ASSALAMMUALAIKUM!
Bertemu lagi kita pagi ni... entri seterusnya crispy cream puff sama cream special. Nak tahu kenapa SN cakap cream special? nanti tengok resepi nya ye. Cream puff semua orang tahu kan tapi SN suka cream puff yang crispy begini atau nama lain crispy choux. Filling kita boleh guna apa sahaja dan ini bukan kali pertama SN buat choux dah banyak kali tapi biasa buat sikit malas nak ambik gambar hihi..
Walaupun time SN buat choux ni memang tak sihat lagi tapi kerana teringin kita gagahi juga dan selera makan tak menentu. Bila dah dapat buat dan hasilnya memuas hati memang mood ok dan boleh ambik foto. SN kalau makan ni 3 biji memang tak cukup sebab itu SN selalu buat kuantiti dalam 12-15 biji baru puas makan kan?
OK... nak cuba tak dengan cream special? jom..
Untuk resepi yang sedia ada boleh tengok di DISINI cuma sukatan dan filling tak sama.
CRISPY CREAM PUFF
Resepi: Sue Norrman
Bahan bahan
(A)
100g susu segar
100g air
80g mentega
1/2 sdt garam
1/2 sdt gula pasir
(B)
60g tepung roti/ high protein flour
60g tepung gandum
(C)
4 biji telur gred B
Cara
- Didihkan bahan A dan kecilkan terus masukan bahan B. Kacau sebati sehingga menjadi doh kalis selama 6-8 minit dan tutup api.
- Pindahkan doh kedalam mixer dan pukul selama 1-2 minit untuk membuang wap panas dan masukan bahan C satu persatu sehingga habis.
- Putar lagi sehingga berkilat dan doh suam selama 5-6 minit dengan kelajuan tinggi.
- Panaskan ketuhar pada suhu 170-180 degrees terlebih dahulu selma 10 minit.
- Masukkan kedalam piping beg yang dah di sediakan nozzle star dan potong hujung piping beg tadi.
- Pipe atas loyang yang sudah di lapik baking paper sehingga habis dan rehatkan 5 minit.
- Bakar selama 40-45 minit sehingga masak dan naik sepenuhnya. Bergantung pada oven masing masing.
- Jangan sesekali buka pintu oven ketika tengah membakar dan bila choux dah masak sepenuhnya buka pintu oven dan biarkan ianya suam dan boleh di keluarkan.
- Sejukkan sepenuhnya dan boleh di nikmati bersama cream.
P/S:- Adunan boleh bahagi 2 kalau banyak
CREAM SPECIAL
(A)
2 kuning telur
20g tepung jagung
25g gula pasir
50ml susu segar
(B)
50ml susu segar
25g gula pasir
Cara
- Satukan bahan A dan kacau sebati. Ketepikan.
- Didih bahan B sehingga gula hancur dan tutup api. Ambil sedikit bahan A tadi dan campurkan kedalam bahan B, kacau cepat dan masukan selebihan bahan A dan kacau sebati lagi.
- Panaskan semula atas api sederhana dan kacau sehingga pekat dan tutup api. Sejukan sepenuhnya pada suhu ruang dan campurkan meringue dan kacau sebati lagi.
- Masukan ke dalam piping beg dan sejukan ke dalam peti sejuk sebelum di gunakan.
ITALIAN MERINGUE
(A)
50g gula kaster/ halus
15g air
(B)
25g putih telur
Cara
- Masak bahan A dengan api kecil sehingga gula hancur dan sementara menunggu gula hancur pukul bahan B sehingga berbuih kecil sahaja.
- Bila gula dah hancur, tuang sikit sikit ke dalam putih telur tadi dan pukul tanpa henti sehingga habis. Seeloknya guna stand mixer untuk memudahkan menunag air gula tapi kalau tak ada pun boleh guna hand mixer.
- Pukul sehingga pekat/ soft peak dan masukan ke dalam cream tadi dan kacau sebati.
SELAMAT MENCUBA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan