Selamat petang..
Hari ni sue entri awal memandangkan esok banyak kerja yang nak dibuat. Masa untuk balik kampung semakin terasa dan nak clear semua apa yang ada dalam peti sejuk. tekak ni pulak teringin nak makan nugget tapi yang ada dalam freezer cuma ikan salmon so sue guna apa yang ada sahaja. Alhamdulillah rasa nya memuaskan dan habis hihihi.. Makan malam kami cuma dengan nuggets daan kentang goreng. Bahan dan cara yang mudah sekali untuk menyediakan nuggets dan tidak mengambil masa yang lama. Jom...
NUGGET IKAN SALMON
Resepi: Sue Norrman
Bahan-bahan
(A)
400g isi ikan salmon
1 biji telur ayam
2 sdm serbuk roti
11/2 sdm tepung jagung
Serbuk perasa dan garam secukup rasa
1/2 sdt gula pasir
1/2 sdt serbuk paprika
1/2 sdt lada sulah
(B) Salutan
5 sdm tepung gandum
2 sdm tepung jagung
1/2 sdt serbuk penaik
Serbuk perasa sedikit
(C)
1-2 biji telur - pukul hancur
Serbuk roti secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara
1) Kisar halus bahan A menggunakan food processor.
2) Ambil sedikit bahan B dan tabur diatas papan pencanai. ambil sedikit isi ikan tadi dan tabur lagi sedikit bahan B diatasnya dan giling. jangan giling terlalu nipis dan terap mengikut citarasa sendiri.
3) Kemudian golek isi ikan yang telah diterap tadi ke dalam bahan B sehingga rata dan ketepikan. Buat sampai habis.
4) Celup lagi isi ikan tadi kedalam telur yang telah dipukul (bahan C) dan golek lagi dengan serbuk roti sehingga membaluti keseluruhannya. Goreng kedalam minyak yang panas dengan api sederhana sehingga keperangan sehingga habis.
*Panaskan minyak terlebih dahulu sehingga betul-betul panas dengan api sederhana*
SELAMAT MENCUBA!
KRAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan