Memaparkan catatan dengan label KUAH KACANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUAH KACANG. Papar semua catatan

Jun 28, 2017

Satay Salad.. Sedap!!


Assalamualaikum!!

Selamat malam semua.. Tak terasa raya dah 4 hari berlalu kan? Tapi mood raya masih kian terasa bila masak menu raya lebih lagi satay dan kuah kacang. EN minta SN buatkan satay dan kuah kacang lagi sebab hari tu EN tak makan banyak katanya, hihihi. So Pepagi dah SN ke dapur nak perap ayam apa semua. Walaupun cuma kuantiti yang tak banyak tapi nak kopek bawang, goreng kacang itulah melambatkan kerja.

Kali ni SN buat satay ayam panggang dalam oven je sebab malas nak cucuk dan hirisan pun agak besar. Sedap juga tau sebabnya itu cara orang malas huhu. Bila tengok EN makan teringin pula nak buat cara salad dan ternyata tidak menghampakan. EN pun puji sedap lebih lagi di ganding dengan telur rebus tapi baru teringat selepas ambik foto. Kalau ada nasi himpit lagi sedap rasanya. Insyallah nanti kita try versi gitu pula. Pada yang nak mencuba boleh aje.. Mudah dan sedap Insyallah. Resepi satay dan kuah kacang SN guna resepi yang sedia ada. Nanti SN bagi link ye..



SATAY SALAD SEDAP
 Bahan sampingan 
  • Daun salad secukupnya
  • Buah tomato
  • Timun
  • Jagung tin manis (ligo dll) 
  • Kuah kacang
  • Satay ayam - potong kecil

SELAMAT MENCUBA!

Ogos 24, 2016

CUCUR UDANG DAN SAYUR RANGUP



Pagi tadi sue sarapan dengan cucur udang campur sayur sama nescafe o dan kuah kacang. Lama juga rasanya tak buat cucur udang dan teringin bila cuaca sejuk begini. Awal dah buat selepas subuh terus ke dapur menyedia apa yang perlu dan defrost udang dan kuah kacang. Bila dan semua siap jam 6.30am dah habis semua di goreng dan sarapan dengan cucur yang masih panas. Alhamdulillah selepas 3 jam bila cucur dah sejuk ianya masih kekal rangup di luar dan lembut dalamnya. 

Sue olah sendiri menggunakan air soda (sparkling water) yang sejuk untuk membancuh tepung dan sedikit air kapur cair. Wallah satu kelainan dan rangupnya masih kekal walaupun dah lama selepas di goreng. Tiada tips yang special cuma penggunaan sparkling water yang membuatkan nya ranggup. Bukan ini saja yang sue buat menggunakan sparkling water tapi pancake juga dan tak perlu letak soda bikarbonat. Mungkin harganya sedikit mahal dari air suling yang biasa tapi banyak manfaatnya yang kita tidak tahu. Air soda pula sue buat sendiri dengan mesin yang dah berjasa lamanya untuk minum harian dna buat bekal suami ke pejabat. Mesin ni sue dah beli lama cuma tukar gas dan harganya tak mahal berbanding jkalau beli air soda yang sedia di jual di supermarket... Ok.. jom..


Resepi kuah kacang >>  KUAH KACANG 1  KUAH KACANG 2





CUCUR UDANG DAN SAYUR RANGUP
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
150g tepung gandum
50g tepung roti/ high protein (kalau tak ada guna tepung gandum saja)
2 sdm rata tepung beras
Garam secukup rasa
1/2 sdt serbuk perisa
Sedikit gula
1/3 sdt instant yis
Pewarna kuning sedikit pengganti serbuk kunyit
(kalau menggunakan serbuk kunyit dan di campur dengan air kapur warnanya kan bertukar menjadi oren)

(B)
350 - 400ml air soda sejuk (sparkling water)
1 sdt air kapur cair

(C) 
1 batang lobak merah saiz kecil - potong sebesar batang mancis
Sedikit daun bawnag dan daun sup - hiris halus
Sedikit cili giling
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
1/2 biji bawang besar (saiz sedang) - cincang 
Daun kucai secukupnya
Udang fresh secukupnya

Minyak secukupnya untuk menggoreng


Cara
1) Satukan bahan A dan masukkan bahan B. Kacau sebati sehingga tepung tidak bergentil dan masukkan bahan C.
2) Sebatikan dan rasa bancuhan secukup rasa dan rehatkan 10 - 15 minit.
3) Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana sehingga betul-betul panas.
4) ambil 1 sdm bancuhan cucur dan goreng sehingga keperangan dan balik sebelah dan biarkan masak sepenuhnya.
5) Letak atas tisu dapur supya serap minyak dan goreng sehingga habis.
6) sedia di nikmati bersama kkuah kacang atau selera sendiri.

