ALHAMDULILLAH... balik exam semalam terus buat roti. Dari awal dah set nak makan burger cuma kengkangan waktu di sebelah pagi. Banyak urusan yang harus diselesaikan. Walaupun exam ianya tidak membataskan kita dari tidak terus ke dapur kan?.
Bun ni memang sangat lembut dan gebu. Memang amat sesuai untuk burger atau roti kosong buat cicah air kopi. Sue buat mini bun untuk burger dan garlic bread ala Pizzahut.
Teringat pula dengan Sarawak butter bun yang sangat sedap. Itulah satu keunikan Sarawak butter bun susah nak jumpa rasa inti dan roti menyerupai roti yang sama. Juga bun kelapa campur kacang walla.. Tak tau nak cakap rasanaya... resepi asal dari buku pelbagai roti (Chinese) dan Sue cuma bahagi 3 dari sukatan asal.
BASIC BUN LEMBUT
Oleh: Sue Norrman
Bahan-bahan
(A)
350g tepung high protein@ tepung roti
20g wet fresh yis - kalau tidak ada guna 11/2 sdt instant yis
11/2 sdt bread improver
1/2 sdt bread softener
1/2 sdt garam
25g susu pekat manis
1 sdm gula
1 biji telur gred B - pukul hancur dahulu dan tinggal sedikit untuk sapu atas roti kemudian
100ml air sejuk petiais
2-3 ketul ais batu
(B)
30g shortening
(C) Sapuan
Susu cair atau susu segar sedikit
Sedikit telur
Cara
1) Sediakan mixer atau bread maker, masukan bahan (A) dan uli hingga sebati.
2) Kemudian masukan bahan (B) dan uli sehingga elastik. Saya putar 2 kali mengguli menggunakan bread maker sehingga betul-betul elastik untuk mendapatkan doh yang ringgan dan gebu.
3) Bila dah elastik, rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda kurang lebih dalam 45 minit. Kalau menggunakan mixer, tudung dengan kain lembab.
4) Tumbuk doh untuk membuang angin dan timbang pada 45-50g bergantung pada saiz yang dikehendaki.
5) Ambik sedikit shortening atau minyak, sapu pada tangan dan bolehlah membulatkan doh. Ianya hanya supaya doh licin dan tidak melekat di tangan.
6) Letak doh kedalam dulang pembakar yang sudah di sapu mentega atau minyak. rehatkan lagi sehingga naik dalam 40 minit.
7) Panaskan Oven pada suhu 180-190 degrees terlebih dahulu sekitar 15 minit. Sapu permukaan doh tadi dengan bancuhan telur dan susu cair sedikit. Tabur bijan dan bolehlah masukan doh tadi dan bakar selama 25 minit bergantung pada oven masing-masing. 5 minit terakhir menggunakan api atas bawah.
8) Bila dan masak keluarkan dan terus sapu mentega lagi supaya bun berkilat dan tidak keras.
SELAMAT MENCUBA!
KRAM