Translate

Januari 30, 2016

KARI KAMBING KAW TANPA SANTAN


ALHAMDULILLAH..
Berkesempatan masak kari kambing malam tadi cicah dengan tea bread yang sue buat petang semalam. Kita makan sendiri kari ni pasal terlajak pedas so cik abe tak dapat makan. 
Sekali sekala ok juga makan kambing ni tapi lepas makan kepala ting tong dibuatnya. Mungkin kolestrol tinggi kot.
 Tak apa lah kita rehat seketika nanti kalau betul-betul craving baru masak lagi.
Plan sebenarnya sue nak buat serunding tapi beralih arah pula. Tetiba nak makan kari bila cik abe minta buatkan roti. Begitulah itu dah menjadi kebiasaan tak hairan pun. 
Yang penting ianya tak terbuang dan membazir kan? Resepi yang mudah tanpa santan ala mamak dan lagi sedap bila makan keesokan harinya...Insyallah bau tak hanyir walaupun ianya tidak direbus terlebih dahulu.


KARI KAMBING KAW TANPA SANTAN
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
1/2 kg daging kambing - potong ikut jalur dan jangan melawan alur nanti lambat masak. Beli yang tidak banyak lemak.
( Rendam dengan air tepung gandum dan air asam jawa dalam 1 jam. Kemudian cuci bersih dan toskan)
1/2 sdt serbuk kunyit
Sedikit garam
*Gaul rata bahan bersama daging dan ketepikan*


(A)
5 kuntum cengkih 
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 batang sedang kulit kayu manis
Minyak secukupnya untuk menumis

(B)
1/2 biji bawang bombang -hiris nipis
1/2 biji bawang besar - hiris nipis
2 ulas bawang putih - hiris nipis
1 inci halia - hiris nipis
2 tangkai daun lari
1 sdm cili giling


(C) Kisar halus
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji buah keras
Sedikit lengkuas

(D)
4 sdm serbuk kari daging babas
2 sdt serbuk kurma babas
1 ketul kiub lembu

 (E)
Garam dan gula secukup rasa
Air asam jawa secukupnya
3 biji kentang - potong dadu (Kalau suka)
2 biji tomato  - belah  4

Cara
1) Tumis bahan A sehingga naik bau dan masukkan bahan B. Tumis lagi sehingga kuning dan cili giling pecah minyak.
2) Kemudian masukkan bahan C, tumis lagi sehinnga bawang layu dan cukup masak.
3) Masukkan daging kambing yang telah di perap dengan serbuk kunyit dan masak sehingga mengeluarkan air dengan api sederhana
4) Bila daging dah separuh masak masukkan bahan D dan kacau sebati. Jika terlalu kering masukan sedikit air dan biarkan ianya masak hingga daging empuk. Kacau selalu takut kuah mengering dan hangus. 
5) Tambah air lagi jika perlu dan akhir sekali masukkan bahan E dan biarkan mendidih sehingga masak sepenuhnya. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

P/S:- Masukkan air sedikit-sedikit supaya tidak terlalu cair. 

SELAMAT MENCUBA!

KRAM


WHOHEMEAL MINI TEA BREAD


HAI SEMUA..
Semalam sue buatkan mini wholemeal tea bread untuk dinner kami. Katanya nak tukar selera hihi.. Kita lagi suka tak payah masak LOL. Kebiasaan makan roti begini cheese memang tak akan ketinggalan.
 Pagi, petang atau malam kalau ada roti memang pasti ada je muka cik cheese ni. Alhamdulillah walaupun dinner yang simple tapi kenyang kalau dah 5-6 biji duk makan sorang.
 Sue Tak makan lagi pasalnya tengah tunggu kari kambing masak. Kata tak masak tapi tandus juga bila siangnya berangan nak makan kari cicah dengan roti. Roti ni sue buat ikut resepi sendiri je dan tak menggunakna telur (kehabisan telur sebenarnya huhu) Jom cuba..


WHOLEMEAL MINI TEA BREAD
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
200g tepung roti
50g wholemeal flour
1/2 sdt garam
1 sdt gula
1 sdm madu
1/2 sdt bread improver
1/2 sdt bread softener
1/2 sdt instant yis
1/2 sdm minyak zaitun/ masak
1 sdt shortening
190g (+/-)  air sejuk petiais

Cara
1) Masukan bahan kering kedalam mixer atau bread maker dan diikuti cecair . Uli hingga lembut dan elastik anggaran 30 minit.
2) Tutup dengan tuala lembab dan biarkan rehat dan naik 2 kali ganda.
3) Tumbuk doh untuk membuang angin. Tabur sedikit tepung pada papan pencanai dan uli lagi doh dengan tepung supaya ianya tidak melekat.
4) Giling doh menjadi rectangular dan terap dengan cawan saiz sedang. Jangan giling terlalu nipis ye!
5) Buat sehingga doh habis dan letak ke dalam dulang pembakar yang telah di tabur sedikit tepung.
6) Cucuk dengan garpu permukaan doh yang telah diterap tadi dan rehatkan lagi sehingga naik dua kali ganda.
*Panaskan ketuhar pada suhu 170-180 degrees*
7) Bakar selama 20-25 minit dengan menggunakan api bawah sehingga keperangan. 5 minit terakhir gunakan api atas bawah.
Bergantung pada oven masing-masing.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...