Ogos 12, 2016

PUDING KARAMEL YANG SANGAT SEDAP DAN MUDAH


KRIM KARAMEL... atau lebih di kenali dengan panggilan puding karamel. Salah satu dessert yang sue suka begitu juga dengan krim brulee. Makan puding ni memang tak akan cukup kalau satu portion kecik macam ni. Kebiasaan sue buat menggunakan casserole atau loyang tapi hari ni menggunakan remikin. Agak comot sebab time nak mengeluarkan puding ianya melekat. So secantiknya guna loyang dan kejadian sangat licin.

Tekstur pula memang cantik begitu juga dengan rasanya. Ianya tidak terlalu lemak dan manisnya secukup rasa. Resepi yang dah sue guna bertahun lamanya. Salah satu kesukaan anak-anak dan keluarga. Bila menyediakan keperluan untuk membuat puding mata terpandang ke arah botol di tepi sudut tempat sue menyimpan stok baking. Vanilla pod yang masih bersisa 4 batang pemberian kakak sahabat sue yang suami beli di Thailand. So kali ni sue menggunakan vanilla pod dan rasanya memang lebih sedap dan haruman vanilla di campur dengan susu ketika di rebus harum semerbak satu rumah.

Resepi yang mudah dan ideal untuk buat jamuan kecil atau dessert santai bersama keluarga. Modal pun tak besar  hihihi... Resepi sue dapat dari kakak ipar yang memang handal dalam bidang culinary dan salah satu dessert yang digunakan oleh salah satu airlines untuk business class. Kakak ipar sue bekerja dengan katering fligt khas untuk business class.
Untuk buat gula hangus sue lebih suka masak gula bersama air sedikit dan masak sehingga keperangan. Lain orang lain caranya kan? dan buat ikut kesenangan cara kerja sendiri... jom..




PUDING KARAMEL
By: Sue Norrman

Bahan karamel
150g gula pasir
2-3 sdm air sejuk

Cara
1) Kacau sebati dan masak atas api kecil sehingga keperangan dan tutup api. 
2) Kemudian tuang dalam loyang atau remikin dan biarkan sejuk.
*Kacau selalu gula ye supaya ianya cair rata dan tidak terlalu hangus. Jangan terlalu gelap takut gula menjadi pahit*



Bahan puding
(A)
1 liter susu segar/ fresh milk
1 batang vanilla pod - belah dua ambil bijinya dan letak kedalam mangkuk -  ketepikan.
(Cuma menggunakan kulitnya dan letak dalam susu)

P/s:- Kalau tak ada vanilla pod guna esen vanilla tapi letak dalam bahan B sahaja.

(B)
160 - 180g gula pasir
2 biji kuning telur
5 biji telur gred B
Biji vanilla yang diambil tadi

Cara
*Panaskan oven pada suhu 160 degree. Menggunakan kaedah bain marie (steam bath)*
1) Masak bahan A sehingga naik wap sahaja. Jangan sampai mendidih dan tutup api.
2) Kacau bahan B sehingga gula hancur. (Jangan di pukul ye nanti kembang dan tekstur puding menjadi berlubang-lubang.)
3) Kemudian ambil sedikit bahan A dan tuang kedalam bahan B dan kacau sebati.
4) Tuang lagi lebihan susu tadi, kacau lagi dan tapis.
5) Akhir sekali tuang puding yang telah di tapis kedalam karamel.
6) Balut loyang dengan aluminium foil supaya air tidak masuk melalui tepi loyang. bakar selalam 45 minit ke 1 jam sehingga masak. Kelihatan berkilat di permukaan puding bererti ianya cukup masak.
7) Jangan buka terus pintu oven sebaliknya renggang sedikit untuk mengeluarkan wap air dan biarkan ianya suam dan keluarkan loyang dan sejukkan sepenuhnya.

*Kalau nak lebih sedap simpan ke dalam peti sejuk dahulu dan makan sejuk-sejuk.. memang sedap!*

SELAMAT MENCUBA!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...