Jun 23, 2015

TACO LASAGNA BERKRIM


Lasagna ni merupakan salah satu makanan kegemaran Sue. Dulu di Malaysia susah nak dapat  fresh lasagna pasta. Sini Kira murah lah 200gm RM5. Apa-apa jenis pasta semua ada. Cuma tinggal rajin atau tidak je. Biasa kalau lasagne Sue suka buat dalam bekas aluminium kecil untuk sekali makan. Walaupun buat dalam 3-4 set kalau ada lebih Sue frozen kan je. Kekadang 'M' tu datang memang tak yah nak cakap so defrost kan dan masuk microwave.. Done..hihihi

 
 
Kali ni tukar selera pula dah biasa buat dan cuba bermacam style. Dalam tumisan daging Sue masukan serbuk Taco mix yang memang banyak jual kat sini. Dari yang normal sampai yang super spicy. Tak kiralah daging, ayam, seafood atau vegies semua sedap kalau berkrim kan. Kalau bab western ni memang Sue tak berapa pandai tapi boleh makan dan kalau ipar duai datang depa puji gak.. Angkat bakul lagi... Kadang tu depa pulak tanya dengan kita melayu ni padahal asal depa lebih arif dari kita. Mungkin air tangan tu berbeza. Sebenarnya Sue berguru dengan suami dan mr gugel juga. Paling senang dengan suami lah pasal dia banyak western ingredients dan spices yang dia tahu untuk masak. Kita tengok dan merasa je tapi oleh kerana minat menjadi juga. Lasagna ni Sue buat ikut citarasa dan sesuai untuk budak-budak pasal tak pedas. Siapa yang minat boleh mencuba. Resepinya sat na...


TACO LASAGNA BERKRIM
Oleh: Sue Norrman

200gm Lasagna pasta 
500gm daging kisar
1/2 biji bawang besar - potong dadu halus
1 ulas bawang putih - tumbuk halus
2 sdt serbuk taco mix
1 sdt pati lembu
1sdt tomato puree ( tak letak pun tak apa)
2 sdt gula dan garam secukunya
2 sdm butter
Cara:-
1) Didihkan air dalam periuk bersama 1sdt garam dan 1sdt minyak hingga mendidih. Masukkan lasagna 1-2 keping je dalam satu masa. Jangan terlalu masak nanti pecah. Kurang lebih 2-3 minit bergantung pada jenama. ( lihat cara memasak di belakang kotak)Angkat dan rendam sekejap dalam air sejuk angkat dan toskan. Letak satu-satu supa tidak melekat. Boleh juga sapu sikit minyak supaya tidak kering sementara menunggu yang lain masak. Ketepikan.
2) Tumis bawang besar bersama dengan butter hingga kuning dan masukkan daging kisar. Kuar hingga bertukar warna dan masukkan serbuk taco mix. Sebatikan.
3) Masukkan bawang putih tumbuk bahan selebihnya. Kuar sebati dan tutup api. Ketepikan dan masak krim sos. Sementara itu preheat oven 175c.


KRIM SOS
Oleh: Sue Norrman

350ml susu segar
20gm tepung gandum
350ml whipping krim
30gm butter
1/2 sdt garam
100gm cheddar parut (Nak lebih pun boleh)
Cara:-
1) Satukan susu dan tepung. Kacau sebati.
2) Cairkan butter dan kecilkan api. Masuk bancuhan tepung kuar hingga naik wap dan masukkan krim serta garam. Kacau lagi sebati masukkan cheddar.
3) kuar sampai cheddar cair dan masukkan bahan yang di tumis tadi. Sebatikan.
4) Sapu bekas dengan butter sedikit. Letak lasagna dan masukkan inti dan buat selang seli hingga 
habis.
5) Bakar menggunakan api atas bawah dalam 30-35 minit hingga keperangan. Bergantung pada oven masing-masing.



Sebenarnya tak lah seremeh bila membuatnya tapi bergantung pada pasta juga. Lain brand lain kualiti nya. Insyallah.. Tipnya jangan merebus terlalu lama dan bila terlebih masak tu yang koyak. Nanti kita bakar ianya jadi lembut juga.



