Memaparkan catatan dengan label SANDWICH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SANDWICH. Papar semua catatan

Januari 02, 2018

Smoked Salmon Sandwish




Assalamualaikum!!

Selamat pagi di tahun yang baru dan semoga sihat hendaknya. Pagi ni SN lambat sarapan dan tak tahu makan apa. Bila cuaca semakin sejuk perut pun semakin kuat menyanyi tapi SN memang kena tahan untuk tidak terlalu mendadak makan. Proses diet masih di teruskan tapi kadang tu cheat juga hahha.. Tak apalah 4 fasa penting dah selesai dan boleh makan nasi cuma tak boleh ambil dalam kuantiti banyak. nanti mengelembung kembali nahas tu hihihi.

Cerita part makan ni memang tak pandai habis kan cuma kena ikut citarasa nak masak dan makan apa. Sandwish ni SN buat untuk lunch semalam sebab EN nak makan yang simple dan SN pun buat yang senang sekali. Lebihan smoked salmon masih ada so SN jadikan sandwish makan dengan danish rye bread. Sedap tau!




Kalau part western SN lebih suka masak dan ianya tak banyak bahan juga. Itu lagi memudahkan kerja dan sedap di makan. Sandwish pun sedap juga yang penting gandingan tu kena umpph. alau EN sandwish dengan cheese pun ok sebab dah kebiasaan cheese tu salah satu makan ruji mereka. So.. tiada resepi cuma nak berkongsi saja.. jangan marah ye..




KRAM

Jun 20, 2017

Creamy Crab Stick Ciabatta Sandwish



Salam 25 Ramadhan!

Selamat pagi dan semoga sahabat SN sihat hendaknya. Alhamdulillah kita menghampiri ke penghujung ramadhan dan menghitung detik untuk menyambut syawal tidak lama lagi. Syukur ya Allah kita dapat menunaikan ibadat puasa walaupun tidak penuh dan semoga dapat bertemu lagi pada ramadhan akan datang.

Semalam Sn sibuk membuat mee kuning tempahan kawan SN yang baru datang dari filipin bersama keluarganya. Tempahan tak banyak mana pun 2 kg tepung tapi yang lenguh tu tangan pasalnya mesin kita manual je huhu. Memang tak sempat nak snap gambar kalau dah 5 orang berjumpa memang riuh di buatnya. Mereka datang ke rumah SN dan kami buat bersama untuk memudahkan dan di jamin halal.

Bila dah selesai semua penat juga lebih lagi puasa kan so time berbuka SN makan sandwish simple je sama nescafe panas. SN guna ciabata bread yang beli frozen so panaskan semula dalam oven sekitar 15 minit  dengan suhu maximum. Spreadnya pula SN buat sendiri dan salah satu spread favourite suami SN dan sedap di ganding bersama smoked turkey sliced. Resepi mudah dan sedap untuk semua jenis sandwish. Jom!!


CREAMY CRAB STICK CIABATTA SANDWISH
Resepi: Sue Norrman


Bahan bahan
1 - 2 ciabatta bread - belah 2
Daun salad secukupnya
1 biji tomoto - potong nipis
Chicken sliced/ halal beef bacon


Creamy cheese
150g bream cheese 
2 sdm mayonis
2 sdm creme fraiche/ sour cream - kalau tak ada, skip.
1 sdt lemon jus/ limau nipis
2 ketul crab stick - cincang halus
Sedikit daun dill kering
Garam dan gula secukup rasa
1/2 sdt mustard


Cara
  • Satukan bahan cheese dan rasa secukupnya. 
  • Sejukan semalaman atau 1 jam sebelum digunakan.
  • Ambil ciabatta bread - belah 2 dan susun daun salad dan tomato.
  • Sapu creamy cheese dan letak chicken sliced kreativiti sendiri.

SELAMAT MENCUBA!

Mei 30, 2017

SANDWICH TUNA DAN TELUR SEDAP



Salam 4 Ramadhan...

