Ogos 28, 2015

STEW DAGING YANG SEDAP


Stew daging ni merupakan salah satu masakan yang paling anak-anak Sue suka. Cukup masak ni dan nasi sudah pasti bertambah-tambah. Dulu semasa masih ada restoren stew ni juga salah satu menu yang wajib setiap kali ada katering. Masak sampai 50kg daging. Regular customer yang tak pernah jemu makan, branch manager Bank Rakyat hari-hari lunch di restoren walaupun terpaksa menungu. 
Resepi Sue olah sendiri dari masa ke semasa mengikut citarasa. 
Alhamdulillah yang ni sue sudah ubah lagi mengikut citarasa orang disini terutama suami sue. Ianya menepati citarasa semua juga tetamu kalau Sue masak untuk mereka. Untuk memudahkan kerja Sue guna pressure cooker je 25 minit dah siap. Tapi kalau tak ada pressure cooker boleh rebus je dulu dagingnya supaya empuk bila dah dimasak sekali lagi dengan bahan-bahan yang lain. Semenjak berhijrah belum rasanya Sue makan stew ni dengan nasi.

Tiap kali ni sue masak swedish style memang makan dengan kentang dan jeruk beetroot. Rasanya lagi sedap makan dengan kentang dan juga Sue pernah buat Stew ni untuk pie filling, Memang Sedap!!.



STEW DAGING
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
(A)
500g daging batang pinang - potong dadu
Sedikit garam
Sedikit tepung gandum
3 sdm mentega

(B)
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 biji bawang besar - hiris panjang
1 batang saleri - hiris nipis

(C)
300-400ml air mineral/masak
1/2 sdm tomato puree
1 sdt kryddpeppar biji (Boleh ganti dengan 1/2-1 sdt mixed herbs)
(kalau guna mixed herbs tak payah tambah herbs yang lain. Additional untuk swedish stew)
Sedikit daun thyme
Sedikit daun basil
2-3 helai daun bay
1/2 sdt lada hitam halus
1 sdm stok lembu pekat
2-3 biji buah tomato- belah 4
Sedikit lada hitam kasar
Garam dan gula secukup rasa

Cara
1) Bahan A- Cuci daging terlebih dahulu dan toskan baru dipotong. Kemudian masuk garam sebatikan dan masukan tepung. sebatikan supaya tepung menutupi keseluruhan daging.
2) Guna api kecil dan panaskan periuk atau non stik pan, masukan mentega sehingga cair. kemudian masukan daging tadi dan masak sehingga bertukar warna. Kuar supaya tidak hangus.
3) Bila daging dan keperangan masukan bahan (B) dan gaul sebati sehingga bahan layu dan tutup api.
4) Sediakan pressure cooker, masukan kesemua bahan (C) kedalam nya dan tuang daging yang dimasak tadi bersama bahan-bahan lain. Kuar sebati dan tutup.
5) Masak api sederhana dalam 20-25 minit dan tutup api atau alihkan dari dapur.
6) Biarkan 5 minit baru buka penutup(butang untuk wap) iatasnya supaya wap keluar sepenuhnya.
7) Sedia untuk dimakan dengan nasi panas atau kentang.

P/S:- Kalau tak ada pressure cooker, rebus daging terlebih dahulu. Kemudian tumis bahan (B) dengan 3 sdm mentega hingga kuning dan masukan 1 sdm tepung gandum dan kuar hingga tepung cair. Kemudian baru  masukan bahan (C) dan daging rebus tadi. Biarkan mendidih dan rasa secukupnya hingga pekat dan tutup api. kalau tak pekat boleh masukan lagi air bancuhan tepung gandum kedalamnya.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...