KRAM

CLASSIC CINNAMON STRAWBERRY CAKE


Alhamdulillah..Ni cerita semalam lambat entri. Musim panas merupakan musim yang di nantikan oleh semua yang berada di 4 musim. Tak kurang nya tapi Sue suka Autumn. Bila Autumn je mula lah meredah hutan ambik gambar dan santai hihihi.. Nak di jadikan cerita, semalam Sue memetik strawberi yang berada berapa langkah je dari rumah Sue tapi bukan tanaman Sue. Kita ni duduk dalam kawan kebun dan di kelilingi semua tanaman. Tahun sebelumnya diarang tanam gandum dan tiap tahun memang bertukar. Tahun ni penyewa sewa semua tanah untuk tanam strawberi. Bila kita cakap pasal modal terbeliak biji mata. Dia belanja lebih 5 juta ringgit untuk strawberi ni termasuk gaji pekerja pada awalnya. Sekarang lain lagi gaji mereka. Pekerja semua dari luar bukan lokal pasal gaji murah.





So semalam Sue petik pun tak banyak cukup makan je.
Memang dah plan nak buat pie atau pavlova tapi beralih pulak nak makan yang lain. Lain yang di plan lain yang dibuat. Mana taknya nafsu mata mendahului segalanya. Lebih-lebih lagi bila dari rumah dah boleh nampak merah je strawberi terbaring atas tanah. Kalau nampak dari gambar mahu pun live memang nampak jauh dari hujung ke hujung tapi bila syok memetik tak terasa pulak dah sampai ke hujung. Sue cuma petik dari satu bakut je. Nanti petik banyak tak siapa yang makan. Satu pembaziran dan jangan ambik mudah mentang-mentang dapat free. Insyallah niat tu tak kesitu.



Dah panjang juga cerita nya ye.. mai kita tengok resepi nya pula. 


CLASSIC CINNAMON STRAWBERRY CAKE
Oleh: Sue Norrman

125 gm butter
100 gm gula kaster
2 biji telur 'b'
150 gm tepung gandum - ayak
1sdt baking powder - ayak
1 sdt gula vanilla/ esen vanilla
1 biji lemon - parut dan ambil parutannya
2 sdm susu segar

Topping:-
10 biji Strawberi (Terpulang banyak mana nak letak)
1 sdt serbuk kayu manis
1 sdm brown sugar

Cara:-

 1)Preheat oven 175 C
2)Guna loose pan, sapu sekelililng dengan butter cair dan tabur serbuk roti keseluruhannya. Ketepikan.
3) Pukul butter dan gula hinnga putih sahaj, jangan terlalu kembang nanti kek tak moist. Kemudian masukkan esen vanilla dan parutan lemon - Kacau rata.
4) Masukkan telur satu persatu hingga sebati dan masuk tepung dan baking powder yang telah diayak tadi - sebatikan lagi.
5) Akhir sekali masukkan susu dan sebati. Tuang dalam acuan dan susun strawberi. Satukan serbuk kayu manis dan brown sugar. Tabur atas strawberi. Bakar 30-40 minit bergantung pada oven masing- masing. ( Oven saya 200C)
6) 25 minit pertama guna api bawah dan kemudian tukar api atas bawah hingga masak.

😍 Makan bersama aiskrim atau sos vanilla...hmmm ❤️










 Ini lah rupanya Kebun strawberi yang Sue redah semalam. Satu bakut tu pun dan berpeluh gak di buatnya tapi oleh kerana syokkan sampai hujung juga.


Kalau mereka datang memetik kita yang tengok rasa nak ikut sama. Sekali dengan tracktor dan lori parking belakang rumah. Menunggu strawberi yang mereka petik. Biasa mereka bawa satu bakul yang dah tersusun 10 kotal kecil untuk 500gm satu kotak tu. Bila dah habis mereka akan serah dengan supervisor timbang sekali lagi baru mereka dapat kupon untuk claim gaji. Itulah bukan senang nak jadi senang. kebanyakkan mereka dari Romania dan mereka datang pun duduk camping dalam carivan.



