Translate

November 24, 2015

CREAMY CHICKEN CREPES


Assalammualaikum... Hari ni pepagi dah entri sat lagi nak sambung kemas rumah. Bangun lepas subuh mata dah tak boleh lelap lagi dan terus buat sarapan untuk somi sebab biasa dia pergi kerja awal.
Ni cerita semalam.. All time favourite. Mungkin janggal bunyinya bila crepe dengan ayam tapi sebenarnya ianya enak sekali. Tak percaya cuba dan pasti nak lagi hihihi.. Kalau kami di sini ni salah satu typical swedish food tapi sue tak pernah mencuba. Keraguan halalnya dan pasti lebih yakin kita buat sendiri kan!
Sue selalu buat pelbagai filling ikut citarasa dan bahan tidak ada sukatan. Tapi ni terpaksa kita gaka-agak ye.
Dengan tekstur crepes yang lembut juga krim dan cheese amat sesuai sekali pada penggemar cheese juga boleh buat untuk jamuan atau tetamu bertandang ke rumah. 


CREAMY CHICKEN CREPES
Resepi: Sue Norrman

Bahan untuk crepes(dapat dalam 12-15 kalau saiz 8 inci)
500ml susu segar sejuk
180g tepung gandum
3 biji telur A
1/2 sdt garam
1/2 sdt gula
5 sdm mentega cair*

Cara
1) Satukan semua bahan kecuali yang bertanada (*).
2) Rehatkan 30 minit dan masukan mentega cair* dan sebatikan.
3) Guna non stik pan(8 atau 9 inci) dan menggunakan api sederhana. Masukan mentega anggaran 1/2 sdt. 
4) Cedok 1 senduk (agak-agak ye) dan biarkan kuning dan angkat letak dalam pinggan.Ketepi dan sejukan.
*Crepes jangan di balikkan. Biarkan bahagian atas masak dengan sendirinya*


BAHAN INTI
(A)
1/2 biji bawang besar - cincang halus
1 sdm mentega + 1 sdm minyak zaitun/masak
 
(B)
2-3 ketul isi dada - rebus masak dan racik halus
1 tin cendawan butang - hiris nipis
2 biji tomato - potong dadu dan rebus 1/2 masak
Cili benggala (warna ikut suka)- potong dadu  
1 sdm sos tiram
1 sdm kicap cair
1/2 sdt lada sulah
1 sdt serbuk perasa
Gula sedikit 
Garam secukup rasa (rasakan masin nya terlebih dahulu)
Daun parsley fresh - cincang (boleh ganti dengan yang kering)

(C)
250ml susu segar
100ml whipping krim
1 sdm tepung gandum + sedikit air

Cara
1) Tumis bahan A hingga kuning.
2) Masukan bahan B satu persatu sehingga sebati semua dan rasa secukupnya.
3) Masukan bahan C satu persatu dan kuar sehingga inti pekat. Tutup api dan biarkan suam.
4) Ambil 1 keping crepe dan letak inti. golong macam biasa tapi jangan di lipat tepi nya ye.
5) Letak ke dalam casserole yang sudah di sapu mentega dan golong sampai habis.
6) Tuang sos putih dan tabur parutan cheddar dan mozarella. bakar 20-25 minit api atas bawah sehingga keperangan.
*Panaskan oven pada suhu 180 degrees sementara menbuat sos putih*

SOS PUTIH
Bahan-bahan
(A)
2 sdm mentega
1 sdm tepung gandum
200ml susu segar
100ml whipping krim
Garam dan gula sedikit

(B)
Parutan cheddar dan mozarella secukupnya untuk taburan atas sos putih.

Cara
1) Bahan A - Cairkan mentega menggunaka api sederhana dan masukan tepung.
2) Kacau sehingga tepung berbuih dan masukan susu, garam, dan gula. Biarkan mendidih sekejap dan masukan krim.
3) Kacau sehingga naik wap dan tutup api.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...