SELAMAT MENCUBA!




Julai 11, 2016

Kuah kacang Yang Sangat Sedap: bersama tipnya


ASSALAMUALAIKUM.. Salam lebaran.
Alhamdulillah dan sekarang semua dan kembali ke sekolah dan pejabat. Memang tidak terasa kan kita dah hari ke-6 syawal. Tapi kalau tradisi kami orang sarawak hari ke 8 -10 masih berziarah seperti biasa siap dengan baju melayu dan samping juga.
Bila dah berjauhan begini suasana dan hidangan raya menjadi kerinduan.  Apa pun tiada yang mustahil kalau ada kemahuan kan?
Kuah kacang atau kuah satay kebiasaan orang sarawak panggil ini sue buat 3 hari lepas bila teringin sangat tengok kawan-kawan makan satay, nasi himpit bagai. Sebenar kalau ikut kemalasan memang tak makan lah jawabnya pasal kita malas nak menggoreng kacang tu hihihi.. Keinginan memuncak kita gagahi juga buat sedikit dan selebihnay kita beku untuk stok kalau teringin nak makan lagi. Insyallah kalau di bekukan ianya tahan dan rasanya masih kekal sedap. 
Kuah kacang yang menjadi kesukaan keluarga dan sesiapa sahaja yang bertandang ke rumah ketika hari raya dan merupakan menu wajib juga. Insyallah kalau betul cara masak kacangnya ianya menjadi lebih sedap. Tips sue sertakan bersama resepi dan kalau nak kuah kacang tahan lama dan sedap ikut tips nya ye! memang berpuas hati. Jom...


KUAH KACANG SEDAP
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
500g kacang tanah - goreng tanpa minyak/ sangai sehingga kuning dan cukup masak - kisar jangan terlalu halus
Air secukupnya untuk merebus kacang

(A)
2-3 sdm cili giling - Nak pedas tambah lagi
1 sdm tomato puree
Minyak secukupnya untuk menumis (kena lebih sikit supaya bawang masak dan kuah cantik)

Kisar halus
10 biji bawang merah ros
2 biji kecil bawang holland/ bombay
3 ulas bawang putih
1 inci halia
4-5 inci lengkuas - hiris nipis
2 batang serai - hiris nipis 

(B)
Air asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa
2 sdm gula pasir (+-)
1 keping kecil gula melaka


TIPS:-
*Rebus kacang yang telah dikisar bersama dengan air. Anggaran air mesti lebih dan rebus menggunakan api sederhana sehingga air separuh dan nampak kacang kembang. Tambah lagi air seperti permulaan dan rebus lagi.
Ulang proses menambah air dalam 3-4 kali sehingga kacang mengeluarkan minyak. Bila ianya cukup masa merebus akan nampak minyak dari lemak kacang timbul  pada permukaannya dan boleh tutup api. Kena sabar masa merebus dan sentiasa di kacau takut kacang menurun dan hangus di bawahnya. 
Ambik masa dalam 30-40 minit untuk merebus dan kacang menjadi kenyal bila di makan dan kuahnya menjadi sedap bila sudah di masuk bahan tumisan nanti. Seeloknya kuah kacang ini kita masak malam sebelum ada acara dan biarkan ianya semalaman dan esok baru di makan dan rasanya lebih sedap. Untuk perbezaan rasa boleh di cuba selepas di masak dan keesokannya.*


CARA
1) Tumis bahan A sehingga garing dan pecah minyak.
2) Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis menggunakan api sederhana sehingga kuning dan betul-betul pecah minyak. Kalau kurang minyak tambah lagi sedikit minyak untuk memudahkan bawang masak.
3) Masukkan kedalam rebusan kacang tadi. Kacau sebati dan masak lagi menggunaka api kecil sehingga mendidih.
4) Boleh masukkan bahan B sedikit terlebih dahulu untuk mendapat rasa yang menepati.  Kuah kacang ini kena manis sedikit sebab kalau ianya sudah sejuk rasanya akan berubah.
5) Lanjutkan sedikit masa sehingga mendidih lagi dan tutup api.
6) Biarkan semalaman dan esok boleh di panas lagi untuk dihidangkan.


SELAMAT MENCUBA!


Ogos 01, 2015

POPIA INTI SAYUR DAN KUAH KACANG YANG PALING SEDAP


Popia inti sayur!! Satu snack kesukaan swedish. Nak beli kulit popia pun senang semua supermarket ada jual. Cuma intinya kita tak tau apa yang depa guna. Biasa kalau di restoren Thai depa guna campuran sayur juga untuk cost yang murah.  Alhamdulillah... Popia semua pandai buat kan dan kali ni Sue guna sayur je. Kuah kacang Sue buat di hari yang sama nasib stok kacang yang dah di goreng memang sentiasa ada. Resepi kuah kacang ni memeg terbaik dan kalau matsalleh asyik puji memang sedap lah tu cuma Sue tak buh cili takut pedas. So rasanya masam manis je tapi sedap juga.. 

