Sekarang semua tengah demam biskut untuk menyambut lebaran akan datang tidak lama lagi. Kita di perantaun ini pun tidak ketinggalan walaupun beraya ala kadar sahaja. Menjadi satu tradisi untuk orang kita di Malaysia kalau hari raya biskut dan kek itu satu kemestian. Begitu juga di Sarawak tanah kelahiran sue kalau hari rayatidak sah kalau meja tidak penuh dengan kek lapis sarawak.
Lama juga rasanya sue tak buat kek lapis sarawak memangdangkan ianya lama kena beradap depan oven lagipun nak buat kami cuma berdua tak ada orang nak makan selebihnya. Nanti simpan lama dalam freezer raya memang dah tak sedap lagi. Tapi sue lebih suka kek lapis kalau di kukus. Kami orang sarawak memang tak asing lagi dengan pelbagai jenis kek lapis tak kira kek bakar atau di kukus. Sue lebih suka kek orang lama ianya sedap dah moist.
Banyak juga resepi yang sue ambik dari buku resepi koleksi mak ketika dia masih aktif berkumpulan wanita 40 tahun dahulu. Resepi itulah menjadi rezeki sampingan sue tiap kali hari raya untuk mengambil tempahan. Dan ini salah satu biskut kegemaran sue bertahun lamanya. Lebih kurang dalam 20 tahun usia biskut yang sue olah sendiri. Alhamdulillah ianya rangup dan rasa sangat sedap..
BISKUT KELAPA BADAM
Resepi: Sue Norrman
Bahan-bahan
(A)
125g mentega
90g gula kaster
(B)
1 kuning telur gred A
1/2 sdt esen vanilla
(C)
30g kelapa kering
40g serbuk badam
1 sdm tepung susu
1 sdm nestum (tak payah dikisar)
(D)
150g tepung biskut/ gandum
25g tepung jagung
25g tepung kastad
Sapuan
1 kuning telur + pewarna kuning sedikit
Sedikit serbuk roti untuk taburan atas biskut
Cara
1) Pukul bahan A sehingga putih. Jangan sampai kembang ye nanti biskut merekah.
2) kemudian masukkan bahan B dan pukul sebati.
3) Guna spatula, masukkan bahan C kacau sehingga rata dan sebati.
4) Akhir sekali masukkan bahan D sedikit -sedikit sehingga habis dan uli guna tangan sehingga menjadi doh dan tyidak melekat di tangan.
5) Rehatkan doh dalam 5 minit dan boleh lah di giling dan di terap dengan acuan yang di sukai.
6) Sapuan kuning telur dan tabur ssedikit serbuk roti di atasnya.
7) Bakar pada suhu 160-170 bergantung pada oven masing-masing sehingga keperangan.
SELAMAT MENCUBA!