. Tutup dengan kain dan rehatkan 30 minit. Kemudian masukan kedalam peti sejuk dan rehatkan 1-1 1/2 jam sebelum digunakan.
(B)
100g tepung roti
1 sdt instant yis
20g gula halus
1 biji telur c - pukul lepas
20ml susu cair/susu segar full krim
50g mentega/marjerin
1/2 sdt garam
Sapuan
Sedikit telur + susu cair/ susu segar
Cheddar parut dan gula secukupnya
Cara
1) Bahan B - Satukan bahan kering bersama bahan (A) starter dan uli sebati.
2) Masukan telur dan uli lagi dan masukan susu cair.
3) Uli sebati dan akhir sekali masukan mentega dan garam. Uli hingga elastik.
4) Rehat doh 30 minit atau naik 2 kali ganda. Tumbuk doh untuk membuang angin dan timbang setiap satu pada 30g.
5) Sapu sedikit minyak/ shortening pada tangan untuk memudahkan membulat dan tidak melekat pada tangan.
6) Letak dalm loyang yang sudah disapu minyak atau shortening. Susun mengikut citarasa sendiri.
7) Rehatkan lagi 30 minit atau bila bun dan cukup naik sapu dengan telur + susu, tabur gula dan cheddar.
*Panaskan oven terlebih dahulu sebelum membakar*
8) Bakar 25 minit pada suhu 180-200 degrees bergantung pada oven masing-masing. 5 minit terakhir menggunakan api atas bawah.
9) Bila dah masak keluarkan dan terus sapu mentega supaya berkilat dan tidak keras pada permukaan roti bila sudah sejuk.
SELAMAT MENCUBA!
KRAM