POPIA INTI SAYUR
Resepi: Sue Norrman
Oleh: Sue Norrman 

 Bahan-bahan
1 mangkuk kobis yang sudah di hiris halus
1/2-1 mangkuk lobak merah yang sudah di hiris halus
1 bungkus Tang Hoon- rendam dengan air paip sahaja dan toskan kemudian potong2 kan
1/2 biji bawang besar - hiris dadu halus
1 sdt udang kering- rendam dan tumbuk lumat
Sedikit lada hitam kasar
Serbuk perasa secukupnya
Gula sikit 
Minyak untuk menumis dan menggoreng secukupnnya

*1 sdt tepung gandum + sedikit air untuk buat gam pelekat popia.

Cara
1) Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga keperangan. kemudian masukan udang kering dan kuar sebati.
2) Masukan lobak merah dan kuar lagi. kalau terlalu kering masukan sedikit air.
3) kemudian masukan bahan perasa dan kobis. Kuar sebati dan secukup rasa. Akhir sekali masukan tang hoon dan kaur sebati. Tutup api dan biarkan sejuk/suam.
4) Bila inti dan sejuk boleh lah memulakan menggolong popia. Buat sampai habis.
5) Panaskan minyak untuk menggoreng secukupnnya sehingga panas. Masukan popia satu persatu dan Jangan goreng terlalu banyak dalam satu masa.
6) Goreng hingga kekuningan dan balikkan sebelah supaya warnanya sekata. Boleh lah di angkat dan letak atas penapit steel atau tisu dapur supaya serap minyak. Siap untuk di jamu..





 Resepi Kuah kacang segera ni Sue dapat dari sahabat FB yang dia share di wall nya untuk di panjangkan. Dia izinkan di share untuk manfaat bersama. Di sini Sue panjangkan untuk semua.. Terima kasih kak As. Ikut kata kak As, resepi ni dia guna untuk jualan ketika dia duduk di Sabah lagi. Sekarang kak As pindah ke nepal mengikut suami posting kerja di bawah kedutaan Malaysia di Nepal. Bila terjadi gempar bumi tempoh hari beliau bersamq keluarga dalam situasi yang gempar dan ya Allah kami kawan2 pun tak lena di buatnya. 
Talian semua putus dan syukur bial kak As dapt balik ke Malaysia dengan penerbangan ehsan menggunakan Charlie. Nampak sedih di raut wajahnya bila terpaksa kembali ke Nepal tapi apakan daya rezeki di perantauan. Sue sempat whatsap bertanya khabar time dia dan balik ke Nepal tapi itulah katanya tidur memeng tak lena. Gegeran lanjutan berlaku time dia baru nak solat dan dan guna telekung dan berwuduk semua.. Semoga Kak As dan semua keluaraga di sana di lindungi.. Amin.  Resepi kuah kacang ni memang terbaik dan ipar2 Sue pun puji sedap. Sue siap bekalkan satu botol kecik untuk ipar bawa balik.. senyum nya lebar tak terkata.. Sini Sue kongsikan resepi Ikhlas dari kak As.


KUAH KACANG SEGERA:-ASLIE
Resepi: FB (Kak Nor As Nur)
Oleh: Sue Norrman

Bahan2Nya.
1 kilo kacang Tanah (sangai n blend)
100g Cili kering ( sangai n blend)
100g Bijan( sangai)
1 kilo gula pasir
8 sudu kfc Garam
60g cuka Makan
500-600g/ ml Air

Cara2Nya:-
1- )Blend cili dgn air, masukkn dlm periuk n biarkn cili tu mndidih.
2-)Kemudian masukkn gula, kacau hingga mndidih n gula tu hancur kalo x adunan akn mnjadi brsarang sbb gula x hancur..
3-)Masukkn garam, kcau sbati ikut step masukkn cuka n masukkn bijan
4-)Last sekali baru masukkn Kacang Tanah yg telah d blend td
5-)Kacau sebati semua bahan hingga adunan meletup2 n brkilat n pekat dlm 10-15 mnt mesti kacau dgn api yg perlahan kalo x nti adunan akn hangit d bwh..Tutup Api n
6-) sejukkn Adunan n boleh ambil beberapa sudu n bancuh dgn air panas shj.. Sedia utk d makan..
P/S - Untuk Nasi impit n kuah satey kalo nk sedap lg boleh ambik beberapa senduk Adunan kuah kcg segera masukkn dlm periuk bancuh dgn air campur sikit asam jawa n ketuk sebatang dua serai kcau skejap atas api yg perlahan x perlu bubuh garam n gula dh just masak camtu je.



KRAM




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...