Memaparkan catatan dengan label APAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label APAM. Papar semua catatan

Julai 09, 2017

Apam Tapai Lembut



Assalamualaikum!!

Selamat tengahari semua... Semoga ceria hendaknya. Mungkin ada yang masih berziarah untuk rumah terbuka sempena syawal masih lagi dan hampir melabuhkan tirainya. 

Semalam SN berkesempat membuat apam tapai yang menjagi favorit ibunda juga SN sendiri. Alhamdulillah kejadian yang sangat lembut dan cantik sarangnya. Haa... nak kata hebat jauh sekali tapi tapai nasi SN buat sendiri tau! ragi yang SN bawa dari kuching dan sangat manis bila dah cukup masak. Pada mula nya cuma teringin nak makan tapai sahaja tapi bila tengok ada lebih dalam semangkuk kecil dan sudah berair sedikit so dari tak di makan lebih baik buat apam. Tapi... part ni memang sedih sangat mana tidaknya buat sesuatu tak periksa awal bahan yang nak di perlukan. Dah siap blend gula, air dan tapai kira nak ambil tepung beras sekali hampa. Kehabisan stok tepug beras yang di fikir selama ini bersisa satu paket tu rupanya  tepung pulut. Di sebabkan bahan dah di kisar sayang juga so SN bawa EN yang tengah bertukang di luar drive me ke bandar semata mata nak beli tepung beras. Nasib juga empunya badan tak marah dan EN ok je hihihi.. 

Ni lagi satu cerita bila dah masuk kedai memang tak sah tak beli yang lain walaupun dah list siap siap barang yang nak di beli pasti bertambah barangan tanpa list. Tak apa lah dah sekali jalan nanti tak susah. Ok.. barang dah ready kita balik rumah dan sambung tugasan yang masih menunggu. Mak aiii.. bahan yang di kisar berbuih macam kembang tapi baunya sedap di hidu. Gerak hati mengatakan kot masih elok kita cuba nasib dan masukan tepung dan yis. Kalau jadi kita share resepi tapi kalau tak menjadi nak buat macam mana kan. Siap perap dan kukus Alhamdulillah setelah di potong hati banyak suka. Menjadi dan cantik sekali sarangnya. Jadinya  resepi apam yang sangat lembut dan gebu. Resepi yang SN olah sendiri dan sukatan asalnya agak agak tapi SN timbang kesemuanya. Jom..


APAM TAPAI
Resepi: Sue Norrman

*Loyang 6 atau 7 inci*

Bahan bahan
(A)
270g air masak
80-100g gula pasir 
100g tapai nasi

(B)
180g tepung beras
1/3 sdt instant yis
Pewarna hijau sedikit atau warna kesukaan  

(C)
Kelapa parut secukupnya - Kukus sekejap supaya ianya tahan lama
Sedikit gula dan garam
*Bila nak makan baru campurkan gula dan garam sedikit*


Cara
  1. Kisar bahan A sehingga tapai halus.
  2. Kemudian masukan bahan B dan kisar lagi sehingga sebati semuanya.
  3. Tuang kedalam Bekas bertutup dan perap selama 1 jam atau sehingga kembang dan naik berbuih.
  4. Sediakan loyang dan sapu sedikit minyak dan lapik dengan plastik dan sapu lagi sedikit lagi minyak pada permukaan  plastik tadi.
  5. Kacau sedikit apam tadi dan tuang ke dalam acuan dan rehatkan 5-10 minit sementara menunggu air kukusan panas sepenuhnya.
  6. Tutup tudung pengukus dengan kain dan kukus selama 40-45 minit sehingga masak sepenuhnya.
  7. Keluarkan dari penguklus dan sejukan sepenuhnya sebelum di potong. Seeloknya guna pisau bergigi supaya keratan apam cantik.
  8. Tabur kelapa dan sedia untuk di sajikan.
SELAMAT MENCUBA!

 KRAM

Februari 22, 2016

APAM TEPUNG GANDUM YANG SANGAT GEBU


SELAMAT PAGI....
Semalam sue buatkan apam tepung gandum untuk minum petang kami. Alhamdulillah kejadian yang sangat gebu dan mekar. Malas nak letak dalam paper cups so kukus sekali harung je tapi mengambil sedikit masak ketika mengukus supaya ianya betul-betul masak.
Manakala bahan-bahannya amat mudah sekali tanpa ovelette. Yang penting ketika memukul telur dan gula kena lama sehingga betul-betul putih. Sue menggunakan carbonated water untuk menggantikan ovelette. Walla betul-betul halus teksturnya. Insyallah kalau pukul dengan sabar pasti ianya menjadi. Paling sedap digandingkan dengan teh o atau kopi o hmmmm... Jom tengok resepi.


APAM TEPUNG GANDUM
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
2 Biji telur gred A - buang tali pusat supaya tidak bau hanyir telur
170g gula pasir

(B)
190g tepung kek - ayak 2-3 kali
60ml carbonate water

Cara
*Didihkan air kukusan terlebih dahulu*
1) Sediakan loyang 7/8 inci dan letak kertas kek dalamnya. ketepikan. (Jangan di glis dengan minyak atau mentega)
2) Pukul bahan A selama 15 minit sehingga betul-betul putih.
3) Kemudian guna spatula, masukan bahan B berselang seli dan diakhiri dengan tepung juga sehingga sebati.
4) Tuang adunan kedalam loyang tadi dan tutup tudung pengukus dengan kain dan kukus selama 30-40 minit sehingga masak menggunaka api besar.
5) Bila dan masak tutup api dan keluarkan apam dan biarkan sejuk sepenuhnya dan sedia untuk disajikan.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...