September 29, 2015

CHOCOLATE COOKIES WITH FILLING


Assalammualaikum...  Alhamdulillah cookies menjadi dengan jayanya.
Bila dapat tahu national exam lagi 2 minggu berderau rasa kepala. Tak nak stress nanti tak dapat fokus. So kita nak relax dan mencuba lagi buat cookies ni dengan idea baru.
Sebenarnya Sue nak buat nutella filling tapi terlupa nak beli. 
Balik dari sekolah singgah di supermarket kira nak beli tapi bila dan masuk lain pula yang diambil. Sampai dirumah baru sedar itu yang terlupa padahal tujuan singgah memang nak beli nutella. Godaan mata membuatkan kita terlupa apa tujuan sebenar. Tak palah Insyallah kita boleh buat next time. 
Kali ni Sue menggunakan peanut butter dan cokltt nuts untuk filling. Rasa cookies yang tak manis dan keenakan rasa koko menjadikan kombinasinya yang amat sedap. 


CHOCOLATE COOKIES
Resepi: Sue Norrman
Anggaran dapat dalam 40-50 biji bergantung pada saiz.

Bahan-bahan
(A)
120g mentega - suhu bilik
140g gula perang

(B)
60g gula kaster
2 biji telur B
1 sdt golden sirup

(C) Ayak
300g tepung gandum/biskut
60g serbuk koko
1/2 sdt garam halus
1/2 sdt bicarbonate soda
1/3 sdt serbuk penaik

Filling
Nutella
Peanut butter
*Untuk filling mesti disejukan terlebih dahulu. Untuk memudahkan cedok 1/2 sdt setiap satu dan letak dalm dulang. Sejukan sekurang-kurang 2-3 jam sebelum diguna. Ianya untuk memudahkan membulat biskut supaya intinya tidak cair*

Gula kaster secukupnya - Untuk menggolek biskut


Cara
*Panaskan oven pada suhu 180-200 api atas bawah. Ianya bergantung pada oven masing-masing. Sue guna suhu 200.*
1) Pukul bahan (A) menggunak elektrik mixer hingga sebati. Jangan sampai kembang ye.
2) Kemudian masukan bahan (B) dan pekul sebati lagi diikuti bahan (C) sedikit-sedikit dan sebati.
3) Uli lagi menggunakan tangan untuk menjadikan doh padat.
4) Ambik sedikit doh sebesar duit 20 dan bulatkan. Buat lubang di tengah dan isikan inti. Kemudian bulatkan lagi dan golek dalam gula.
5) Letak dalam dulang yang telah dilapik dengan kertas kek. Buat sampai habis.
6) Bakar selama 10-13 minit. bergantung pada oven masing-masing. Bila biskut dan merekeh bererti ianya dan masak dan bolehlah dikeluarkan.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM

September 25, 2015

MEXICAN COFFEE BUN GEBU


Alhamdulillah.. Semalam bila tetamu datang Sue sajikan mexican bun panas untuk mereka. Bila dah tahu jam mereka sampai Sue siapkan doh dan menunggu bun naik. 
Sejurus mereka datang Sue pun terus letak topping dan masuk oven.
Wallla.. Harum semerbak rumah dengan haruman kopi dan semua duk tanya. Bila dan siap Sue teruskan keluar dari oven hidang sekali dengan dulang tak sempat nak letak dalam pinggan. Masing-masing dan masuk dapur nak rasa. Sue cuma sempat ambil gambar LOL.
Syukur Alhamdulillah semua memuji sedap. Kita pun senyum bila mereka makan serta anak-anak mereka pun suka. Di Sweden memang tak ada jual bun begini di bakeri. Mungkin itu mereka rasa satu kelainan.
Insyallah kalau ada undangan Sue akan buat lagi dan letak filling.


