Januari 14, 2019

Nasi Safron Ayam Mudah Dan Sedap.





ASSALAMUALAIKUM!

Selamat pagi dan selamat bekerja semua.. Semoga ceria selalu.

Alhamdulillah hari SN nak entri resepi yang  tertangguh hihihi. Bila cuaca sekarang semakin sejuk mood M pun bersarang juga. Tapi SN cuba untuk update juga sementara nak balik Malaysia hujung bulan nanti. Bila dah balik memang susah nak update lagi pun kali ini SN balik dengan seribu harapan.

OK!! Nasi safron ayam ni SN buat tahun lepas time ada kawan datang ke rumah. Last minit pun hal SN buat apa yang termampu sahaja. Jadi juga akhirnya walaupun ramuan masih ada yang kurang.  Bila dah masak walla harum semerbak baunya. Safron SN beli di kedai arab dalm bentuk serbuk tapi harga pun boleh tahan mahal nya. Cuma guna sedikit sahaja untuk warna dan rasa.

Berbalik pada resepi, ianya terpulang pada keselesaan masing masing ye sama ada nak guna dada ayam atau paha sahaja. Tapi SN suka guna paha ayam sebab tak banyak isi so tak muak sangat. Nak cuba jom tengok resepi.


NASI SAFRON AYAM
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
A.
2 ketul paha ayam - potong 2 dan bersihkan. Gaul dengan sedikit garam
Sedikit oregano kering
Sedikit minyak.

B.
2 cawan beras basmathi - cuci dan rendam dengan sedikit garam selama 1 jam. Toskan

C. 
1/2 biji bawang besar  - hiris panjang
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 biji buah pelaga 
1 helai daun bau - boleh skip kalau tak ada
1 kiub ayam
Sedikit garam
Sedikit safron - rendam dengan sedikit air
2 1/2 - 3 cawan air - guna cawan yang sama untuk menyukat beras (bergantung pada beras yang di gunakan)
1/2 sdm ghee
Sedikit minyak sunflower/ zaitun atau minyak masak biasa

Hiasan
Hirisan lemon
Cili benggala


Cara:

1. Bahan A - Panas kan minyak dan masukan ayam. Goreng sehingga keperangan dan balik sebelah lagi. Tabur sedikit oregano dan tutup api ketepikan.

2. Bahan C - Panaskan minyak dan ghee dengan api sederhana dan masukan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga kuning dan masukan air.

3. Kemudian masukan bahan selebihnya dan biar kan mendidih sebentar. Tutup api.

4. Dengan menggunakan periuk nasi elekrik, susun ayam dan masukan beras yang telah di tos tadi kemudian masukan air yang telah di masak tadi.

5. Masak seperti biasa. Bila nasi dah tukar kepada WARM tekan sekali butang COOK sehingga masak sepenuh.

6. Sedia untuk di saji dan tabur cili benggala dan lemon sebagai hiasan atas.



SELAMAT MENCUBA!



Januari 10, 2019

Lamb Chops Panggang Tersangat Sedap!





ASSALAMUALAIKUM!

Hai.. apa khabar?

Hari ni SN nak sambung entri seterusnya dengan resepi western food yang sangat sedap. Lama dah buat ni rasanya tapi al maklum lah bila masa mencemburui terpaksalah di simpan dahulu. 

Resepi ini SN ambil dari Fb Chef Rashidi, alhamdulillah tersangat sedap. Berbanding dengan daging lembu SN lebih suka makan lamb. Entah tak tahu tapi itu lah realiti. Resepi yang mudah tapi kena di perap terlebih dahulu untuk mendapat rasa serapan yang enak.

Dengan ramuan yang mudah di dapat tak payah nak susah lagi dah. Seriously memang sedap! Aroma daun limau purut di masukan ke dalam ramuan merinate wallah... Memang menggoda baunya ketika di panggang. Manakala sos nya SN buat mint sos resepi olahan sendiri. So, apa kata kita tengok resepi nya ye. JOM..





Lamb Chop Panggang Sedap
Resepi: Chef Rashidi Manap


Bahan-bahan (untuk perapan)
1/2 - 1 kg lamb chopcuci bersih dan tos kan


3 ulas bawang putih - tumbuk kasar
2 batang searai - hiris halus dan tumbuk kasar
2 - 3 helai daun limau purut - buang batang tengah dan mayang halus
3 batang daun ketumbar - cincang halus
Sedikit daun rosemary fresh - cincang kasar (boleh ganti yang kering)
1 sdt lada hitam biji - tumbuk kasar 
1/2 sdt biji sawi
Sedikit lemon jus
Sedikit chili flakes
Sedikit madu (anggaran 1-2 sudu makan)
Garam secukup rasa
1/2 cawan minyak jagung/ matahari/  masak


Cara:

1. Satukan kesemua bahan dan rehatkan 20 minit.

2. Kemuadian ambil bahan perapan tadi mengikut kuantiti yang di perlukan dan sapu pada lamb.

3. Perap lagi dalam peti sejuk dalam 2-4 jam sebelum di panggang. 

*Lebihan bahan perapan boleh di simpan dalam peti sejuk dalam bekas kedap udara dan tahan selama 2-3 minggu*



Garlic Chili Mint

2 ulas bawang putih - tumbuk kasar
2 biji cili merah - tumbuk halus
3 biji cili padi (nak pedas lebihkan) - tumbuk kasar
5-7 helai daun mint - tumbuk kasar
1/2 sdm sos ikan
2 sdm soso cili thai
Garam gula secukup rasa
Lime jus anggaran 1 sdm

*Sos rasanya masam manis*

1. Satukan kesemua bahan dan rasa kan secukupnya. 

2. Simpan dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih enak.



SELAMAT MENCUBA!



Januari 09, 2019

PAU KACANG MERAH GEBU DAN LEMBUT.. SEDAP!!





ASSALAMUALAIKUM!

Selamat pagi!! Alhamdulillah hari ini SN kembali lagi untuk entri seawal yang mungkin. Selepas subuh terus sarapan memandangkan security company (VERISURE) akan datang jam 7am untuk kerja penambahan kamera dan alarm sensor untuk semua tingkap. Sebenarnya ada cerita sedih dan trauma yang masih terpahat dalam fikiran kami suami isteri. Biarpun ianya sudah 2 bulan berlalu tapi ianya amat meninggalkan  kesan sedih di hati.

Insyallah tiba masa nya SN akan cerita dan bila hati dah kembali tenang. Itu adalah salah satu dugaan buat kami syukur semuanya selamat. Harta dunia hanya pinjaman sementara yang penting hidup harus di teruskan. Mungkin ada yang mengerti apa yang cuba SN sampaikan cuma sekarang ianya masih dalam siasatan polis.

OK.. kita teruskan untuk resepi boleh? Semestinya resepi yang SN suka dan inti kacang merah SN buat sendiri. Walaupun ianya tidak setanding yang dah siap seperti di kedai tapi ianya amat memuas hati. Pau kacang merah gebu Insyallah lembut. Resepi SN olah sendiri dari masa ke semasa. Nak cuba tak?? jom...





Pau kacang Merah Gebu
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
A.
250g tepung pau/ superfine/ hongkong atau gandum
1 sdt instant yis
185ml air sejuk (peti ais)

B.
50g tepung seperti di bahan (A)
1/2 sdm tepung ubi
1 1/2 sdt double acting baking powder - kalau tak ada boleh guna baking powder biasa
2 sdm gula pasir
Secubit garam

C.
3 sdm shortening/ marjerin/ minyak masak


Cara:

1. Uli bahan A sehingga kalis dan lembut. Rehatkan 20 minit.

2. Kemudian masukan bahan B dan uli lagi sehingga rata dan masukan bahan C.

3. Uli lagi sehingga elastik.

4. Rehat kan doh 20 minit sehingga naik dan boleh di timbang dan bulat kan.

5. Isi inti dan bulatkan lagi. Letak atas lapik kertas yang telah di potong. Rehatkan lagi 10-15 minit dan didihkan air kukusan.

