Translate

April 18, 2016

BINGKA LABU SEDAP DAN LEMBUT


Resepi KIV yang menunggu giliran untuk di kemaskini. Alhamdulillah.. Bingka labu yang salah satu bingka kegemaraan sue. Bingka ni sue buat minggu kedua sue berada di kuching. Lama sebenarnya dah plan nak buat tapi kengkangan masa menjadikan ianya tertangguh. Resepi yang sama sue guna untuk membuat bingka kacang hijau cuma tukar kandungan isinya saja. Jom tengok resepi.


BINGKA LABU LEMBUT
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
2 biji telur A
100g gula pasir

(B)
50g tepung gandum
30g tepung hoen kwee
1/3 tin susu manis
300ml santan pekat
100ml susu cair
2 sdm srikaya pandan/ original
60g marjerin - cairkan
Pewarna kuning jika perlu

(C)
200g isi labu kuning - rebus empuk dan lenyek halus/kisar
150ml air panas mendidih

Cara
*Panaskan oven pada suhu 180 degrees. Sediakan loyang 7 inci dan sapu dengan marjerin serta lapik dengan kertas minyak*
1) Kacau sebati bahan (A) sehingga gula hancur sahaja.
2) Kemudian masukan bahan (B) dan sebatikan lagi.
3) Masukan bahan (C) satu persatu di akhiri dengan air panas. Sebatikan.
4)  Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar 50 minit - 1 jam api bawah.10 minit terakhir menggunakan api atas bawah sehingga keperangan. (bergantung pada oven masing-masing)
 SELAMAT MENCUBA! 
KRAM

PANDAN CREAMY PANNA COTTA


SELAMAT PAGI.. Semalam sue mencuba resipi eksperimen baru. Alhamdulillah ianya menjadi dan sangat sedap lebih lagi kalau makan sejuk. Gabungan lemak dan manis seakan rasa kuih tradisi melayu kita. 
Cuma sue masih menggunakan gelatin untuk mendapat tektsur yangg cantik. 
Manakala lapisan putih sue menggunakan santan pekat dan sedikit gelatin. Hijau memang 100% jus pandan tanpa penambahan pewarna. Insyallah hujung minggu sue nak buat lagi atas permintaan. 
Memang sue berpuas hati dengan hasilnya dan sekian lama sue cari resepi tak jumpa. Ilham tiba bila tekak teringin sangat nak makan. Sue cuma mencuba kalau tak menjadi kita tahu di mana silapnya. Insyallah.. kalau buat dengan ikhlas pasti menjadi dan kena sabar ye. Sini sue kongsikan resepi yang tak seberapa untuk teman mencuba.

PANDAN CREAMY PANNA COTTA
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan 
Untuk lapisan hijau - pandan
(A)
40g serbuk gelatin (halal) + 30ml air sejuk/paip

(B)
300ml susu segar
300ml krim putar (dairy)
200g gula pasir
400ml jus pandan (kalau tak ada boleh guna pandan paste sedikit + pewarna)

Cara
1) Rendam dan kembangkan bahan A terlebih dahulu. Kemudian cairkan dengan kaedah double boiler. (sue guna cawan dan rendam dalam mangkuk yang berisi air panas). ketepikan.
2) Masak bahan B sehingga mendidih dan tutup api. Masukkan bahan A tadi dan kacau sebati. ketepikan sehingga suam seketika.


Untuk lapisan putih - santan
(A)
6g serbuk gelatin @ 11/4 sdt + 1 sdm air sejuk/paip

(B)
400ml santan pekat - sue guna santan kotak (kara)
200ml air sejuk
1/2 sdt garam halus

Cara
1) Rendam dan kembangkan bahan A terlebih dahulu. Kemudian cairkan dengan kaedah double boiler. (sue guna cawan dan rendam dalam mangkuk yang berisi air panas). Ketepikan.
2) Masak bahan B sehingga mendidih dan tutup api. Masukkan bahan A tadi dan kacau sebati. ketepikan sehingga suam seketika.
3) Sediakan cawan lutsinar, tuang lapisan hijau kedalam cawan pada paras 3/4 dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 10-15 minit sehingga permukaannya bila di sentuk tidak melekat pada tangan.
4) Keluarkan lagi dan tuangkan lapisan santan dan sejukkan kembali ke dlam peti sejuk. Biarkan ianya mengeras sepenuhnya dan bolehlah dimakan.

P/S: lapisan hijau ketika di sejuk jangan terlalu lama nanti mengeras dan ianya tidak melekat pada lapisan seterusnya!

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...