Oktober 09, 2017

Crispy Cream Puff Sama Cream Special


ASSALAMMUALAIKUM!

Bertemu lagi kita pagi ni... entri seterusnya crispy cream puff sama cream special. Nak tahu kenapa SN cakap cream special? nanti tengok resepi nya ye. Cream puff semua orang tahu kan tapi SN suka cream puff yang crispy begini atau nama lain crispy choux. Filling kita boleh guna apa sahaja dan ini bukan kali pertama SN buat choux dah banyak kali tapi biasa buat sikit malas nak ambik gambar hihi..

Walaupun time SN buat choux ni memang tak sihat lagi tapi kerana teringin kita gagahi juga dan selera makan tak menentu. Bila dah dapat buat dan hasilnya memuas hati memang mood  ok dan boleh ambik foto. SN kalau makan ni 3 biji memang tak cukup sebab itu SN selalu buat kuantiti dalam 12-15 biji baru puas makan kan?

OK... nak cuba tak dengan cream special? jom..

Untuk resepi yang sedia ada boleh tengok di DISINI cuma sukatan dan filling tak sama.
 


CRISPY CREAM PUFF
Resepi: Sue Norrman


Bahan bahan 
(A)
100g susu segar
100g air
80g mentega
1/2 sdt garam
1/2 sdt gula pasir

(B)
60g tepung roti/ high protein flour
60g tepung gandum

(C)
4 biji telur gred B

Cara
  1. Didihkan bahan A dan kecilkan terus masukan bahan B. Kacau sebati sehingga menjadi doh kalis selama 6-8 minit dan tutup api.
  2. Pindahkan doh kedalam mixer dan pukul selama 1-2 minit untuk membuang wap panas dan masukan bahan C satu persatu sehingga habis.
  3. Putar lagi sehingga berkilat dan doh suam selama 5-6 minit dengan kelajuan tinggi.
  4. Panaskan ketuhar pada suhu 170-180 degrees terlebih dahulu selma 10 minit.
  5. Masukkan kedalam piping beg yang dah di sediakan nozzle star dan potong hujung piping beg tadi.
  6. Pipe atas loyang yang sudah di lapik baking paper sehingga habis dan rehatkan 5 minit.
  7. Bakar selama 40-45 minit sehingga masak dan naik sepenuhnya. Bergantung pada oven masing masing.
  8. Jangan sesekali buka pintu oven ketika tengah membakar dan  bila choux dah masak sepenuhnya buka pintu oven dan biarkan ianya suam dan boleh di keluarkan.
  9. Sejukkan sepenuhnya dan boleh di nikmati bersama cream.
 P/S:- Adunan boleh bahagi 2 kalau banyak


CREAM SPECIAL
(A)
2 kuning telur
20g tepung jagung
25g gula pasir
50ml susu segar

(B)
50ml susu segar
25g gula pasir

Cara
  1. Satukan bahan A dan kacau sebati. Ketepikan.
  2. Didih bahan B sehingga gula hancur dan tutup api. Ambil sedikit bahan A tadi dan campurkan kedalam bahan B, kacau cepat dan masukan selebihan bahan A dan kacau sebati lagi.
  3. Panaskan semula atas api sederhana dan kacau sehingga pekat dan tutup api. Sejukan sepenuhnya pada suhu ruang dan campurkan meringue dan kacau sebati lagi.
  4. Masukan ke dalam piping beg dan sejukan ke dalam peti sejuk sebelum di gunakan.


ITALIAN MERINGUE
(A)
50g gula kaster/ halus
15g air

(B)
25g putih telur


Cara 
  1. Masak bahan A dengan api kecil sehingga gula hancur dan sementara menunggu gula hancur pukul bahan B sehingga berbuih kecil sahaja.
  2. Bila gula dah hancur, tuang sikit sikit  ke dalam putih telur tadi dan pukul tanpa henti sehingga habis. Seeloknya guna stand mixer untuk memudahkan menunag air gula tapi kalau tak ada pun boleh guna hand mixer.
  3. Pukul sehingga pekat/ soft peak dan masukan ke dalam cream tadi dan kacau sebati.

SELAMAT MENCUBA!
 
 

Spicy Prawn Fettuccine


SELAMAT PAGI!

Memandangkan sekarang dah masuk autumn dan cuaca sejuk memanjang maka itu lah SN nak merebut peluang update blog dan banyak resepi yang KIV tau. Insyallah blog tak lah sunyi sekurang kurangnya ada juga yang terbaru untuk di lihat dan kongsi kan? Tapi sekarang SN dalam proses nak berdiet dan hari ini merupakan hari ke-5 SN buat diet atkin. Mulanya memang susah pasal kita kan yang jenis pemakan bila kena set carbo kena kurang terpaksa kena jaga alahai.. kena kuat iman baru dapat. Syukur EN pun turut serta pasalnya SN makan sekali untuk berdua.

Nanti bila SN dah suksess boleh lah kasi up sikit gambar yang kita dah kurus konon.. jangan gelak lah pulak huhu.. Tak salah kan untuk kongsi benda yang baik dan dapat membantu sahabat semua yang ingin nak kurus. Sekarang masih dalam fasa 1 selama 2 minggu kena kuat hati dan iman ni.  Minum banyak air tak terasa lapar. Heppp... cerita diet dah pulak nanti tak habis entri ni. Nanti nanti kita cerita lagi ye dan kali ni cerita pasta pulak.

