April 18, 2016

BINGKA LABU SEDAP DAN LEMBUT


Resepi KIV yang menunggu giliran untuk di kemaskini. Alhamdulillah.. Bingka labu yang salah satu bingka kegemaraan sue. Bingka ni sue buat minggu kedua sue berada di kuching. Lama sebenarnya dah plan nak buat tapi kengkangan masa menjadikan ianya tertangguh. Resepi yang sama sue guna untuk membuat bingka kacang hijau cuma tukar kandungan isinya saja. Jom tengok resepi.


BINGKA LABU LEMBUT
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
2 biji telur A
100g gula pasir

(B)
50g tepung gandum
30g tepung hoen kwee
1/3 tin susu manis
300ml santan pekat
100ml susu cair
2 sdm srikaya pandan/ original
60g marjerin - cairkan
Pewarna kuning jika perlu

(C)
200g isi labu kuning - rebus empuk dan lenyek halus/kisar
150ml air panas mendidih

Cara
*Panaskan oven pada suhu 180 degrees. Sediakan loyang 7 inci dan sapu dengan marjerin serta lapik dengan kertas minyak*
1) Kacau sebati bahan (A) sehingga gula hancur sahaja.
2) Kemudian masukan bahan (B) dan sebatikan lagi.
3) Masukan bahan (C) satu persatu di akhiri dengan air panas. Sebatikan.
4)  Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar 50 minit - 1 jam api bawah.10 minit terakhir menggunakan api atas bawah sehingga keperangan. (bergantung pada oven masing-masing)
 SELAMAT MENCUBA! 
KRAM
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...