6. Balut tudung pengukus dengan kain supaya air tidak menitis. Kukus selama 7-8 minit sahaja.




Homemade Red Bean Filling
A.
200g kacang merah - cuci dan rendam semalaman
2 helai daun pandan - simpul

B.
50ml air
150g (+/-) gula pasir

C.
150ml minyak masak


Cara:

1. Rebus bahan A sehingga kacang empuk dan toskan air.

2. Kisar kacang menggunakan food processor sehingga halus dan ketepikan.

3. Masak bahan B sehingga gula hancur dan masukan kacang yang telah di kisar tadi.

4. Gaul rata dak kacau menggunakan api kecil sehingga kacang agak kering.

5. Masukan bahan C dan kacau lagi sehingga pekat dan menjadi paste. Tutup api dan biarkan sejuk. Sedia untuk di gunakan.



SELAMAT MENCUBA!



Januari 08, 2019

Cekodok Keledek Bersira... sedap!!





ASSALAMUALAIKUM!

Hari ni SN nak kongsi resepi sedap dan pasti menjilat jari hihihi..  
Cekodok keledek bersira nama di beri sebab malas punya pasal. Untuk memudah kan kerja SN buat ala cekodok tapi asalnya memang resepi keria pun.

Bila dan menjadi dengan jaya nya hati banyak suka weiii.. saja nak ubah untuk memuaskan hati sendiri. Tapi kalau tak nak buat bulat macam cekodok boleh saja jadi kan keria terus. Ini merupakan salah satu kuih kesukaan SN dari dulu dan selamanya hahahaaa.

Ok.. pada yang nak mencuba jom kita tengok resepinya.



Cekodok Keledek Bersira
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
A.
500g keledek oren - kukus atau rebus sehingga lembut. Jangan terlebih lembut nanti adunan menjadi lembik.

*Biarkan suam seketika dan lenyek*

B.
100g tepung gandum
1/3 sdt soda bikarbonat
1/3 sdt garam halus
1/2 sdt gula

C.
1/2 sdt minyak

*Minyak secukupnya untuk menggoreng*


Cara:

1. Masukan bahan B ke dalam keledek yang telah di lenyek sedikit demi sedikit sehingga rata sahaja. Jangan terlebih uli nanti menjadi lembik.

2. Kemudian masukan bahan C dan uli rata lagi. 

3. Panaskan minyak dengan api sederhana sehingga betul betul panas.

4. Sapu sedikit minyak pada jari untuk memudahkan mencedok adunan.

5. Goreng seperti biasa dan bila dan keperangan angkat dan toskan atas tisu dapur supaya serap minyak. Biarkan sejuk dan boleh buat kan sira gula.


Sira Gula
1/2 cawan air - guna cawan metrik
1/3 cawan gula

Cara:

1. Masak gula bersama air sehingga gula hancur, pekat dan berbuih halus menggunakan api sederhana dan tutup api.

2. Masukan cekodok yang telah di goreng tadi dan goreng sehingga kering dan gula bersalut pada cekodok.

3. Sedia untuk di nikmati.

P/S: Ketika menyira jangan hidupkan api. Ianya untuk mengelakkan gula semakin cair. Insyallah kejadian nya akan menjadi cantik.



SELAMAT MENCUBA!




PISANG GORENG RANGUP.





ASSALAMUALAIKUM!

Selamat pagi semua.. semoga sihatnya hendak di samping menjalankan tugas harian.
Seperti yang di janjikan SN akan usaha untuk entri sebanyak mungkin resepi yang KIV setahun lama dari masa ke semasa. Memandangkan sekarang SN cuma masak yang simple untuk diet sahaja. Maka nya untuk tahun ini kuranglah resepi untuk di cuba tapi Insyallah SN akan cuba buat yang terbaik.

Berbalik pada kesihatan, SN masih dalam pemantauan dan masih makan ubat tapi dos yang kuat. Mana tidak nya  ahad lepas SN kena  serang lagi,  Ya Allah tak terkata sakitnya..
Rasanya tidak ada apa yang salah di makan cuma sarapan sebiji telur, avocado dan air suam. 20 minit lepas tu perut dah memulas sampai ke hulu hati dengan teruk sekali. Rehat dalam tandas setengah jam berpeluh peluh sampai EN tak keruan. Selesai dari tandas balik ke ruang tv masih lagi sakit dan kali ini SN terpaksa sujud dah tak tahan sakit. Tanpa di sedar menangis semahunya. Bila En nampak SN dah teruk dia dah bersuara kena call ambulan tapi SN tak mahu tetap masih berdegil. 4 jenis ubat dah di makan masih tak jalan.

Akhirnya SN mengalah untuk ke emergency di mana EN dah telefon klinik untuk emergency. Walaupun berjalan terpaksa di pimpin tapi masih boleh berjalan. Bila sampai register apa semua terus masuk. Syukur Alhamdulillah dengan penerangan doktor yang amat jelas membuat SN menangis dan terharu. Di mana doktor menyarankan  untuk terus makan ubat selama 4 minggu dengan menambah dos yang lebih kuat. Mulanya doktor memberitahu lepas setengah jam rehat mereka akan membuat satu ujian di mana kamera akan di masukan ke dalam perut melalui mulut tapi SN tak mahu, serau rasanya. Tapi doktor cakap ini harus untuk kebaikan dan segala tanda tanya akan terjawab. Dalam pada masa yang sama SN di beri ubat untuk berehat selama setengah jam untuk pemantauan. Andai beransur surut sakitnya SN boleh balik tapi kalau tak ada perubahan terpaksa kamera di masukan. Allahu.. menagis tua di buatnya untuk membuat pilihan.

Alhamdulillah.. SN di benarkan balik tapi makan semua kena jaga. Insyaallah.. hingga ke hari ini SN cuma makan bubur dan makan yang mudah di hadam sahaja tapi keinginan nafsu menghantui betul. Bila rasa nak makan itu ini EN dah bersuara hahahaha.. baik juga kan ada yang masih sayang.

OK.. dah panjang lebar SN berceloteh, so SN nak kongsi kan resepi yang sangat mudah dan pasti menjadi kesukaan semua. Goreng pisang rangup versi SN sendiri. Kalau parti goreng pisang memang SN paling suka tak kira salutan nya rangup atau tidak. tapi kalau tepung nyan rangup itu satu nikmat kan? Resepi KIV dan selamat mencuba!


PISANG  GORENG RANGUP
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan

Pisang abu/ tanduk/ kapok secukupnya

Bancuhan tepung
1/2 cawan tepung beras
1 1/2 sdm tepung kastad
1 biji telur gred B atau C
1/3 cawan air sejuk (peti ais)
2 sdt air kapur 
2 sdt gula pasir
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
2 sdt marjerin yang telah di cairkan

*Minyak secukupnya untuk menggoreng*

Cara:

1. Satukan  bahan untuk bancuhan tepung sehingga sebati.

2. Panaskan minyak dengan api sederhana sehingga panas.

3. Belah 2 pisang atau terpulang mengikut citarasa sendiri dan celup/ golek dalam bancuhan tepung tadi.

4. Goreng sehingga kekuningan dan balik lagi sebelah sehingga keperangan juga dan garing.

5. Angkat dan toskan atas tisu dapur dan sedia untuk di nikmati.




SELAMAT MENCUBA!


Januari 02, 2019

CREME BRULEE ... enak sekali !!




ASSALAMUALAIKUM!

Selamat petang semua.. apa khabar?

Semoga semua ceria dan seperti biasa rutin persekolahan sudah bermula sudah pasti semua nya sibuk kan?
Kami di sini cuti sekolah lama lagi di mana cuti panjang untuk sekolah adalah pada summer nanti. Sekarang cuma cuti christmas dan tahun baru sahaja.

Seperti biasa kalau tahun baru di sini memang meriah dan salah satu menjadi sambutan tradisi dan supermarket semua tutup setengah hari sahaja. Dan En pun dah mula kerja setelah cuti panjang balik dari out statian disember lepas. Insyallah kalau tak ada arah melintang EN akan ke Detroit lagi pada hari isnin depan. Tinggal lah SN sendirian lagi hihi..

OK!! CREME BRULEE dessert untuk tahun baru kita semalam dan ianya sangat sempoi dan enak sekali. Pasti tahu kan keenakan dessert yang satu ni. memang tak pernah jemu makan walaupun 2 bekas rasa nak lagi lebih lagi kalau sejuk sejuk hmmm Enjoy!!

Kali ni SN buat kurang manis di sebabkan SN dalam fasa diet dek kerana ingin nak makan terpaksa cheat juga hahahaa.. Alhamdulillah tak muak sebab tak manis kan. Untuk resepi yang sedia ada boleh tengok DISINI cuma SN olah lagi untuk jadi lebih pekat. 

Jom tengok resepi!!



CREME BRULEE
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
A.
8 biji kuning telur
4 sdm gula kastor/ pasir

B.
800ml whipping cream
1 batang vanilla pod - belah dan kikis biji, masukan kedalam krim beserta kulitnya sekali.

*kalau tak ada boleh guna esen vanilla 1 sudu teh*

C.
Raw sugar/ brown guls halus/ gula kastor untuk taburan atas/ burn


Cara:

1. Preheat oven 150 degree api atas bawah.

2. Kacau sebati bahan A sehingga gula hancur sahaja. Ketepikan.

3. Masak bahan B menggunakan api kecil sehingga mendidih sekejap dan terus padamkan api dan alih keluar vanilla pod.

4. Ambil sedikit krim yang telah di masak tadi masukan ke dalam adunan telur dan kacau sebati. Ambil lagi dalam 2 senduk dan kacau rata kemudian tuangkan perlahan lahan ke dalam krim dan sambil di kacau sehingga sebati.

5. Buang buih di atas krim dan rehatakan sehingga pekat seketika selama 5 minit.

6. Tuang ke dalam ramekin terpulang pada saiz yang di suka yang telah di susun di dalam dulang.

7. Masukan ke dalam oven dan tuang air panas ke dalam dulang dan bakar selama 30-35 minit.

8. Keluarkan dan sejukan sepenuhnya. Tabur gula dan guna orch untuk membuat caramel.




SELAMAT MENCUBA!

Soft Peach Pie.. sekali rasa pasti nak lagi!





ASSALAMUALAIKUM!

Selamat Tahun Baru 2019 buat semua followers SemanisKasturi blog yang di sayangi. Semoga di tahun yang baru ini kita semua di limpahai rezeki dan kesihatan yang sihat hendaknya.

Alhamdulillah... hari ini SN berkesempatan untuk berbicara seketika sempena menyambut tahun baru walaupun keadaan tidak berapa sihat. Seminggu dah berlalu tapi sisa kesakitan masih terasa. Gastrik datang kembali tapi kali ini terasa amat sakit. 3 hari duduk di rumah sahaja makan pun tidak cuma dapat minum air sahaja. Episod pedih dan memulas bermula 4 hari lepas syukur semalam dah reda tapi masih berhati hati nak makan. Masak pun tidak syukur EN jenis yang tidak banyak ragam dan dapat masak sendiri.

Semoga SN terus di beri kekuatan dan bertambah rajin untuk menulis. Ini merupakan resepi tahun baru dan KIV resepi masih menunggu lagi.

Soft Peach Pie!! pernah cuba atau rasa tak?? Rugi tau kalau tak cuba. Tersangat sedap dengan gandingan vanilla sos walla enak sekali. Kalau nak lagi sedap guna fresh peach. 
Vanilla sos pula SN beli yang dah siap rasanya lagi sedap dan memudahkan kerja hihi..



SOFT PEACH PIE
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
 
5 biji buah peach - potong memanjang
4 sdm gula pasir - untuk tabur atas buah

*kalau menggunakan buah dalam tin, cuci terlebih dahulu dan skip gula sebab ianya sudah manis* 

A.
130g butter atau marjerin
120g gula kastor

B. (Ayak)
130g tepung gandum
1/2 sdt serbuk penaik
1 sdt gula vanilla/ 1/2 sdt esen vanilla
1/4 sdt garam 

C.
1 biji telur gred A atau B


Cara:

1. Preheat oven pada suhu 170 degree apai atas bawah.

2. Masukan buah peach ke dalam pai plate dan tabur gula. Ketepikan seketika.

3. Pukul bahan A sehingga putih dan berkrim. kemudian masukan bahan B.

4. Pukul lagi sehingga sebati dan masukan bahan C. Pukul lagi sehingga adunan rata.

5. Tuangkan ke dalam pai plate tadi dan rata kan. Bakar selama 30-45 min sehingga masak dan keperangan.

6. Sedia untuk di nikmati sama ada ketika masih suam atau biarkan sejuk seketika.



 SELAMAT MENCUBA!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...