Selamat pagi buat semua pengunjung blog SN yang di sayangi. Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-4 kita berpuasa. Tak terasa begitu cepat masa berlalu dan sekarang kita menghitung hari untuk menyambut Syawal.

Seperti biasa SN cuma masak yang simple je untuk berbuka. Semalam SN cuma buatkan sandwich tuna untuk juadah berbuka sama jus oren. Syukur juga 2 hari ni cuaca tak begitu panas dalam 16-18 celcius je tapi menghitung minit dan saat untuk berbuka memang terasa. Part makan-makan ni teringat dengan keluarga di kampung. Dapat makan bersama dan meriah bila semua berkumpul kan? Tahun ini SN beraya di perantauan lagi mungkin sendirian sebabnya suami SN mungkin ke Mynmar lagi pada 18hb jun selama 2 minggu.

Insyallah masih ada teman-teman dan anak tiri yang masih sudi bertandang ke teratak kami untuk bertanya khabar. Memang kebiasaan kalau hari raya mereka akan datang ke rumah dan SN akan masak menu yang biasa untuk hari raya. Ok.... to be continued sebabnya SN jap lagi akan ke hospital ada appointment Mammogram yang tertunda pada januari lepas. Doakan semoga semua di permudahkan dan berdebar juga ni untuk mengambil result pap smear yang sudah pada jumaat lepas. Semoga semuanya ok! Untuk resepi sandwich jom kita skodeng...






SANDWICH TUNA DAN TELUR 
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
8 keping roti paun/ bantal - potong tepi yang keras
1 biji tomato saiz sedang - potong bulat
Daun salad secukupnya
Timun jika suka
Chicken slice kalau suka
Butter untuk sapuan atas roti 
Sliced cheese secukupnya

(A)
1 tin tuna dalam tin ( tuna dalam air ye dan tin sedang ye)
3-4 sdm mayonis
1 biji telur rebus - lenyek jangan terlalu hancur *
Secubit serbuk lada hitam 
1 sdt gula
1 sdt susu manis
2 sdt jus limau nipis
1 sdt  - kalau tak ada boleh ganti lemon atau limau kasturi
Sedikit cili banggala merah dah hijau - potong dadu kecil
Sedikit bawang besar - potong dadu 
2 sdt creme fraice - boleh skip kalau tak ada
*BOLEH TENGOK SINI CREME FRAICHE


CARA
  1. Satukan rata bahan A kecuali telur. Bila dan sebati masukan telur dan sebatikan lagi.
  2. Simpan dalam kontena dan sejukan semalaman atau setengah hari terlebih dahulu untuk mendapatkan rasa yang sedap.
  3. Sediakan roti yang sudah di buang tepinya dan sapu butter.
  4. Kemudian letak pula tuna diikuti slice cheese, daun salad, tomato, sliced cheese dan letak sedikit tuna dan roti lagi.
  5. Bila dan habis kesemua di set kita letak dalam kontena dan sejukkan kembali selama 20 minit untuk set dan supaya sandwish cantik bila di potong.(kalau tak nak di sejukan pun boleh terus saja di potong)
  6. Keluarkan dari peti sejuk dan boleh di potong. sedia untuk di nikmati dengan jus! Walla syoknya...

SELAMAT MENCUBA!

KRAM


Ogos 14, 2016

CIABATTA / ITALIAN BREAD SANDWICH


Hai!
Mengharapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.. Peribahasa yang tidak dapat di sangkal lagi. Begitu juga dengan cuaca disini semakin hari semakin sejuk dan hujan di tengah hari. Persiapan untuk menanti kedatangan musim luruh begitu suram dan terfikir lagi ianya berterusan beberapa bulan sehingga kehadiran musim bunga tahun depan. Sesungguhnya kejadian alam dari penciptanya sungguh indah sekali. Walaupun sejuk tapi musim luruh merupakan musim yang sue sangat nantikan berbanding musim- musim yang lain. Kalau autumn sue suka meneroka hutan melihat deduan luruh dengan warna yang sangat cantik dan menarik. Insyallah kalau tiba musimnya sue akan mengambil gambar untuk tatapan sue kitchen reader.

