Februari 22, 2016

NUGGET IKAN SALMON


Selamat petang..
Hari ni sue entri awal memandangkan esok banyak kerja yang nak dibuat. Masa untuk balik kampung semakin terasa dan nak clear semua apa yang ada dalam peti sejuk. tekak ni pulak teringin nak makan nugget tapi yang ada dalam freezer cuma ikan salmon so sue guna apa yang ada sahaja. Alhamdulillah rasa nya memuaskan dan habis hihihi.. Makan malam kami cuma dengan nuggets daan kentang goreng. Bahan dan cara yang mudah sekali untuk menyediakan nuggets dan tidak mengambil masa yang lama. Jom...


NUGGET IKAN SALMON
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
400g isi ikan salmon
1 biji telur ayam
2 sdm serbuk roti
11/2 sdm tepung jagung
Serbuk perasa dan garam secukup rasa
1/2 sdt gula pasir
1/2 sdt serbuk paprika
1/2 sdt lada sulah

(B) Salutan
5 sdm tepung gandum
2 sdm tepung jagung
1/2 sdt serbuk penaik
Serbuk perasa sedikit

(C)
1-2 biji telur - pukul hancur
Serbuk roti secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara
1) Kisar halus bahan A menggunakan food processor.
2) Ambil sedikit bahan B dan tabur diatas papan pencanai. ambil sedikit isi ikan tadi dan tabur lagi sedikit bahan B diatasnya dan giling. jangan giling terlalu nipis dan terap mengikut citarasa sendiri.
3) Kemudian golek isi ikan yang telah diterap tadi ke dalam bahan B sehingga rata dan ketepikan. Buat sampai habis.
4) Celup lagi isi ikan tadi kedalam telur yang telah dipukul (bahan C) dan golek lagi dengan serbuk roti sehingga membaluti keseluruhannya. Goreng kedalam minyak yang panas dengan api sederhana sehingga keperangan sehingga habis.
*Panaskan minyak terlebih dahulu sehingga betul-betul panas dengan api sederhana*

SELAMAT MENCUBA!

KRAM

SUP KENTANG DAN LOBAK MERAH BERKRIM


ALHAMDULILLAH...
Semalam sue buat sup dan panggang roti yang simple untuk makam malam. Walaupun simple tapi ianya mengenyangkan. Sebagai pengganti nasi ianya cukup ideal sekali. kebiasaan sue memang suka buat sup cara begini dan ianya mudah di hadam dan sedap di cicah dengan roti. Manakala rotinya sue beli yang sedia ada dan olah sendiri..


SUP KENTANG DAN LOBAK MERAH BERKRIM
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
5 biji kentang - kupas kulit dan potong nipis
2 batang lobak merah saiz sedang - kupas kulit dan potong nipis
2 ketul kiub sayuran
Garam dan gula sedikit - secukup rasa
1.5 Liter air putih
Sedikit lada sulah

(B)
300ml whipping krim
200ml susu segar

Cara
1) Rebus bahan A sehingga kentang dan lobak merah empuk dengan menggunaka api sederhana.
2) Kemudian menggunakan hand mixer kisar kentang rebus tadi sehingga hancur atau blender halus.
3) letak kembali di atas dapur dengan menggunakan api kecil dan masukkan bahan B. Kacau sentiasa sehingga mendidih  
supaya ianya tidak hangus dibawah. Tutup api dan sedia untuk disajikan bersama dengan roti.
*Setelah masukkan bahan B rasakan lagi garam gulanya, Kalau ada kekurang tambahkan lagi perasa*




ITALIAN CHEESY GARLIC BREAD
Oleh: Sue Norrman

1 French baguette loaf

(A)
2-3 ukas bawang putih
1 ikat kecil daun parsley (fresh)
1/2 cawan minyak zaitun

(C)
Sedikit garam dan lada hitam kasar

(D)
2 cawan mozzarella - parut
Parmesan cheese secukupnya - parut

Cara
1) Potong 2 loaf dan ketepikan. Panaskan oven pada suhu 190 deg api atas bawah.
2) Kisar bahan A hingga hancur (Sue guna food proccesor)
3) Kemudian sapu atas roti yang dan di belah tadi dan tutp kembali. Bungkus dengan aluminium foil dan masuk dalam oven. Bakar dalam 10 minit.
4) Keluarkan roti tadi dari bungkusan dan potong putus roti tadi. susun atas dulang pembakar.
5) Tabur bahan D di dahului mozzarella dan parutan parmesan cheese. Masuk semula dalam oven dan bakar selama 20-25 minit hingga keperangan di atas.
6) Bila dan siap boleh lah dipotong dan sedia untuk di makan.

SELAMAT MENCUBA!



APAM TEPUNG GANDUM YANG SANGAT GEBU


SELAMAT PAGI....
Semalam sue buatkan apam tepung gandum untuk minum petang kami. Alhamdulillah kejadian yang sangat gebu dan mekar. Malas nak letak dalam paper cups so kukus sekali harung je tapi mengambil sedikit masak ketika mengukus supaya ianya betul-betul masak.
Manakala bahan-bahannya amat mudah sekali tanpa ovelette. Yang penting ketika memukul telur dan gula kena lama sehingga betul-betul putih. Sue menggunakan carbonated water untuk menggantikan ovelette. Walla betul-betul halus teksturnya. Insyallah kalau pukul dengan sabar pasti ianya menjadi. Paling sedap digandingkan dengan teh o atau kopi o hmmmm... Jom tengok resepi.


APAM TEPUNG GANDUM
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
2 Biji telur gred A - buang tali pusat supaya tidak bau hanyir telur
170g gula pasir

(B)
190g tepung kek - ayak 2-3 kali
60ml carbonate water

Cara
*Didihkan air kukusan terlebih dahulu*
1) Sediakan loyang 7/8 inci dan letak kertas kek dalamnya. ketepikan. (Jangan di glis dengan minyak atau mentega)
2) Pukul bahan A selama 15 minit sehingga betul-betul putih.
3) Kemudian guna spatula, masukan bahan B berselang seli dan diakhiri dengan tepung juga sehingga sebati.
4) Tuang adunan kedalam loyang tadi dan tutup tudung pengukus dengan kain dan kukus selama 30-40 minit sehingga masak menggunaka api besar.
5) Bila dan masak tutup api dan keluarkan apam dan biarkan sejuk sepenuhnya dan sedia untuk disajikan.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...