Jun 08, 2016

MOIST SAVOURY MUFFIN


ALHAMDULILLAH...
Selesai sudah berbuka puasa untuk hari ketiga RAMADHAN. Selera makan pun berkurangan mungkin terlalu lewat masa berbuka. Plan awalnya nak buat nasi goreng sempoi je tapi suami sue cakap nak makan muffin. Terfikir juga kalau buat savoury muffin mungkin sedap kan?. Bacon ayam yang sue beli di kedai arab ahad lepas masih elok lagi dan sue olah mengikut citarasa anak tekak. Kejadian yang begitu moist sekali dan sedap. Bahan pun tak banyak cuma bermodal sedikit untuk cheese saja. 
Untuk acara party ataupun minum petang memang cun sekali. Boleh juga buat dalam paper cups kecil dan pasti comel hihihi.. Makanya menu berbuka kami hanya muffin dan orange juice sempoi.



Tada.. inilah hasilnya dan teman mesti cuba ye dan pasti berpuas hati..


MOIST SAVOURY MUFFIN
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
185g tepung halus (kalau guna tepung gandum ayak 2 kali)
2 sdt serbuk penaik
20g gula halus
1/2 sdt garam halus

(B)
1/2 biji bawang besar - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
30g mentega

(C)
Halal bacon (sue guna bacon ayam) - potong halus

(D)
1 biji telur ayam gred B
170ml susu segar sejuk

(E)
40g mazzarella parut
Sedikit parmesan cheese - parut
Sedikit daun bawang - potong halus

Sampingan
Paper cups secukupnya (anggaran 9-10)
Acuan muffin





Cara
*Panaskan oven pada suhu 180-185 degree api bawah*
1)  Satukan bahan A dan ketepikan.
2) Tumis bahan B sehingga bawang kuning dan masukkan bahan C. Tumis sehingga bacon seakan garing dan tutup api.
3) Tuang kedalam bahan A tadi dan gaul sebati.
4) Masukan bahan D, susu terlebih dan diikuti telur dan kacau sebati.
5) Akhir sekali masukkan setengah bahan E dan kaup balik. (setengah bahan lagi untuk ditabur diatas muffin)
6) Rehatkan seketika dalam 7-8 minit dan kaup 2-3 sudu makan aduan dan letak kedalam paper cups sehingga adunan habis. Tabur lebihan bahan E tadi.
7) Bolehlah dibakar sehingga keperangan dipermukaan muffin anggaran 15-20 minit bergantung pada oven masing-masing.



SELAMAT MENCUBA!








IKAN SEBELAH PANGGANG BERSAMBAL



Hari ni sue berkesempatan entri resepi KIV yang menti giliran untuk di update. Seperti biasa ikan panggang style sue adalah salah satu menu win untuk famili sue terutama anka-anak sue. Dengan aroma yang wangi dan sambal yang cukup rasa (3 rasa) menjadi menu wajib setiap bulan puasa. Ikan ini juga sue buat ketika masih di malaysia tempoh hari.. Nak rasa keenakkannya jom tengok resepi..



IKAN SEBELAH PANGGANG BERSAMBAL
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
1 ekor ikan sebelah yang telah dibersihkan
Sedikit garam
1sdm jus limau kasturi/ lemon / lime
Daun pisang secukupnya

P/S: Sediakan sambal terlebih dahulu


Cara
1) Sapu garam pada keseluruhan ikan dan perah jus. Perap dalam 10 minit dan bolehlah di panggang sehingga masak @garing kulitnya.
2) Letak atas daun pisang dan tuang sambal dan limau kasturi untuk sampingkan kalau mahu sambal yang lebih masam.
(Sue guna non stik pan untuk memanggang dan letak sedikit minyak atas daun pisang)


SAMBAL IKAN PANGGANG
Resepi: Sue Norrman

Bahan kisar
2 biji bawang besar
1 biji bawang holland
2 biji bawang putih
1 inci halia
2 batang serai - hiris halus dahulu

(A)
1 senduk cili giling
1 inci belancan bakar
Sedikit serbuk kunyit
Minyak secukupnya untuk menumis 

(B)
Air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air

Cara
1) Tumis bahan A sehingga cili pecah minyak dan masukkan bahan kisar.
2) Kacau sehingga garing dan bawang masak kemudian masukkan bahan B secukup rasa (masam, masin, manis). Kalau pekat tambah lagi sedikit air.
3) Biarkan seketika dengan api kecil dan tutup api. Sedia untuk digunakan.

