Mei 31, 2017

KEK PANDAN KELAPA



Hai semua....
Selamat berbuka puasa dan terawih. Mungkin ada sekarang yang duduk santai sambil menikmati kuih muih berbuka tadi kan! Ini yang membuatkan hati tak keruan dan rindu nak pegi bazaar ramadhan. Walaupun tak banyak yang di beli tapi saja suka-suka cuci mata tengoh juadah yang di jual.

Semalam bila suami cakap dia akan balik hari ni memandangkan urusan kerja dan selesai dan EN minta kita buatkan kek tak kesah lah apa2 kek untuk berbuka nanti. Tada.. ini lah hasilnya Kek pandan kelapa faveret bonda SN. Kek ni SN buat selepas subuh tadi dan siap di potong letak dalam bekas terus. Malas nak tunggu makan baru potong. Bila dah ready nak santai pun senang ambil sekali hadap dengan bekas hehe...

Kek legend ni memang tak telan dek zaman kan dan bonda SN suka sekali makan kek kelapa lebih lagi kalau guna kelapa parut yang fresh dan guna minyak sapi. Tapi kali ni SN moden kan sikit dan tak letak minyak sapi memandangkan minyak sapi pun tak da di rumah. Ni pun sedap juga untuk jamuan atau makan bila teringin. Resepi mudah dan enak gitu..





KEK KELAPA PANDAN
Resepi: Sue Norrman

Loyang 8x8 inci

Bahan-bahan
(A)
250g mentega
180g gula halus

(B)
5 biji telur ayam gred B

(C)
250g tepung gandum - ayak
1 sdt serbuk penaik
80 ml susu cair

(D)
3 sdm susu manis
1 sdt pandan paste
50g kelapa parut kering 
Sedikit pewarna hijau

Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 180 degree api bawah selama 10 minit dan turun kan suhu kepada 160 degree.
  2. Pukul bahan A selama 5 minit (medium speed) sehingga sebati. Kemudian masukkan telur satu persatu sehingga rata.
  3. Kemudian masukkan tepung selang seli dengan susu cair (di akhiri dengan tepung) dan sebati lagi.
  4. Diikuti susu manis, pandan paste, pewarna dan akhir sekali kelapa kering.
  5. Tuangkan ke dalam loyang yang sudah di sapu mentega dan di lapik kertas minyak.
  6. Bakar selama 40-50 minit sehingga kek masak. Bergantung pada oven masing-masing.
  7. Bila dan masak keluarkan dari oven dan biarkan seketika kemudian keluarkan dari loyang dan biarkan sejuk sepenuhnya.

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM

KARI DAGING PEKAT TANPA SANTAN



Salam 5 Ramadhan!

Apa khabar semua sahabat SN? Semoga semuanya sihat dan ceria selalu. Sahabat semua masak apa hari ini? Ada yang best tak boleh kongsi resepi nanti pasti SN akan cuba. Sejujurnya SN tak tahu nak masak apa untuk berbuka dan makan pula lewat jadinya selera tak ada. 

Masih tercari-cari selera anak tekak tapi buntu weiii..sedih! Tak apa lah nanti kita godek dapur kawan-kawan kot2 ada yang berkenan kan... 
Nak intro sikit boleh tak? Petang semalam kan SN jalan-jalan di halaman rumah tengok tanaman,  Alhamdulillah banyak pokok buah yang dah mengeluarkan hasil. Pokok epal, cherry, gooseberry, plum, hazelnut semua dan nampak tapi belum besar sangat. Insyallah petang nanti SN ambik gambar kita share ye. Tu je nak habaq wakaka....

Juga semalam SN masak kari daging pekat tanpa santan. Plan sebenarnya nak buat roti jala tapi di sebabkan malas so akhirnya makan sama roti aje. Kenyang juga sebab dah banyak minum air terlebih dahulu. Kari daging merupakan salah satu feveret SN berbanding dengan kari ayam tapi kalau ada kari kambing SN akan pilih kambing. Nak cuba kari daging pekat sedap bersantan ada DISINI. Yang SN masak ni tak guna santan tapi SN letak susu cair sedikit untuk menambah rasa enaknya. Nak cuba tak? mai kita tengok resepinya..


KARI DAGING PEKAT TANPA SANTAN
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan 
1 kg daging batang pinang - potong ikut jalur daging
*REBUS DAGING DENGAN SEDIKIT AIR SAMA PARAS PERMUKAAN DAGING SEHINGGA LEMBUT TERLEBIH DAHULU*

3-4 biji kentang - potong ikut suka
2 biji tomato - belah 4 
Minyak secukupnya untuk menumis

(A) 
5 biji bunga cengkih
1 batang kecil kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 biji bawang merah - hiris nipis
2 ulas bawang putih - hiris nipis
1 inci halia - hiris nipis
1/2 biji bawang besar - hiris bulat nipis
3 tangkai daun kari
3 batang serai - ketuk

(B) Kisar
1 biji bawang bombay
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji buah keras
Sedikit kunyit hidup - kalau tak ada guna kunyit serbuk campur dalam rempah kari

(C)
5 sdm serbuk kari babas
2 sdm serbuk kurma
*bancuh dengan sedikit air untuk jadi paste*

(D)
Garam dan gula secukup rasa
1 ketul kiub ayam/ lembu
2 sdm sos tomato / air asam jawa
1/2 tin susu cair


Cara
  1. Rebus daging yang telah di hiris terlebih dahulu dengan api sederhana sehingga lembut. Air rebusan jangan di buang ye.
  2. Panaskan minyak ke dalam periuk/ kuali dan masukkan bahan A - rempah tumis terlebih dahulu diikuti bawang dan daun kari.
  3. Bila bawang dah kuning masukkan bahan kisar dan tumis sehingga bawang betul-betul masak. Pastikan minyak lebih supaya bawang senang masak.
  4. Kemudian masukkan paste kari dan kecilkan api. Kacau selalu supaya kari tidak hangus. Kalau kurang minyak tambah lagi. Masak sehingga kari pecah minyak.
  5. Masukkan isi daging rebus tadi tanpa air dan kacau sebati. Kalau pekat boleh masukkan air rebusan dan kacau lagi. 
  6. Biarkan mereneh sekejap dan masukkan kentang. Biarkan sehingga kentang 3/4 masak dan masukkan perasa - garam, gula dan kiub ayam. 
  7. Rasa secukupnya dan lebihkan sedikit gula serta masukkan air asam jawa/ sos tomato dan kacau sehingga kentang masak.
  8. Boleh masukkan susu cair dan tomato. Biarkan mereneh dalam 5-7 minit dan tutup api.
P/S: KALAU KUAH TERLALU PEKAT SELEPAS MASUKKAN SUSU CAIR BOLEH TAMBAH LAGI DENGAN AIR REBUSAN DAGING.


SELAMAT MENCUBA!


 KRAM


 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...