Ogos 12, 2015

TALAM LABU SEDAP




Semalam kita menalam lagi. Lebihan labu dalam peti sejuk dah seminggu so takut lama labu jadi kecut. Talam Ni memang sedap dan Sue Guna resepi asas yang sama untuk buat talam gula apong DISINI cuma sue tambah tepung hoen kwee dalam adunan labu. Sue buat 1/3 adunan je untuk acuan 6 inci sekadar makan berdua dan selebihnya Sue masuk freezer dan bila nak makan just masuk micro dan sembur air sikit. 
Sememangnya Sue peminat talam tapi kadang tu sedih bila beli rasanya nya sejuk dan tak lemak. Cuma nampak cantik pada luaran je. Kadang terfikir juga mustahil si penjual tak merasa apa yang depa nak jual kan. Memang mengharapkan hati tapi itulah resam berniaga. Apa pun dalam urusan jual beli kena jujur dan kalau berniaga semata-mata nak ambik untung memang rezeki tak panjang. 
Kita kena fikir juga si pembeli dan apa yang kiuta rasa pasti mengundang dosa kalau kita bercakap perihal si penjual menjual semata-mata nak untung kan? So.. mai kita tengok resepinya..



TALAM LABU SEDAP
Oleh: Sue Norrman

          Bahan-bahan         
1 gelas tepung beras
1/2 gelas tepung kanji (Sue guna tepung ubi)
2 3/4 gelas santan pekat
150-170g gula pasir(Sue guna 170g kerana gula disini tidak begitu manis)
150g labu- rebus dan lenyek halus atau kisar 
1 sdm tepung hoen kwee
Sedikit gula dan garam
Sedikit pewarna kuning (Guna gelas yang sama untuk sukatan santan dan tepung)

Cara
*Panas kukusan terlebih dahulu dan lapik dengan kain pada penutupnya*
1) Ambil 1 gelas santan dan di bancuh dalam tepung- ketepikan.
2) Lebihan santan 1 3/4 gelas tadi di masak tapi jangan sampai pecah minyak.
3) Tuang santan yang di masak tadi ke dalam bancuhan tepung. Kuar sebati dan bahagi kepada 2 bahagian.
4) Satu bahagian masukan sedikit garam dan gula(putih). Satu bahagian lagi masukan tepung hoen kwee dan gula. Kuar hingga gula larut baru masukan labu dan pewarna kuning sedikit. Sebatikan.
5) Sapu sedikit minyak dalam loyang dan lapik dengan plastik untuk memudahkan di angkat keluar dari loyang.
6) Kukus putih dahulu selama 15 minit dan kemudian kukus pula adunan labu. Ketika mengukus
adunan labu, tutup loyang dengan aluminum dan kukus lagi dalam 20-25 minit hingga masak.
7) Sejurus tempoh tamat terus bukan kan aluminium supa air tidak menitik pada permukaan kuih.
8) Biarkan sejuk betul-betul baru dipotong menggunakan pisau plastik. 

SELAMAT MENCUBA!


KRAM
 

SALAD KOBIS



Salad kobis ni Sue buat semalam  bersama pizza yang suami sue beli. Kat sini kalau pergi kedai arab jual pizza kebab ke memang salad ni tetap ada tapi Sue tak dapat makan pasalnya terlalu masam dan penggunaan cuka memang banyak kot. Lepas je makan memang terus sakit hulu hati. Biasa lah kan kalau ada gastrik memang tak dapat makan yang berasid.
Tapi semalam bila suami call cakap nak beli pizza, Sue siap pesan tak mau salad dan nanti bawa balik memang tak makan tu. Yang ni Sue buat pemahaman rasa yang Sue pernah makan beberapa kali cuma penggunaan cuka nya sue kurangkan dan resepinya amat mudah sekali. Sue pun selalu buat untuk makan bersama pai atau pita.. Jom tengok resepinya.




SALAD KOBIS 
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan 
1 mangkuk sedang kobis yang sudah dihiris halus
1/2 sdt lada hitam kasar
1 sdt gula
1-2 sdm cuka*
1 sdt minyak zaitun/minyak sayur
 Sedikit garam 

Cara
1) Masukan kobis yang sudah dihiris kedalam mangkuk.
2) Didihkan air dan tuangkan kedalam kobis. Kuar sekejap dan terus buangkan air. 
3) Kemudian masukan air sejuk dari peti sejuk bersama 2-3 ketul ais dalam kobis tadi dan biarkan dalam 5 minit- toskan.
4) Bila kobis dan dah tak berair selepas ditos, Masukan bahan-bahan selebihnya kecuali (*) dan gaul sebati.
5) Baru masukan (*) sedikit-sedikit dan rasakan jangan terlalu masam. Cuka pun lain brand lain tahap kemasaman nya. 
*Hati-hati bila memasukan cuka takut terlebih masam susah nak makan*
6) Bolehlah di sejukan atau di makan segera.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM


AYAM PANGGANG MADU BEREMPAH YANG SEDAP



Ayam panggang ni Sue buat ahad lepas. Masih lagi cerita hari ahad dan kali ni Sue buat ayam madu berempah dan di perap semalaman. Sebenarnya resepi ni tak bertuan kerana Sue perap main bantai je dan sumbat lobak merah dan batang salery dalam perut ayam..hihihi. Cicahnya Sue buat simple je guna brown sos meatball DISINI. 
Waalaa.. Alhamdulillah sekali duduk je depa pulun. Heran juga ngan matsalleh ni macam tak pernah makan tapi kalau di ikut swedish foods lagi sedap tapi mungkin satu kelainan yang depa tak pernah rasa kot. Sue panggang sekor je about 2kg berat ayamnya. Bila dah di potong dapat 2 pinggan juga. So.. sini Sue kasi resepi ye..



AYAM PANGGANG MADU BEREMPAH
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
1 ekor ayam- cuci bersih dan toskan

Bahan Kisar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia

(A)
1 sdm lada hitam kasar
1 sdm biji ketumbar- sangai dan kisar halus
1/2 sdm jintan putih-sangai dan kisar halus
1 sdt jintan manis- sangai dan kisar halus
3 sdm madu+1 sdm golden syrup
1 sdm kicap manis
1/2 sdm oregano kering
1 sdt cili giling
1 sdt serbuk paprika 
1 sdm minyak zaitun
Garam secukupnya 
Pewarna merah sikit je ye

(B)
1-2 batang lobak merah- potong 4-5
1 batang saleri- potong 4-5

(C)
2 sdm sos cili
1 sdm madu
1-2 sdm minyak zaitun 

Cara
1) Satukan bahan (A) dan Bahan Kisar. 
2) Kemudian sapu bahan-bahan tadi pada ayam dan ratakan.
3) Masukan bahan (B) kedalam perut ayam dan ikat pergelangan kaki ayam supaya bahan tidak terkeluar.
4) Letak dalam bekas dan tutup dengan plastik wrap dan perapkan sekurang-kurangnya 4 jam dan paling sedap perap semalaman.
5) Bila nak memanggang, Satukan terlebih dahulu  bahan (C) dan sapu menggunakan berus pada ayam dan bolehlah di panggang.
6) Ulang menyapu pada ayam supaya ayam tidak kering.
7) Bila ayam dah masak, Keluarkan dan sapu sedikit madu dan marjerin supaya berkilat.


SELAMAT MENCUBA!


KRAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...