Spicy prawn fettuccine ni merupakan pasta faveret SN. Dalam banyak banyak pasta yang satu ni  memang tak boleh nampak pasti nak beli. Seriously dah kabinet macam macam jenis brand untuk fettuccine tapi masak nya tak banyak mana. Beli kena tengok dulu tarikh luput nanti kang beli tak guna lagi dan membiak dalam tu. So... pasta yang simple dan pasti kesayangan boleh buat dan sekejap dah siap. Jom...


SPICY PRAWN FETTUCCINE
Resepi: Sue Norrman


Bahan bahan
200-300g fettuccine - rebus ikut arahan belakang plastik atau kotak

(A)
100-200g udang - buang kulit dan rebus sekejap - tos (nak lebih udang tambah lagi)
5 ulas bawang putih - cincang halus
Daun parsley fresh secukupnya, ikut suka - cincang (boleh guna yang kering kalau tak ada)
30-40ml olive oil
Garam sedikit
Secubit gula
Chilli flakes secukupnya


Cara
  1. Satukan bahan A kedalam bekas dan gaul sebati. Biarkan sementara menunggu pasta masak.
  2. Kemudian masukan fettuccine yang telah di rebus dan tos tadi ke dalam bekas dan gaul sebati.
  3. Rasakan lagi mana yang kurang ikut selera dan sedia untuk di sajikan.

SELAMAT MENCUBA!

Pandan Panna Cotta Terlajak Laris


ASSALAMMUALAIKUM!

Hai sahabat dan follower yang SN rindui semua.. apa khabar? Rindu SN tak? 
Syukur Alhamdulillah hari ini SN kuat kan hati untuk update blog yang dah lama terbiar. Bukan terus menyepi tapi kengkangan masa yang membataskan SN beradap depan pc. Lebih lebih lagi sekarang SN dan balik ke sini, Sweden banyak urusan dan tugasan yang perlu di selesaikan. Panjang cerita duka yang akan SN update kemudian :( 
Sehingga kini masih terasa sakitnya begitu juga EN hingga sekarang masih terseliuh bahu dan akan menjalani MRI pada 2hb Nov nanti. Nak tahu cerita tak? Insyallah nanti SN akan update.. tunggu ye hihi.

OK.. hari ni SN nak share pandan panna cotta yang terlajak laris dan menjadi kesukaan ayah SN. Panna cotta ni SN buat 2 bulan lepas ketika berada di Kuching sememtara menunggu EN menghabiskan tugasannya di China dan Burma. SN stay sebulan di Kuching dan bulan lepas SN kembali ke Sweden bersama EN tapi kami jumpa di Bangkok hahhaa.. meeting point je tu untuk sama sama terbang balik ke sarang.

Resepi memang dah sedia ada pada entri dulu tapi kali ni SN share lagi untuk memudahkan kesayangan. Panna cotta yang tak jemu di makan dan begitu enak sekali. Cuba dulu baru tau dan pasti nak lagi!



PANDAN CREAMY PANNA COTTA
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan 
Untuk lapisan hijau - pandan
(A)
40g serbuk gelatin (halal) + 30ml air sejuk/paip

(B)
300ml susu segar
300ml krim putar (dairy)
200g gula pasir
400ml jus pandan (kalau tak ada boleh guna pandan paste sedikit + pewarna)

Cara
1) Rendam dan kembangkan bahan A terlebih dahulu. Kemudian cairkan dengan kaedah double boiler. (sue guna cawan dan rendam dalam mangkuk yang berisi air panas). ketepikan.
2) Masak bahan B sehingga mendidih dan tutup api. Masukkan bahan A tadi dan kacau sebati. ketepikan sehingga suam seketika.


Untuk lapisan putih - santan
(A)
6g serbuk gelatin @ 11/4 sdt + 1 sdm air sejuk/paip

(B)
400ml santan pekat - sue guna santan kotak (kara)
200ml air sejuk
1/2 sdt garam halus

Cara
1) Rendam dan kembangkan bahan A terlebih dahulu. Kemudian cairkan dengan kaedah double boiler. (sue guna cawan dan rendam dalam mangkuk yang berisi air panas). Ketepikan.
2) Masak bahan B sehingga mendidih dan tutup api. Masukkan bahan A tadi dan kacau sebati. ketepikan sehingga suam seketika.
3) Sediakan cawan lutsinar, tuang lapisan hijau kedalam cawan pada paras 3/4 dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 10-15 minit sehingga permukaannya bila di sentuk tidak melekat pada tangan.
4) Keluarkan lagi dan tuangkan lapisan santan dan sejukkan kembali ke dlam peti sejuk. Biarkan ianya mengeras sepenuhnya dan bolehlah dimakan.

P/S: lapisan hijau ketika di sejuk jangan terlalu lama nanti mengeras dan ianya tidak melekat pada lapisan seterusnya!

SELAMAT MENCUBA!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...