September 07, 2015

CUCUR SAYUR YANG SANGAT RANGGUP


Hari ni sue tak masak.. Mood malas lagipun suami cakap dia nak makan roti je. Hihihi apa lagi syok lah tapi Sue nak buat kudapan petang sambil nonton tv. Cucur sayur ni faveret anak-anak  Sue termasuk anak tiri yang selalu datang kerumah. Cucur yang sangat ranggup diluar walaupun dah sejuk tambahan cicahan kuah kacang yang sedap DISINI.




CUCUR SAYUR RANGGUP
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
(A)
200g tepung gandum
3 sdm tepung beras
1 sdm tepung sagu
1/2 sdt serbuk penaik@baking powder
1/2 sdt instant yis
1 biji kentang sedang besar - rebus dan lenyek 
 1/3 sdt serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa sedikit
200ml air sejuk
100ml air panas mendidih*

(B)
1 mangkuk kobis yang sudah dipotong halus
1 batang lobak merah - potong halus sebesar batang mancis
1 genggam tauge - cuci dan toskan
1 sdt udang kering yang sudah ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
2-3 biji bawang merah- goreng bersama 1 sdm minyak sampai kuning
(Minyak selepas menggoreng jangan dibuang dan akan dicampur sama)
1 biji cili merah- cincang
Daun bawang, kucai, daun sup- ikut suka.


Cara
1) Satukan bahan (A) kecuali yang bertanda (*). Sebatikan terlebih dahulu baru masukan (* air panas) dan kacau lagi.
2) Kemudian masukan bahan (B), sebatikan dan rehatkan 10 minit.
3) Panaskan minyak dan pastikan betul-betul panas sendukan 1 sdm dan goreng hingga keperangan.
4) Letak atas tisu dapur supaya minyak serap dan goreng hingga habis.

*Api jangan terlalu kuat nanti cepat hangus. kalau api kecil ianya akan menakung minyak*




SELAMAT MENCUBA!
 

KRAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...