Translate

Januari 25, 2016

FILLET IKAN BERSAMA SOS REMOULADE


Salam sejahtera semua!
Tidak terasa begitu cepat masa berlalu dan minggu ini merupakan minggu terakhir bulan Januari. Pejam celik nanti dah ke penghujung tahun. Semalam sue masak lewat untuk makan tengahari jadinya lunch terus dinner. Resepi yang mudah dan sue menggunakan flat fish fille yang memang sedia ada jual frozen cuma coating kena kita buat sendiri. Nak sos yang memang sedap untuk fish fillet mai kita tengok resepinya...

FILLET IKAN BERSAMA SOS REMOULADE
Resepi: Sue Norrman

FILLET IKAN
Bahan-bahan
(A)
2-3 keping fillet ikan - sue guna ikan FLUNDRA
Sedikt garam dan lada sulah

 (B) 
1 biji telur -pukul hancur
2-3 sdm tepung gandum
Sedikit serbuk paprika
1/2 sdm tepung jagung/ beras
Serbuk roti secukupnya untuk membalut ikan 

(C)
2 sdm mentega/ marjerin
1-2 sdm minyak masak

Cara
1) Satukan bahan A dan ratakan. perap seketika dalam 10-15 minit.
2) Bahan B -  Satukan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk paprika. Kemudian ambil sekeping fillet ikan dan gelek rata ke dalam tepung. masukan lagi kedalam telur dan akhir sekali ratakan/ gelek ke dalam serbuk roti. Buat sampai habis.
3) Panaskan bahan C ke dalam non stik pan dan goreng sehingga masak dan keperangan.
4) Angkat dan letak ke atas kitchen towel/ tisu dapur supaya minyak serap.
5) Hidang bersama salad dan sos ikan.


REMOULADE SOS
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
200g plain yogurt
2 sdt mayonis
1 sdt mustard
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Pickled cucumber - cincang halus dan jadikan 1 sudu makan
1-2 sdm gula pasir
1/3 serbuk kari
1/2 sdm epal cincang
Cara
1) Satukan semua bahan dan sebatikan rata.
2) Rasa secukupnya dengan masam dan manis sedikit.
3) Makan bersama fillet ikan dan roast beef atau mengikut selera sendiri.

SELAMAT MENCUBA!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...