Pagi ni sue sarapan ala italian lah sangat hihihi.. Sebenarnya roti tu aja italian bread tapi yang lain sue buat ikut rasa anak tekak je. Kalau dah namanya sandwich apa pun semuanya sedap yang penting idea dan bahannya kena cun kan? Sandwich sue hari ni special sikit sebab sue buat caramelized onions, caramelized cherry tomatoes, black pepper shredded beef dan dill sos. Smoked salmon sue sue letak juga ternyata sedap sekali. Dah setengah hari masa berlalu belum lagi tersa lapar sebab sandwich ni kategori heavy and all in one lah kiranya. Ciabatta sue beli yang frozen dan bila nak makan sue bakar semula dalam oven selama 5-10 minit je. Sebenarnya suka - suka je kongsi idea semoga ianya bermanfaat untuk semua. Jom..


CIABATTA SANDWICH
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
1 - 2 biji ciabatta bread - belah 2 dan sapu mentega
Daun salad secukupnya
Sos dill - kalau tak ada boleh ganti dengan mayonis
Smoked salmon - jika tiada abaikan


Untuk caramelized
1 biji bawang besar saiz sederhana - hiris nipis
5 biji cherry tomato - belah 2
Sedikit brown sugar
Butter secukupnya 


Black pepper shredded beef
100 - 200g daging batang pinang - rebus sehingga lembut dan carik.
1 sdm sos tiram
1 sdt kicap cair
Sedikit brown sugar
1 - 2 sdt lada hitam - tumbuk jangan terlalu halus 


Sos dill
1 - 2 sdm creme fraiche / sour cream/ plain yogurt
1 sdt mayonis
1 sdt gula
1/2 sdt parutan kulit lemon 
Sedikit daun dill (kering pun boleh guna)
*Kacau sebati dan sejukkan seketika sebelum di gunakan*


Cara
1) Untuk caramelized >> i) Cairkan butter dalam pan dengan api kecil kemudian masukkan bawang besar. Kacau sehingga layu dan masukkan sedikit brown sugar dan tumis lagi sehingga keperangan. Angkat dan letak dalam pinggan - ketepikan.
Dengan menngunakan pan yang sama, tambah sedikit lagi butter dan  masukkan cherry tomato. Goreng sehingga keperangan dan layu. Angkat dan letak dalam pinggan bawang tadi. 
ii) Cuci pan tadi dan panaskan lagi atas api sederhana. Masukkan sedikit mentega dan masukkan daging yang telah dicarik. Tumis sekejap dan masukkan bahan selebihnya sehingga sebati dan cukup rasa . Tutup api.
2) Ambil sekeping ciabatta yang telah di sapu mentega, susun daun salad, tabur daging di atasnya diikuti bawang dan tomato. Di atas sekali letakkan sos dill atau terpulang pada kreativiti sendiri.
3) Sedia untuk di nikmati dengan segelas smoothie atau yogurt.

SELAMAT MENCUBA!






Ogos 05, 2016

SANDWICH TUNA SEDAP DAN MUDAH


SELAMAT PAGI..
Awal pulak hari ni mengadap pc hihi.. Mata dah tak boleh nak lelap lagi selepas subuh dan sarapan seawalnya hari ni. Tiada yang istimewa cuma sarapan simple dengan sandwich dan almond milk. Roti yang paling sue suka untuk sandwich atau makan kosong sama butter pun sedap. Boleh kenyang makan roti ni sebabnya bahan asas menggunakan carrot, soya beans dan walnut cincang.

Tapi hari ni beralih selera sue buat tuna sandwich pulak dengan strong cheese slice. Sedap!! tapi cheese tu kita slice sendiri nak tebal mana terpulang tapi kalau terlalu tebal pahit weiii.. Kalau somi sue dia tak suka makan cheese yang dah sedia slice di jual sebab katanya tak ada taste tapi sue suka cheese yang mild. Kadang beli yang 15% atau 25% tapi somi sue beli yang 70% fatt.. Pahit nya melekat ke lidah tak nak lah makan selalu. Badan pun naik comel semacam je kan hihi... jom..jom..


