Assalamualaikum.... Salam Ramadhan Kareem dan selamat menunaikan ibadah puasa. Syukur Alhamdulillah kehadrat Illahi kerana dapat merasakan Ramadhan lagi pada tahun ini. Semoga kita semua di beri kesihatan agar dapat kita menunaikan amanahnya. Panjang pula celoteh so..
Hari ni merupakan hari pertama Sue entri masakan dalam blog yang Sue impikan bertahun lamanya akan tetapi di sebabkan kengkangan masa jadi Sue pendamkan hajat seketika dan merupakan menu Iftar pertama Ramadhan semalam. Kira perasmian Sue's Kitchen Journey lah ye... Plan semalam nak entri lepas iftar tapi terasa penat dan mengantuk.
Disini kami puasa hampir 20 jam mana tak nye kalau berbuka jam 9:58 pm dan Imsak 1:50 am. Resepi yang akan Sue kongsikan adalah merupakan masakan pertama yang suami Sue ajar sejurus melangkah kaki ke dapur di bumi SWEDEN dan penghijrahan baru buat Sue. Alhamdulillah citarasanya tidak menghampakan tapi Sue ubah sedikit mengikut citarasa anak tekak Sue. Manakala Brown Sos nya Sue ubah sendiri ikut rasa ala-ala Ikea memandangkan sekarang diarang ambik mudah just beli yang serbuk tinggal bancuh je. Disebabkan keraguan halal haram

nya Sue buat sendiri, Try & Error dan yang menjadi juri adalah suami Sue sendiri. Nak jadi perfect tak semudah tapi Syukur boleh di terima anak tekak. Dah panjang ceritanya so sini Sue titipkan resepinya nya ye..
Oleh: Sue Norrman
Bahan bahan
Bahan bahan
500gm daging kisar (mince beef)
1/2 biji bawang besar - potong dadu halus*
1 sdm mentega/marjerin*
3/4 sdt serbuk lada hitam
1 sdt kryddpeppar@ mixed spices
1/3 serbuk kayu manis (Sue tambah)
1/3 sdt gula
1/2 - 1 sdt garam - Rasakan dahulu.
2 sdm serbuk roti - kalau yang kasar, kisar halus.
30 ml susu segar
1 biji telur 'c' - Sue tak guna tapi kalau nak boleh masukan.
1-2 sdm mentega untuk masak meatball kemudian
Cara
- Tumis bahan yang bertanda (*) keperangan dan ketepikan seketika.
- Satukan semua bahan-bahan selebihan dan masukkan ke dalam food processor. kemudian masukkan kesemua bawang dan butter tadi dan kisar halus. Kalau tak ada food processor cuma kisarkan bawang tumis tadi dan gaul guna tangan hingga sebati.
- Bulatkan ikut kesukaan besar mana.
- Guna non stik pan dan masukkan mentega tadi. Guna api kecik dan tutup pan supaya cepat masak dan tak hangus.
- Pusing-pusingkan meatball supaya warnanya sekata hingga masak.
- Mentega lepas masak meatball jangan dibuang. Digunakan untuk membuat sosnya.
Sos ni memang sedap di makan bersama meatball dan apa serasi dimakan
bersama. Sekarang di rumah memang sentiasa ada stok sos ni dalam petiais. Suami tiap kali makan mesti minta sos walaupun makan dengan salad. Untuk selanjutnya rujuk DISINI
BROWN SOS (Gravy)
Oleh: Sue Norrman
Mentega lepas masak meatball tadi.
2 cwn stok ayam
1 sdm kicap cair
1 ketul kiub ayam
1/3 serbuk lada hitam
Sedikit kicap pekat
Sedikit kicap pekat
Garam dan gula - untuk tambahan kalau tak cukup rasa.
2 cwn whipping/double cream*
1 sdm tepung kentang/jagung*- bancuh dengan sedikit air
Cara:-
1) Satukan bahan kecuali yang bertanda(*) dan masak atas api sederhana hingga mendidih.
2) Masukkan yang bertanda (*) Krim dahulu dan sebatikan dan baru masukkan (*) bancuhan tepung.
3) Didihkan lagi dalam seminit dan tutup api. Kuah jangan terlalu pekat atau cair.
P/S:- Kalau kuah cair masukkan lagi sedikit bancuhan tepung dan kalau terlalu pekat masukkan sedikit krim.
KRAM
1 ulasan:
Terima kasih utk perkongsian resepinya puan
Catat Ulasan