Ogos 12, 2015

SALAD KOBIS



Salad kobis ni Sue buat semalam  bersama pizza yang suami sue beli. Kat sini kalau pergi kedai arab jual pizza kebab ke memang salad ni tetap ada tapi Sue tak dapat makan pasalnya terlalu masam dan penggunaan cuka memang banyak kot. Lepas je makan memang terus sakit hulu hati. Biasa lah kan kalau ada gastrik memang tak dapat makan yang berasid.
Tapi semalam bila suami call cakap nak beli pizza, Sue siap pesan tak mau salad dan nanti bawa balik memang tak makan tu. Yang ni Sue buat pemahaman rasa yang Sue pernah makan beberapa kali cuma penggunaan cuka nya sue kurangkan dan resepinya amat mudah sekali. Sue pun selalu buat untuk makan bersama pai atau pita.. Jom tengok resepinya.




SALAD KOBIS 
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan 
1 mangkuk sedang kobis yang sudah dihiris halus
1/2 sdt lada hitam kasar
1 sdt gula
1-2 sdm cuka*
1 sdt minyak zaitun/minyak sayur
 Sedikit garam 

Cara
1) Masukan kobis yang sudah dihiris kedalam mangkuk.
2) Didihkan air dan tuangkan kedalam kobis. Kuar sekejap dan terus buangkan air. 
3) Kemudian masukan air sejuk dari peti sejuk bersama 2-3 ketul ais dalam kobis tadi dan biarkan dalam 5 minit- toskan.
4) Bila kobis dan dah tak berair selepas ditos, Masukan bahan-bahan selebihnya kecuali (*) dan gaul sebati.
5) Baru masukan (*) sedikit-sedikit dan rasakan jangan terlalu masam. Cuka pun lain brand lain tahap kemasaman nya. 
*Hati-hati bila memasukan cuka takut terlebih masam susah nak makan*
6) Bolehlah di sejukan atau di makan segera.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM


Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...