SANDWICH TUNA SEDAP
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
Roti secukupnya (anggaran untuk 3-4 set) - terpulang nak guna roti apa tapi kalau nak sedap guna wholemeal bread.
Crispy salad secukupnya - nak guna daun salad biasa pun ok.
Tomato - potong nipis
Timun - potong nipis
Sliced cheese secukupnya
Mentega untuk sapuan roti

Inti 
1 tin kecil tuna (guna yang tuna in water) - tapiskan
3 sdm mayonis
1 sdm susu manis
1 sdm creme fraiche boleh tengok CREME FRAICHE 
(kalau tak ada boleh ganti dengan plain yogurt) 
Sedikit lada sulah
Sedikit parutan kulit lemon - kalau tak ada abaikan
 *Satukan bahan basah kecuali tuna sehingga sebati dan cukup rasa. Masukkan tuna dan ratakan. Sedia untuk diguna.*


Cara
1) Potong sisi keras pada roti dan sapu sedikit mentega.
2) Kemudian letak daun salad, tuna sedikit di atasnya, timun dan tomato, sliced cheese, daun salad lagi dan tuna lagi diatasnya. Akhir sekali tutup dengan roti.
3) Kalau nak mudah ketika memotong, cucuk toothpick di 2 bahagian supaya timun dan tomato cantik dan tidak terkeluar ketika di potong.
4) Buat sampai habis dan terpulang pada kreativi sendiri nak atur susun inti dan salad.
5) Tada.. dah siap dan sedia untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM



Ogos 06, 2015

SANDWICH TELUR YANG SEDAP



Hari ni kita sarapan sandwish je.. Kalau dah swedish tu memang swedish juga. Tak lari dengan hard bread, cheese, salad dan telur. Smoothie dan yogurt satu kemestian untuk mereka tapi Sue kadang sarapan ikut tekak. Sedap lagi makan nasi goreng kan?. Azalinya kita bukan orang putih dan tekak melayu tu tak hilang. Pagi ni Sue buat sandwich yang paling Suami sue suka. 

Walaupun hanya main ingredients tapi sos nya membuatkan ianya satu kelainan. So kami berdua sarapan ni je dan yogurt. Sue pula minum wild berries tea yang sue beli di Copenhagen tempoh hari. Taste not bad kalau minum suam dan tak payah letak gula memang lagi sedap. Untuk sandwich pasti semua tahu buat tapi  sue share resepi nya ye...


SANDWICH TELUR YANG SEDAP
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
4 keping roti - panggang
1 biji tomato - hiriskan
Timun secukupnya 
Daun salad secukupnya
2 keping Cheddar slice
2 biji telur - gorengkan terlebih dahulu satu-satu ye
Mentega untuk sapuan pada roti
Sos cili atau tomato

Sos Mustard
1 sdm mustard
2 sdm mayonis manis

Cara
1) Ambil sekeping roti yang sudah di panggang dan sapu sedikit mentega dan kemudian sapu sedikit sos mustard.
2) Letak daun salad, sos sedikit (cili/tomato terpulang) dan letak telur..Setiap lapisan letak sedikit sos supaya apabila di potong ianya melekat dan di ikuti tomato, cheddar slice dan daun salad lagi.
3) Cucuk roti dengan toothpick di tengah sebelah menyebelah terlebih dahulu sebelum dipotong.
4) Buat cara yang sama pada roti yang seterusnya dan sedia di makan.

P/S: Pengunaan toothspick kalau kuantiti tak banyak hanya untuk mencantikkan tapi kalau buat dalam kuantiti banyak guna pisau untuk memotong roti supaya hirisannya cantik dan tak pecah.

SELAMAT MENCUBA!



Kalau sarapan dengan swedish fresh vegies memang tak dapat dipisahkan. Serupa dirumah Sue memang stok fresh fruits dan vegies sentiasa ada. Wild berries tea memang cun sekali untuk sarapan dengan sandwich..hihihi...




KRAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...