Jun 28, 2017

AYAM PERI PERI ala Nando's


Selamat Malam!!

Salam sayang sahabat SN semua dan semoga sihat hendaknya. Hari ni SN terlebih rajin pula bila dapat masak kuah kacang, satay ayam dan ayam peri peri ala nando's. Kuah kacang dan satay ayam SN buat cara salad DI SINI. Alhamdulillah rasa ayam peri peri yang amat memuas hati setelah di perap semalaman. Ini kali ke-3 SN buat ayam peri peri tapi kali ini SN guna isi dada tanpa tulang. Sedap juga tapi guna paha atau part ayam yang ada tulang lagi sedap rasanya. Kalau menggunakan boneless isi dada terasa muak sebab isi nya padat.

Di sebab kan EN tak nak makan nasi so SN goreng french fries dan buat sos epal favorit EN untuk di ganding bersama salad. Kali ni SN tak buat sos peri peri memandangkan kehabisan capsicum. Ianya pun sedap juga. Yang penting kena perap lama. Untuk bertukar menu ayam peri peri ni memang sedap sekali. Kalau nak pedas lebihkan cili ketika membuat sos cicah ayam. Rindu nak makan di nando's itulah menyebabkan SN buat ikut citarasa anak tekak. Alhamdulillah boleh di terima pakai.. Syukur.. Jom cuba!!


AYAM PERI PERI ALA NANDO'S
Resepi: Sue Norrman

Bahan bahan
4 ketul isi dada ayam tanpa tulang/ 1/2 ekor ayam - cuci dan toskan

Bahan kisar 
1/2 biji cili benggala kuning/ oren
1/2 biji cili benggala merah
2 biji cili padi - skip kalau tak nak pedas
3 ulas bawang putih
1 sdm oregano kering
1/3 sdt daun thyme kering
1 sdm serbuk paprika/ cayenne pepper
1 sdt serbuk cili
1/2 sdt serbuk lada hitam
2 sdm gula perang
1 sdm madu
3 sdm lemon jus
1 inci kunyit hidup/ 1/2 sdt serbuk kunyit
1/2 cawan minyak zaitun/ jagung/ sayur/ masak
Garam secukup rasa
Pewarna merah sedikit

Cara
  1. Sediakan bekas besar dan masukan ayam yang telah di cuci tadi.
  2. Tuang bahan kisar dan gaul sebati. kemudian masukan ke dalam plastik kedap udara atau kontena dan sejukan ke dalam peti sejuk semalaman atau sekurang kurangnya 4 jam.
  3. Panaskan ketuhar pada suhu 170 celcius api atas bawah.
  4. Sediakan casserole atau bekas tahan panas. Tuang sedikit minyak dan susun isi dada atau ayam di perap tadi.
  5. Tutup dengan aluminium foil dan bakar sehingga masak dan kering sedikit pada  permukaan ayam. Keluarkan dari oven dan sedia untuk di sajikan.
Pesanan:- Balik balikan ayam supaya ianya masak serata dan yama cantik dan tidak kering.

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM

Satay Salad.. Sedap!!


Assalamualaikum!!

Selamat malam semua.. Tak terasa raya dah 4 hari berlalu kan? Tapi mood raya masih kian terasa bila masak menu raya lebih lagi satay dan kuah kacang. EN minta SN buatkan satay dan kuah kacang lagi sebab hari tu EN tak makan banyak katanya, hihihi. So Pepagi dah SN ke dapur nak perap ayam apa semua. Walaupun cuma kuantiti yang tak banyak tapi nak kopek bawang, goreng kacang itulah melambatkan kerja.

Kali ni SN buat satay ayam panggang dalam oven je sebab malas nak cucuk dan hirisan pun agak besar. Sedap juga tau sebabnya itu cara orang malas huhu. Bila tengok EN makan teringin pula nak buat cara salad dan ternyata tidak menghampakan. EN pun puji sedap lebih lagi di ganding dengan telur rebus tapi baru teringat selepas ambik foto. Kalau ada nasi himpit lagi sedap rasanya. Insyallah nanti kita try versi gitu pula. Pada yang nak mencuba boleh aje.. Mudah dan sedap Insyallah. Resepi satay dan kuah kacang SN guna resepi yang sedia ada. Nanti SN bagi link ye..



SATAY SALAD SEDAP
 Bahan sampingan 
  • Daun salad secukupnya
  • Buah tomato
  • Timun
  • Jagung tin manis (ligo dll) 
  • Kuah kacang
  • Satay ayam - potong kecil

SELAMAT MENCUBA!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...