Februari 25, 2016

SHRIMPS AND CABBAGE PICKLES CONGEE


ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI SEMUA...
Pepagi dah entri sebelum meneruskan kerja selanjutnya. Bubur udang ni sue buat semalam untuk makan tengahari. Lama rasanya tak buat bubur nasi berlauk lagipun nak masak banyak tidak ada teman makan. Bubur nasi ni sedap dimakan dengan halia goreng dan ketika musim sejuk begini. Bahan dan cara yang mudah sekali untuk dimasak.. Jom...


SHRIMPS AND CABBAGE PICKLES CONGEE
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
Untuk nasi bubur
1 cawan beras jasmine (sue guna basmathi) - cuci bersih dan rendam selama 1 jam
1 helai daun pandan - simpul
1-1.5L air untuk memasak nasi
(Kalau nak sedap boleh guna stok ayam untuk memasak nasi)
 
Bahan kisar halus
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia
Minyak secukupnya untuk menumis

(A)
1/2 biji bawang besar - cincang halus
10 ekor udang saiz sedang - buang kulit dan tahi belangkangnya - cincang halus*

(B)
1/2 mangkuk jeruk kobis yang telah di cincang halus
1-2 ketul kiub sayuran
1 sdt gula pasir
Garam secukupnya
Sedikit lada sulah

Bahan sampingan
Udang secukupnya - buang kulit dan tahi - rebus sekejap
Halia goreng
Daun bawang 

Cara
1) Nasi bubur-  Masak menggunakan api sederhana sehingga beras empuk dan hancur. Kalau air tidak mencukupi tambah lagi sedikit-sedikit sehingga berul-betul pekat dan hancur. ketepikan
2) Tumis bahan kisar sehingga kuning dan masukkan bahan A kecuali (*). Tumis lagi sehingga bawang layu, masukkan (*) dan kacau sebati.
3) Kemudian masukkan bahan yang telah di tumis tadi kedalam bubur nasi dan panaskan semula nasi tadi menggunakan api sederhana.
4) Masukkan bahan B kacau sebati dan rasa secukupnya. Tutup api.
*Kalau terlalu pekat tambah lagi sedikit air panas*
5) Hidang bersama bahan sampingan dan tambahan pada selera masing-masing.


HALIA GORENG
Bahan-bahan
Halia secukupnya - hiris nipis dan potong memanjang anggaran 2 inci
Sedikit tepung gandum
Garam dan lada sulah sedikit
Minyak untuk menggoreng

Cara
Gaul semua bahan sehingga sebati dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas dengan api sederhana. 
*Minyak mesti lebih ketika menggoreng supaya ianya ranggup. Cara sama macam menggoreng bawang*

SELAMAT MENCUBA!



Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...