MEXICAN BUN SEDAP
Resepi: Sue Norrman
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
400g tepung roti@ High protein flour
60g gula halus
25g tepung susu
2 sdt instat yis
1/2 sdm leciten pumpable (wet) - boleh ganti dengan bread softener (skip kalau tak nak)
1 sdt monofresh - boleh ganti bread improver 1/3 sdt 
1/2 sdt garam

(B)
*Timbang sama dalam satu bekas*
80g ais batu
90g air sejuk
1 biji telur B

(C)
30g butter oil substitute - kalau tak ada ganti butter biasa

Cara
1) Gaul sebati bahan (A) dalam bread maker atau mixer. Pastikan yis di letak terlebih dahulu sebelum tepung untuk menggelak ianya terkena garam dan roti tidak akan mengembang.
2) Set mesin pada setting doh dan bolehlah di on kan dan masuk bahan (B) sikit-sikit sehingga sebati dan terus masukan bahan (C).
3) Uli hingga elastik kurang lebih dalam 40 minit.
4) Bila doh dah siap rehatkan selama 30 minit sehingga naik 2 kali ganda. Keluarkan dari mesin/ mixer tumbuk untuk membuang angin.
5) Timbang setiap doh 40g. Sediakan dulang/loyang dan sapu shortening sedikit supaya tidak melekat bila membakar. 
6) Sapu sedikit minyak pada tangan untuk memudahkan proses membulat doh dan supaya ianya tidak melekat pada tangan.
7) Letakan doh dalam dulang pembakar dan rehatkan lagi sehingga naik dalam 30 minit.
8) Bolehlah di letak topping atas bun masukan kedalam oven yang telah di panaskan pada suhu 190-200 degrees dan bakar 25 minit sehingga masak. Bergantung pada oven masing-masing.


MEXICAN BUN TOPPING
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
120 g mentega - lembutkan pada suhu bilik
90g gula icing
1 biji telur B - pukul hancur sahaja
1 sdm serbuk nescafe + 1/2 sdm milo - bancuh sedikit dengan air panas
110g tepung kek / gandum
30g tepung jagung
1/3 sdt serbuk kayu manis - kalau tidak suka boleh skip

Cara
1) Pukul memtega dan gula icing sehingga sebati sahaja.
2) Masukan telur dan kuar sebati. Di ikuti nescafe dan tepung. Sebatikan dan masukan kedalam piping beg.
3) Sejukan dalam petiais terlebih dahulu sebelum digunakan.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM


September 24, 2015

KARI AYAM DAUN KUNYIT YANG SEDAP


Alhamdulillah.. menu raya haji yang simple dan tak pedas untuk tetamu kalau pedas takut mereka tidak dapat makan. Kali ni Sue buat kari campur daun limau purut dan daun kunyit ala rendang. Cuma kebihannya Sue menggunakan lebih serbuk kurma untuk memberi rasa yang lebih sedap. Manakala daging Sue buat masak hitam kerana mereka lebih suka masak hitam berbanding masakan lain DISINI.



KARI AYAM DAUN KUNYIT
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
1 ekor ayam anggaran 1kg lebih - potong, cuci dan toskan.
1-2 sdt serbuk kunyit
1 sdt garam
*Gaul sebati dan ketepikan*

(A)
1 biji bawang besar - hiris nipis
1 helai daun pandan - simpul
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bungan lawang
3 biji buah pelaga
5 biji cengkih
Minyak secukupnya untuk menumis
 Bahan kisar
1 biji bawang bombay kecil
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai

Paste
3 sdm serbuk kari ayam babas
6 sdm serbuk kurma babas
3 biji buah keras yang sudah di tumbuk halus
air secukupnya untuk membancuh

(B)
3-4 cawan santan pekat
5 sdm kerisik
4 lambar daun limau purut
Air asam asam, garam dan sediki gula melaka - secukup rasa

(C)
5 helai daun kunyit - hiris halus

Cara
1) Panaskan minyak dan masukan bahan (A). Tumis sehingga bawang layu dan masukan bahan kisar.
2) Tumis lagi sehingga bawang masak dan pecah minyak. kecilkan api.
3) Kemudian masukan paste dan biarkan sehingga kari betul-betul masak dan pecah minyak. Sentiasa di kuar takut kari hangus. Kalau terlalu kering boleh masukan sedikit air supaya kari tak hangit.
4) Bila kari dah masak masukan ayam dan kuar sebati. Tudung kuali dan renehkan sehingga ayam keluar air.
5) Masukan bahan (B) dan masak sehingga santan pekat dan secukup rasa. Akhir sekali bila santan dah pekat baru masukan bahan (C), kuar sebati dan tutup api.

SELAMAT MENCUBA!


 KRAM





LEMANG KUKUS YANG MUDAH DAN SEDAP


Selamat Hari Raya Aidil Adha dari Sweden. Kerinduan pada saat begini bersama keluarga terasa amat menyedihkan bagi kami yang merantau. 
Semalam Sue buatkan lemang kukus untuk tetamu petang nanti juga beberapa biji pulut panggang dek kerana teringin nak makan pulut panggang. Untuk mencantikkan Sue guna press grill mesin je. Lemang kukus ni memang selalu Sue buat kalau kepingin nak makan malah ianya lebih mudah tak payah duk menunggu depan bara. Tapi biasanya selepas dikukus Sue masuk oven lagi untuk mengeringkan sahaja supaya bila dipotong cantik kejadiannya.
Rasanya juga sedap lebih-lebih lagi dimakan bersama rendang dan nasi himpit.


LEMANG KUKUS 
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
 3 cawan beras pulut - cuci dan rendam 4 jam (bergantung pada jenis beras pulut). Kemudian toskan.
(Sue cuma rendam 1 jam kerana menggunakan beras pulut susu siam. )
3 cawan santan pekat + 1 sdt gula dan garam secukupnya - masak sehingga pecah minyak.
3 helai daun pandan - simpul
Daun pisang secukupnya - layukan atas api supaya lembut dan senang bila digolong.
Aluminum foil

Cara
*Panaskan kukusan terlebih dahulu*
1) Sediakan loyang dan masukan beras pulut. Ratakan.
2) Tuang santan yang sudah dimasak tadi serta daun pandan. Sukatan santan mesti sama paras dengan beras. Jangan lebihkan santan nanti beras akan lembik bila sudah masak.
3) Kukus dalam 30 minit bergantung pada beras sehingga masak.
4) Bila dah masak keluarkan dan carik-carikan dan bairkan sejuk.
5) Kepal pulut mengikut saiz yang disukai dan letak atas daun pisang. Golongkan padat supaya daun pisang melekat. Hujung sebelah menyebelah buncu lipatkan dan golong lagi dengan aluminium foil.
6) Buat sampai habis dan kukuskan lagi dalam 20 minit dan kemudian bolehlah dimasukan ke oven . Bakar 20 minit pada suhu 180 degrees api atas bawah.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM

September 22, 2015

KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE


Alhamdulillah...  Fried Kuey teow untuk sarapan pagi semalam manakala mee nya Sue dah siapkan awal pada malam sebelumnya. Terpaksa buat sendiri manalah nak dapat tapi di kedai Thailand memang ada jual dan selalu nampak dalam chiller. Cuma tak pasti halalnya. Kalau buat sendiri memang sudah pasti kita tahu dan tanpa was-was.
Resepi asal dari tukang masak Seafood restoren yang dulu semasa masih punya restoren. Dia merupakan regular customer ke restoren Sue beli roti canai dan kalau dia off day dia akan bawa family serta mak dan mentua sekali. Kebiasaan dia akan telefon dulu untuk booking meja bila nak menjamu masakan melayu. Syukur dan salute kerana dia tidak pernah memperlekehkan kita melayu berniaga malah menyokong.
 Kalau ada kekurang pada masakan dia akan panggil Sue dan bercakap. Kita pun lega bila mendengarkan so kita boleh perbaiki apa yang kurang. Begitu juga dia akan bawa kawan -kawan lepak di restoren Sue semata-mata nak makan laksa dan roti canai padahal kedai mamak memang banyak di Miri. Kita pun tak tahu kan pasalnya mereka yang merasa. 
Dari situlah Sue mula bersembang dan penghujung Sue bertanya macamana nak goreng kuey teow sedap. Biasa chinese fried kuey teow memang sedap kan. Dia pun berkongsi tip dan resepi tapi ada yang Sue tambah mengikut citarasa kita melayu. Alhamdulillah.. satu kepuasan dan pasti memang sedap.


KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE
Resepi: Chef Seafood
Oleh: Sue NOrrman

Bahan-bahan
(A)
1/2 kg kuey teow
3 biji telur - pukul hancur sahaja

 (B)
5-7 ulas bawang putih - cincang halus
Udang dan sotong jika suka
minyak secukupnya untuk menumis

(C)
1/2 sdm sos tiram
1/2 sdt kicap cair
1sdt kicap pekat manis - Sue tambah
1/2 sdt kicap pekat - untuk warna sahaja
1/2 sdt pitis otak udang - Sue tambah
1 sdm sos cili - Sue tambah
*Satukan sebati*

Tauge secukupnya
Daun kucai jika suka - Sue tambah

Cara
1) Tumis bahan (B), bawang dahulu sehinnga kuning dan masukan udang. Biarkan sekejap sehinnga udang bertukar warna.
2) Kemudian masukan bahan (A) kuey teaw terlebih dahulu. Goreng sekejap sehingga minyak serap pada mee dan baru masukan telur. Biarkan sekejap sehinnga telur kering.
3) Kemudian masukan bahan (C) dan goreng lagi sehinnga sebati pada mee dan akhir sekali masukan tauge dan daun kucai. Goreng seminit dan tutup api.
*Penggunaan api mesti sedang besar supaya kuey teaw tidak hancur*

SELAMAT MENCUBA!

KRAM



September 20, 2015

AYAM PANGGANG MASALA BERSAMA SOS EPAL DAN NANAS


Ayam panggang masala ni menggunakan isi dada sahaja memandangkan mereka ni makan ayam tak suka yang bertulang. Manakala garam masala ni Sue guna yang dari India pemberian kawan suami ketika suami Sue ada tugasan di India. Banyak stok rempah ratus dan kari yang dia bagi tapi ada juga rempah yang Sue tak tahu nama pasal nya dalam tulisan tamil LOL.
Resepi pun Sue dapat dari isteri kawan suami yang siap dah di translate dalam english. Biasalah tulisan mereka susah nak faham tapi bersyukur kerana masih ada lagi yang sudi berkongsi resepi temurun mereka. Sini Sue panjangkan lagi untuk di kongsi bersama.

AYAM PANGGANG MASALA
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
1 ekor ayam- potong 4-6.  Cuci bersih dan toskan
1 sdt serbuk bawang putih
1 sdt serbuk chili (Sue ganti serbuk cayenne)
1-2 sdm serbuk garam masala
2-3 sdm tairu (Sue ganti sour cream)
1 sdt serbuk kunyit
1 sdt lada hitam
1 sdt serbuk jintan putih
1 biji lemon- parut kulit
Garam dan gula secukup rasa
1/2 sdm ghee 

Cara 
1) Satukan semua bahan-bahan dan masukan ayam. Peram sekurang-kurangnya 2 jam dan bolehlah di panggang.
2) Ketika memanggang sapukan sedikit campuran ghee dan minyak zaitun supaya ianya tidak kering dan aroma yang wangi.


SOS EPAL DAN NANAS
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
300ml creme fraiche (Tak tahu di Malaysia ada atau tidak. Boleh tengok rupanya DISINI )
200ml sour cream
1 sdm mayonis
1 sdm mustard
5 keping nanas dalam tin - cincang
1/2 biji epal merah - dadu halus
1/2 biji epal hijau - dadu halus
1/2 biji bawang bombay - cincang
50g bostongurka (Kalau tak ada ganti jeruk timun dalam botol dan cincang halus)
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara
Satukan semua bahan-bahan hingga sebati dan sejukan dulu sebelum dimakan. Sos ni boleh dijadikan salad dressing atau apa-apa yang bersesuai mengikut citarasa sendiri.

SELAMAT MENCUBA! 

KRAM

September 18, 2015

DONUT KENTANG YANG SANGAT LEMBUT DAN GEBU


Alhamdulillah.. Donut yang sangat sedap dan gebu. Kali ni Sue campurkan  kentang untuk suka-suka dan ternyata ianya menjadi lebih gebu dari biasa. Donut ni Sue selalu buat dulu untuk makan anak-anak dan frozen buat stok. Teksturnya seakan sama macam yang jual di supermarket disini. Ianya ada 2 jenis, satu yang biasa dan satu lagi pun mereka panggil donut tetapi bulat dan ada filling.


DONUT KENTANG YANG SANGAT GEBU
Resepi: Buku pelbagai jenis kuih (Chinese)
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
300g tepung roti
100g tepung gandum
40g gula pasir
30g tepung susu
11/2 sdt instant yis 
1 sdt double acting baking powder

(B) 
150g kentang - rebus dan lenyek (Sue tambah)
1 biji kuning telur (Sue guna 2 biji kuning telur sahaja)
110 ml air sejuk petiais
2-3 ketul ais batu

(C)
30g marjerin
1/2 sdt garam

Gula secukupnya untuk menggolek donut selepas digoreng.

Cara
1) Satukan bahan (A) sebati dan masukan bahan (B) satu persatu dan uli rata.
2) Kemudian masukan bahan (C) dan uli lagi hingga elastik.
3) Rehatkan doh selama 15 minit. Kemudian tumbuk doh untuk membuang angin dan timbang 30g setiap satu.
4) Sediakan talam dan tabur sedikit tepung. Bulat-bulatkan semua doh dan rehatkan lagi selama 30 minit. Tutp permukaan dengan kain supaya tidak terlalu kering.
5) Bila doh dan naik, tekan dengan jari supaya pepeh dan bolehlah di lubangkan menggunakan penutup botol atau menggunakan jari sahaja.
*Panaskan minyak dengan api sederhana sehingga panas. Sue campurkan 1 sdm shortening untuk menggelakan minyak cepat hangus*
6) Rehatkan lagi selama 10 minit dan bolehlah digoreng. Pastikan warna sudah keperangan baru di balik untuk mendapat ring putih di tengahnya.
7) Biarkan suam dan boleh lah digolek dengan gula.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM

September 17, 2015

1 MINUTE MOIST RED & GREEN VALVET MUG CAKE


Sekarang deman microvwave mug cake. Disebabkan kita bukan peminat coklat so Sue ubah selera untuk versi lain. Ada juga yang sue tambah. Tak di nafikan memang sedap dan moist tekstur kek nya. Juga Sue tak letak cream topping Tapi ganti dengan normal vanilla cream yang digunakan untuk makan pai. Memang tak rugi mencuba. Resepi asal merupakan kek coklat moist dari buku resepi lama tapi Sue tak ingat dari mana sumbernya. Zaman dulu kita syok menyalin je resepinya. 


1 MINIT RED & GREEN VALVET KEK
Resepi: Buku Resepi lama
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan 
*Dapat dalam 3-4 cawan*
(A)
2 sdm minyak jagung/sayur
3 sdm mentega cair (sue ubah menggantikan minyak)
4 sdm buttermilk (Sue tambah)
2 biji telur B
1/2 sdm esen vanila
3 sdm susu manis (Sue tamabah)
11/2 sdm susu cair (Sue tambah)
3-31/2 sdm gula

(B) Ayak
6 sdm tepung gandum
1/3 sdt baking powder@ serbuk penaik
3 sdm serbuk koko 
1/3 sdt garam

Pewarna merah dan hijau

Cara
1) Satukan bahan (A) sebati dan masukana bahan (B).
2) Kacau sebati dan bolehlah di bahagi kepada 2 atau 3 ikut kesukaan masing masing.
3) Letakan kedalam cawan danmasukan kedalam microwave. Set pertama 40 saat tapi kalau masih belum naik tinggi set lagi 20 saat.
*Ianya bergantung pada microwave masing-masing*

SELAMAT MENCUBA!

KRAM


CHEESY BAKED POTATOES


Baked potatoes merupakan salah satu kudapan kegemaran Sue. Bagi sue cukup makan ni memang dah kenyang dan ianya merupakan salah satu tarikan untuk anak-anak. Bahan-bahan yang mudah dan sedap dimakan lebih-lebih lagi ketika masih panas dengan lelehan cheese nya. Ianya boleh dimakan dengan mayonis atau apa sahaja mengikut citarasa masing-masing. Semalam Sue buat simple salsa dip dan jeruk timun swedish style. 




CHEESY BAKED POTATOES
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
10 biji kentang- Cuci bersih dan potong panjang
(Buang kulit jika perlu tapi Sue tak buang pasal kentang sini kulitnya nipis dan bersih) 
1 sdm cuka
1 sdt garam
Air secukupnya
*Rendam kentang dengan bahan-bahan diatas selama 20-30 minit kemudian toskan*

(A)
1 sdt jintan putih- tumbuk halus
1/2 sdt lada hitam kasar
1-2 sdt oregano kering
1/3 sdt daun thyme (Tak nak boleh skip)
1/3 sdt serbuk cili atau paprika
1/2- 1 sdt serbuk bawang besar (kalau tak ada abaikan)
2-3 ulas bawang putih - tumbuk halus
Serbuk perasa secukupnya
1-11/2 sdt gula
1 sdm minyak zaitun/masak 

(B) 
Cheddar parut seckupnya
(Sue guna campuran cheddar dan mozzarella yang sedia dijual untuk pizza topping)

Cara
*Panaskan oven pada suhu 170-180 degress api atas bawah*
1) Satukan sebati bahan (A) kedalam bekas besar dan masukan kentang yang sudah di toskan tadi.
2) Gaul sebati dan rasakan lagi secukupnya dan letak dalam dulang pembakar atau casserole dan bakar kurang lebih 30-40 minit bergantung pada oven masing-masing sehingga masak dan keperangan.
*Bila kentang dan empuk dan keperangan bolehlah taburkan bahan (B) dan bakar sekejap sehingga cheese cair sahaja*

SELAMAT MENCUBA!

KRAM


UDANG GORENG BERSALUT ROTI YANG RANGGUP



Assalammualaikum.. Semalam sempena hari Malaysia kita pun bersemangat walaupun tidak menyambut beramai-ramai. Begini lah jadi anak rantau dan kerinduan pada tanah air tercinta tidak pernah pudar dalam ingatan.
Udang goreng ni Sue selalu buat dulu untuk anak-anak tapi tak letak bijan pasal mereka tak suka. Tapi kali ni Sue campur je sekadar nak kasi kaler cantik je akan tetapi rasanya memang sedap dan ranggup walaupun menggunakan wholemeal bread sebagai crumbs. Nak sedap kena lah pandai olah sendirikan ikut citarasa.


UDANG BERSALUT ROTI YANG RANGGUP
Resepi: Sue Norrman
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
500g- 1 kg udang harimau atau udang yang bersaiz sedang- Kupas kulit dan tinggalkan ekornya.
(Cuci dan toskan kemudian keringkan menggunakan tisu dapur)

(A)
100g tepung gandum
2 sdm tepung beras
1 sdm tepung sagu
Garam sedikit
 *Satukan sebati*

(B)
2 biji telur - pukul hancur sahaja

(C)
3 keping roti wholemeal atau roti biasa- kisar menggunakan food processor sehingga menjadi crumbs@ serbuk roti
2 sdm nestum
Serbuk perasa secukupnya
Bijan putih dan hitam secukupnya
*Satukan sebati*

Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara
1) Panaskan minyak menggunakan api sederhana sehingga betul-betul panas.
2) Golekan udang terlebih dahulu dalam bahan (A) satu persatu sehingga habis. Selepas di golek jangan di timpa takut melekat.
3) Kemudian celup dalam bahan (B) dan golek lagi dalam bahan (C) sehingga menutupi keseluruhan dan bolehlah digoreng sehingga perang.
*Jangan goreng terlalu lama nanti isi udang terlebih masak menjadi keras*
4) Kalau ada bijan atau crumbs yang timbul dalam minyak cedok penggunakan penapis supaya minyak tidak kotor.
5) Buat kesemuanya dan goreng sehingga habis. 

SELAMAT MENCUBA!

KRAM

September 14, 2015

KEK PISANG LEMBUT DAN GEBU


Alhamdulillah.. Lama rasanya tak buat kek pisang versi bakar. Bila tengok sekarang di Fb kebanyakan yang lalu di wall adalah kek pisang. Kita pun turut tergoda dan Sue menggunakan versi resepi Sue sendiri. Resepi ni Sue dah guna sebelum berhijrah ke Miri pada tahun 1999 dan menjadi satu rezeki sampingan bila ada yang menempah. Rasanya yang cukup manis, lembut dan gebu. Makan pun tidak jemu lebih-lebih lagi kalau hari hujan.

