Assalamualaikum!!
Naa.... tu dia kerabu tang hoon seafood yang meletop! Hari ni SN kena gagahi juga setelah lama asyik terlupa nak beli tang hoon. Melangsungkan hajat terpendam dan hasilnya syiok gitu. Dulu time SN masih ada restoran kerabu ini merupakan salah satu menu faveret customer. Rasanya masam manis pedas dan memang sedap.
Makanya hari ini SN buat untuk di ratah sahaja. Kalau makan dengan nasi pun sedap juga terpulang citarasa sendiri. Bahan bahan semua dah sedia ada dan apa lagi kita on je lah. Bila SN buat kerabu ni EN duk perati je dan akhirnya bertanya juga hahahaha.. boleh dia tanya sedap ke? Kita kasi rasa dia tak nak pula. Dan semesti power beb!
Ok.. nak cuba tak? Sekali cuba pasti nak lagi dan lagi...
Kerabu Tang Hoon Seafood
Resepi: Sue Norrman
Bahan bahan
(A)
2 cawan air
Sedikit garam
1 sdt gula pasir
1 keping asam gelugur
1 helai daun limau purut
(B)
5 ekor sotong - buang tulang, bersihkan dan potong sebesar i bu jari
Udang secukupnya - buang tahi di belakangnya
1 bungkus kecil tang hoon - rendam dalam air panas 10 minit dan toskan
(C)
5 biji cili padi/ cili thai - potong halus (nak pedas boleh tambah)
2 biji cili hidup - tumbuk kasar
2 biji bawang merah - tumbuk kasar
2 batang serai - hiris nipis
2 batang bunga kantan - hiris halus
Daun ketumbar secukupnya - potong halus
2 helai daun limau purut - buang tulang tengah dah hiris nipis
Sedikit belacan - bakar sekejap
1 biji bawang besar - belah 2 dan hiris nipis
1 mangkuk kecik jeruk kobis - hiris halus
1 biji bawang besar - belah 2 dan hiris nipis
1 mangkuk kecik jeruk kobis - hiris halus
3 sdm sos ikan
3 sdm sweet and sour sauce
Sedikit brown sugar
Gula secukup rasa
Jus limau nipis/ limau kasturi secukupnya
Cara
- Rebus bahan A sehingga mendidih dan masukan sotong. Biarkan 3-4 minit dan masukan udang.
- Lanjutkan lagi 3 minit dan buangkan air dan siram dengan air sejuk untuk mematikan dari telajak masak. Ketepikan.
- Satukan bahan C dan rasa secukupnya.
- Kemudian masukan rebusan sotong tadi dan tang hoon. Gaul rata dan rasakan sekali lagi.
- Simpan dalam bekas dan biarkan seketika dan boleh di sajikan.
SELAMAT MENCUBA!
KRAM