                                                                                     KRAM












Jun 22, 2015

MEE HOON GORENG SAMBAL SEAFOOD YANG SEDAP



Assalamualaikum....  Semoga semuanya dirahmati Allah dan sihat hendaknya. Hari ni Sue masak Mee hoon je nak tukar selera dan suami boleh makan pasal tak pedas. Sue kurangkan kuantiti cili giling dalam membuat sambalnya DISINI Alhamdulillah tak lah berpeluh dan merah muka dia makan. Berbezanya guna sambal tak payah letak sos, pasal ada juga yang buat gorengan letak sos cili dan sos tiram. Maaf kalau itu bukan kebenaran tapi Sue pernah nampak ada yang goreng mee hoon guna bahan tu. Tapi itu tak hak dan selera masing-masing kan. Sue cuma guna sambal ni je untuk goreng semua jenis mee termasuk Mee Hailam dan sebagainya. ok..ok.. mai kita tengok resepi mee hoon Sue style..hihihi..

MEE HOON GORENG SEAFOOD YANG SEDAP
Oleh: Sue Norrman

1/2 bungkus mee hoon - rendam dengan air biasa je
1/2 biji bawang besar - potong dadu halus
2 biji telur
3-4 sdm sambal DISINI
10 ekor udang
4 ekor sotong - potong bulat
6 batang isi ketam - potong 3
11/2 sdm kicap lemak manis - nak lebih rasakan dulu
11/2 sdm kicap lemak masin - nak lebih rasakan dulu
1 sdt serbuk perasa
1 batang lobak merah, kalu kecik guna 2 batang - potong panjang halus
1 mangkuk hirisan kobis
1 mangkuk daun bayam - pengganti sawi
Tauge secukupnya 

Cara:-
1) Toskan meehon. jangan di rendam dengan air panas nanti bila di goreng hancur.
2) Tumis bawang hingga kuning. Masukkan telur dan biarkan sekejap biar kering sikit d bawahnya dan kacau sebati.
3) Masukkan seafood kacau hingga bertukar warna dan masukkan sambal dan kicap. Kuar lagi dan masukkan lobak merah.
4) Masukkan bee hoon kacau rata dan rasakan, kalau kurang tambah serbuk perasa.
5)  Akhir sekali masukkan tauge dan kobis kuar hingga sebati tutup api.


Selamat Mencuba.



KRAM

Jun 21, 2015

SAMBAL SEDAP UNTUK GORENGAN



Nak cerita pasal sambal pasti semua tahu buat kan tapi ada kelebihan membuatkan sambal ni lebih sedap. Sambal ni resepi dari tukang masak restoren Sue dulu. Mamat ni asal dari Pattani tapi keluarganya berhijrah ke Malaysia dan dia belum lahir lagi. Asal keluarga dia memang pandai masak. Dari situ lah Sue Suka masuk dapur tengok bahan- bahan yang diarang sediakan  untuk masak.  Kat restoren  kita ada 3 tukang masak. Mamat ni memang khas masakan Thai dan seafood, sorang lagi masakan Indonesia dan yang sorang masak lokal di bantu Sue sendiri. Dari situlah timbul minat mendalam bila tengok  pelanggan datang dan menjamu selera dengan satu kepuasan. Banyak yang Sue pelajari Insyallah akan Sue kongsikan nanti. Sambal ni sedap untuk semua jenis tumisan termasuk nasi goreng. Lebih-lebih lagi nasi goreng ala Thai campur sikit tomyam paste.. Sodap.. Nak tahu rahsianya.. Jom..


SAMBAL SEDAP UNTUK GORENGAN
Oleh: Sue Norrman

1 biji bawang besar.*
2 biji bawang bombay*
4 ulas bawang putih*
1 batang serai*
Halia sebesar ibu jari*
2 sdm cili giling
Belacan sebesar ibu jari
1 sdm budu
Minyak secukupnya untuk menumis

Cara:-
1) kisar halus bahan yang bertanda (*).
2) Panaskan minyak dan goreng belacan hingga garing dan masukkan bahan kisar tadi dan kecil kan api. Kuar sebati.
3) Tambahkan minyak kalau tidak cukup. Sambal ni mesti lebih minyak supaya masaknya sekata dan sedap.
4) kuarlagi supaya tak hangus dan bila kelihatan bawang dah layu dan pecah minyak masukkan cili giling tadi dan kuar   lagi. Masak sampai cili masak dan kemerahan serta pecah minyak baru masukkan budu.
5) Kuar lagi  samapai sambal kelihatan pekat dan minyak naik semua.
5) Tutup api dan sejukkan. Masuk dalam bekas dan boleh di simpan dalam petiais.




Itulah rahsianya yang tersirat. Sue guna sambal ni sampai sekarang untuk goreng mee, nasi dan mana yang cun untuk sambal ni. Biasa kita terfikirkan  halia dan serai untuk goreng nasi pasti rasanya lain tapi bila guna sambal ni gorengan jadi sedap. Sambal ni juga sedap untuk buat ikan bakar cuma perlu kita tambah air asam jawa, garam dan gula untuk mencukupkan rasanya. 
Selamat Mencuba.




                                                                                              KRAM







Jun 20, 2015

BROWN SOS IKEA



Kalau kita pasal sos semua nak di cuba.Tapi sos ni menjadi favourite sos Sue. Sue olah sendiri dari resepi asal yang suami Sue ajar. Alhamdulillah sos ni memang memadai untuk tekak Sue dan suami. Suami pun bagi komen yang menmbuat kita senyum memanjang. Sos ni Sue guna untuk apa-apa masakan yang serasi di makan bersama. Lebih-lebih lagi untuk Pai yang berasaskan seafood, cheese dan meat.

BROWN SOS (Gravy)
Oleh: Sue Norrman

Mentega lepas masak meatball. Kalau tak ada skip kan.
2 cwn stok ayam
1 sdm kicap cair
1 ketul kiub ayam
1/3 serbuk lada hitam
Kicap pekat sedikit untuk menambahkan warna
Garam dan gula - untuk tambahan kalau tak cukup rasa.
2 cwn whipping/double cream*
1 sdm tepung kentang/jagung*- bancuh dengan sedikit air

Cara:-
1) Satukan bahan kecuali yang bertanda(*) dan masak atas api sederhana hingga mendidih.
2) Masukkan yang bertanda (*) Krim dahulu dan sebatikan dan baru masukkan (*) bancuhan tepung.
3) Didihkan lagi dalam seminit dan tutup api. Kuah jangan terlalu pekat atau cair.

P/S:- Kalau kuah cair masukkan lagi sedikit bancuhan tepung dan kalau terlalu pekat masukkan sedikit krim.


KRAM 

Jun 19, 2015

SWEDEN MIDSUMMER EVE

Alhamdulillah.. Usai sudah iftar hari ni. Seharian hujan dan nak berkebun pun tak dapat. Hari ni Sweden Midsummer eve so semua pejabat dan supermarket tutup sampai jam 2 pm tapi suami Sue tak kerja. Di Sweden mereka menyambut Midsummer lebih meriah berbanding Christmas. Ni lah masa mereka berkumpul dengan keluarga dan kawan-kawan. Kebiasaan bila Midsummer memamg hari makan ikan sepenuhnya especially ikan herring@ sill dalam bahasa swedish, salmon dan seafood ikut kesukaan mereka. Strawberi memang satu kemestian dan harga pun boleh tahan . Tiada upacara keagamaan cuma semuanya satu tradisi. Walaupun berpuasa tapi suami nak juga makan sill untuk berbuka. Sini Sue kongsikan jenis ikan yang di makan masa Midsummer...







Beginilah tradisi makan kalau midsummer eve setiap tahun..
 


Ni lah rupa bila dah satu- satu jenis herring di makan.. Sedap semua di jeruk dari fresh herb, macam daun dill, thyme, black pepper, mustard and so on.. 





Dan yang ni biasa dessert yang menjadi kemestian dan kewajiban. Strawberi di makan dengan whipping krim campur gula atau aiskrim. Mula-mula dulu tengok mereka makan nampak jangal pasalnya kita orang melayu jarang makan whipping krim camtu je. Biasa kita guna tuk kuih atau masakan. Nahhhh... Biasa dah mencuba sedap juga lebih-lebih lagi campur sekali dengan aiskrim vanilla.. Hmmmmm....


KRAM





SWEDISH MEATBALL ORIGINAL IKEA DAN BROWN SOS SEDAP



Assalamualaikum.... Salam Ramadhan Kareem dan selamat menunaikan ibadah puasa. Syukur Alhamdulillah kehadrat Illahi kerana dapat merasakan Ramadhan lagi pada tahun ini. Semoga kita semua di beri kesihatan agar dapat kita menunaikan amanahnya. Panjang pula celoteh so..