P/S: Lebihan sambal boleh disimpan di dalam peti sejuk.


SELAMAT MENCUBA!

PUDING OREO KASTAD YUMMY


ALHAMDULILLAH DAN SELAMAT PAGI SEMUA!
Resepi terlepas pandang yang tertidur dalam folder lupa nak entri. Puding ini sue buat ketika masih di Malaysia hari tu. Teringin sangat nak makan kita gagahi juga buatkan untuk melepas kempunan hihihi.
Resepi yang mudah dan dijamin sedap sekali manakala warnanya pula sue suka-suka buat layer putih dan kuning. Terpulanglah pada citarasa sendiri ye nak buat cara mana.. Jom..


PUDING OREO KASTAD
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
15g agar-agar serbuk
200g gula pasir - kalau manis kurangkan 
750ml air 

(B)
1/2 tin susu cair @ 200ml
3 biji telur

(C)
45g tepung kastad + 60g air - untuk membancuh sahaja

Sampingan
2 sdm milo + 1sdt coklat paste
Pewarna kuning sedikit
1 bungkus biskut oreo (Inti terpulang suka yang mana) - patah 2

Cara
*Sejukkan loyang 8 inci terlebih dahulu*
1) Masak bahan A sehingga gula hancur sepenuhnya, tutup api dan ketepikan seketika.
2) Kacau sebati bahan B dan masukkan bahan C. Tapiskan kemudian tuang kedalam bahan A yang telah di masak tadi dan panaskan semula diatas api sederhan. Kacau supaya ianya tidak hangus dan sehingga naik wap.Tutup api.
3) Bahagi kepada 2 atau 3 bahagia. 
4) Untuk lapis coklat ambil 2 cawan  adunan puding dan campur dengan milo dan coklat paste.
5) Adunan selebihnya dibahagi lagi untuk warna kuning dan warna asal.
6) Sediakan loyang 8 inci yang telah disejukkan dan tuang satu cawan adunan coklat dan biarkan sejuk/ mengeras seketika. (jangan terlalu keras nanti ianya terbuka bila dipotong. Cukup bila di sentuh permukaan inya tidak melekat di jari)
7) Carik sedikit dipermukaannya dengan garpu kemudian tuang adunan warna kuning 1 cawan juga dan susun oreo.
8) Ulang cara yang sama kecuali aduana coklat untuk lapis atas sekali.
9) Bila dan siap bolehlah disejukkan sepenuhnya dan baru dipotong.
10) Sedia untuk dihidang dan dinikmati untuk pencuci mulut di bulan puasa.


SELAMAT MENCUBA!

SALMON BAYAM DAN KENTANG GRATIN


Hari ini menu iftar kami simple saja tapi cukup kenyang dengan kombinasi kentang, ikan dan sayur. Walaupun simple tapi habis sekali hadap je lol.. Untuk budak-budak pasti mereka suka kerana rasanya sedap dan berkrim. Ianya amat sesuai untuk santapan siang ataupun malam.. memang berpuas hati!


SALMON BAYAM DAN KENTANG GRATIN
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
1/2 biji bawang besar - cincang halus
1 batang lobak merah - potong dadu
Cili beggala (terpulang nak guna warna apa) - potong dadu
1 batang saleri - hiris nipis
6 biji kentang - kupas dan potong bulat sederhana nipis.
Minyak zaitun secukupnya

(B)
500ml krim putar (dairy)
3 sdm sour cream (kalau tak ada abaikan)
1 ketul kiub sayur
Garam dan gula secukup rasa
1 sdt lada hitam yang di tumbuk kasar

(C)
300g ikan salmon - potong kiub
1 mangkuk daun bayam

(D)
Cheddar parut secukupnya
Daun bawang secukupnya - potong halus


Cara
*Panaskan oven pada 200 degree terlebih dahulu*
1) Panaskan minyak zaitun dan tumis bahan A sehingga perang.
2) Kemudian masukkan bahan B dan kacau sebati di ikuti bahan C sehingga mendidih sekejap dan tutup api.
3) Masukkan kedalam bekas tahan panas (caserole) dan tabur bahan D.
4) Bakar selama 20-25 sehingga perang diatas permukaan gratin dan keluarkan dari oven. Sedia untuk disajikan.


SELAMAT MENCUBA!


KRAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...