IFTAR DAY 8
Alhamdulillah.. Semalam sue masak simple sahaja untuk kami berbuka. Makan pasta dengan daging masak orang putih hihihi.. Mudah kan sekali jalan je tapi kalau makan dengan nasi lagi sedap daging ni. Untuk menukar menu boleh lah cuba masak daging yang mudah sekali bahan-bahan pun tidak banyak tapi sedap!DAGING STROGANOFF SAMA PASTA
Resepi: Sue Norrman
(A)
300-500g daging batang pinang - cuci dan potong panjang sebesar ibu jari dan keringkan.
1 sdt garam halus
5-7 sdm tepung gandum
(B)
1/2 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
Minyak zaitun secukupnya untuk menumis
(C)
1 tin cendawan butang - hiris nipis
1/2 inci halia - tumbuk halus
(D)
2-3 cawan air (+/-) - masukkan 2 cawan dahulu
11/2 sdm sos cair
1 sdm kicap lemak manis
1/2 sdm mustard (kalau tak ada abaikan)
Sedikit lada hitam tumbuk kasar
Sedikit daun thyme atau parsley
1 ketul kiub lembu
(E)
1 sdm sour cream (boleh ganti dengan plain yogurt)
2 sdm cream cheese
Garam dan gula secukup rasa
Cara
1) Sebatikan bahan A dan ketepikan. (pastikan daging di lap kering dengan tisu dapur dulu)
2) Tumis bahan B sehingga kuning dan masukkan bahan C. Tumis sehingga sebati dalam 2-3 minit kemudian masukkan bahan A tadi.
3) Gaul sebati sehingga tepung yang membaluti daging cair dan pekat serta keperangan.
4) Masukkan bahan D beserta air 2 cawan dahulu. Kalau masih pekat baru masukkan 1 cawan lagi. Biarkan mendidih dengan api kecil dan masak sampai empuk. (Kalau nak cepat guna pressure cooker)
5) Bila daging dah empuk dan masih pekat tambah lagi sedikit air dan rasakan secukupnya.
6) Akhir sekali masukkan bahan E dan biarkan mendidih dan tutup api.
7) Bolehlah dihidang bersama pasta atau nasi. Tabur sedikit daun parsley fresh sama green beans atau lobak merah.
PASTA
Boleh guna apa sahaja jenis pasta terpulang pada citarasa sendiri. Cara memasak pasta ikut arahan belakang kotak atau plastik pasta.
SELAMAT MENCUBA!
KRAM