Hari ni merupakan hari pertama Sue entri masakan dalam blog yang Sue impikan bertahun lamanya akan tetapi di sebabkan kengkangan masa jadi Sue pendamkan hajat seketika dan merupakan menu Iftar pertama Ramadhan semalam. Kira perasmian Sue's Kitchen Journey lah ye... Plan semalam nak entri lepas iftar tapi terasa penat dan mengantuk.

Disini kami puasa hampir 20 jam mana tak nye kalau berbuka jam 9:58 pm dan Imsak 1:50 am. Resepi yang akan Sue kongsikan adalah merupakan masakan pertama yang suami Sue ajar sejurus melangkah kaki ke dapur di bumi SWEDEN dan penghijrahan baru buat Sue. Alhamdulillah citarasanya tidak menghampakan tapi Sue ubah sedikit mengikut citarasa anak tekak Sue. Manakala Brown Sos nya Sue ubah sendiri ikut rasa ala-ala Ikea memandangkan sekarang diarang ambik mudah just beli yang serbuk tinggal bancuh je. Disebabkan keraguan halal haram
nya Sue buat sendiri, Try & Error dan yang menjadi juri adalah suami Sue sendiri. Nak jadi perfect tak semudah tapi Syukur boleh di terima anak tekak. Dah panjang ceritanya so sini Sue titipkan resepinya nya ye.. 


SWEDISH MEATBALL
Oleh: Sue Norrman 


Bahan bahan
500gm daging kisar (mince beef)
1/2 biji bawang besar - potong dadu halus*
1 sdm mentega/marjerin*
3/4 sdt serbuk lada hitam
1 sdt kryddpeppar@ mixed spices
1/3 serbuk kayu manis (Sue tambah)
1/3 sdt gula
1/2 - 1 sdt garam - Rasakan dahulu.
2 sdm serbuk roti - kalau yang kasar, kisar halus.
30 ml susu segar
1 biji telur 'c' - Sue tak guna tapi kalau nak boleh masukan.
1-2 sdm mentega untuk masak meatball kemudian

Cara
  1.  Tumis bahan yang bertanda (*) keperangan dan ketepikan seketika.
  2.  Satukan semua bahan-bahan selebihan dan masukkan ke dalam food processor. kemudian masukkan kesemua bawang dan butter tadi dan kisar halus. Kalau tak ada food processor cuma kisarkan bawang tumis tadi dan gaul guna tangan hingga sebati.
  3.  Bulatkan ikut kesukaan besar mana.
  4.  Guna non stik pan dan masukkan mentega tadi. Guna api kecik dan tutup pan supaya cepat masak dan tak hangus.
  5. Pusing-pusingkan meatball supaya warnanya sekata hingga masak.
  6. Mentega lepas masak meatball jangan dibuang. Digunakan untuk membuat sosnya.
 Pesanan:- Kalau nak boleh guna cara macam buat fish ball. Rebus sekejap kemudian masak dalam pan lagi tapi rasanya dah tak berapa sedap disebabkan rasanya keluar dalam air rebusan. Cuma kejadian nya cantik sahaja.
 


  

Sos ni memang sedap di makan bersama meatball dan apa serasi dimakan 
bersama. Sekarang di rumah memang sentiasa ada stok sos ni dalam petiais. Suami tiap kali makan mesti minta sos walaupun makan dengan salad. Untuk selanjutnya rujuk DISINI


BROWN SOS (Gravy)
Oleh: Sue Norrman

Mentega lepas masak meatball tadi.
2 cwn stok ayam
1 sdm kicap cair
1 ketul kiub ayam
1/3 serbuk lada hitam
Sedikit kicap pekat
Garam dan gula - untuk tambahan kalau tak cukup rasa.
2 cwn whipping/double cream*
1 sdm tepung kentang/jagung*- bancuh dengan sedikit air

Cara:-
1) Satukan bahan kecuali yang bertanda(*) dan masak atas api sederhana hingga mendidih.
2) Masukkan yang bertanda (*) Krim dahulu dan sebatikan dan baru masukkan (*) bancuhan tepung.
3) Didihkan lagi dalam seminit dan tutup api. Kuah jangan terlalu pekat atau cair.

P/S:- Kalau kuah cair masukkan lagi sedikit bancuhan tepung dan kalau terlalu pekat masukkan sedikit krim.
 

KRAM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...