KEK PISANG GEBU
Resepi: Sue Norrman
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
350g pisang embun@ berangan
250-260g gula pasir

(B)
3 biji telur A

(C) Ayak
320g tepung gandum
2 sdt serbuk penaik@ baking powder
11/2 sdt soda bicarbonate

(D)
230g minyak jagung
3/4 tin susu cair

Cara
*Panaskan Oven pada suhu 170 degrees dan sapu mentega dalam acuan 9 inci dan lapik kertas minyak*
1) Pukul bahan (A) hingga gula hancur menggunakan elektrik hand mixer. (potong pisang terlebih dahulu supaya senang bila memutar)
2) Kemudian masukan bahan (B) satu persatu sehingga kembang.
3) Diikuti bahan (C) sedikit-sedikit sehingga sebati dan masukan bahan (D) ikut turutan diakhiri dengan susu cair. Kacau sebati dan tuangkan kedalam acuan dan bakar selama 50 minit -1 jam bergantung pada oven masing-masing.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM

September 12, 2015

OVEN GRILLED SALMON


Menu hujung minggu yang simple tambahan hujan dan sejuk jadi selera bertambah dibuatnya. Plan nak grill di luar tapi cuaca tak mengizinkan dan terpaksa masuk oven. Sememangnya wangi selepas dibakar dengan gabungan herbs dan spices. Sos pula Sue buat caviar sos yang biasa dan rasa yang sedap untuk salmon. 


OVEN GRILL SALMON
Resepi: Sue Norman
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
500g ikan salmon filet - cuci dan toskan
30-50g daun dill fresh - cincang halus
1/3 ikat daun bawang - potong halus
2 sdm minyak zaitun
1/2-1 sdt jintan putih biji
1 sdt dijon mustard 
1/3 sdt gula
Garam dan lada hitam kasar secukupnya
1 biji lemon - hiris nipis untuk diletak atas salmon

*Aluminium foil secukupnya*

Cara
*Panaskan oven pada suhu 170-180 degrees*
1) Satukan semua bahan-bahan kedalam mangkuk kecuali ikan. 
2) Sediakan dulang pembakar dan letak aluminum foil dan sapu sedikit minyak zaitun diatasnya,
3) Kemudian letakkan salmon dan sapu bahan-bahan serta susun lemon di atas salmon.
4) Masukan kedalam oven dan bakar dalm 30-35 minit bergantung pada oven masing-masing sehingga masak.
*Jangan terlebih masak nanti isinya menjadi kering*


CAVIAR DAN DILL SOS
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
6 sdm sour cream
3 sdm creme fraiche (kalau tak ada boleh ganti dengan krim cheese 2 sdm)
1 sdm mayonis
2 biji bawang merah- cincang halus
2 sdm lemon jus
1 sdm parutan kulit lemon
1/2 sdt lada hitam kasar
2-3 sdm caviar
Daun dill fresh atau kering secukupnya
Garam, lada hitam kasar dan gula secukupnya 

Cara
Satukan semua bahan-bahan dan bolehlah disejukan atau makan segera.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM



September 11, 2015

BINGKA PANDAN KACANG HIJAU YANG SEDAP


Kuih tradisi yang tak pernah jemu dimakan. Kali ni Sue menggunakan kacang hijau dan pati pandan yang membuatkan bila dibakar harum  je baunya. Resepi memang dari ilham Sue sendiri. Try and error menjadikan sesuatu yang kita buat bila berhasil memang berpuas hati.



BINGKA PANDAN KACANG HIJAU
Resepi: Sue Norrman
Bahan-bahan
(A)
2 biji telur A
100g gula pasir

(B)
50g tepung gandum
30g tepung hoen kwee
1/3 tin susu manis
200ml santan pekat
100ml susu cair
2 sdm srikaya pandan/ original
60g marjerin - cairkan
Pewarna hijau jika perlu

(C)
200g kacang hijau yang sudah direbus empuk
100ml pati pandan (5 helai daun pandan dikisar bersama 100ml air)
150ml air panas mendidih

Cara
*Panaskan oven pada suhu 180 degrees. Sediakan loyang 7 inci dan sapu dengan marjerin serta lapik dengan kertas minyak*
1) Kacau sebati bahan (A) sehingga gula hancur sahaja.
2) Kemudian masukan bahan (B) dan sebatikan lagi.
3) Masukan bahan (C) satu persatu di akhiri dengan air panas. Sebatikan.
4)  Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar 50 minit - 1 jam api bawah.10 minit terakhir menggunakan api atas bawah sehingga keperangan. (bergantung pada oven masing-masing)



SELAMAT MENCUBA!


KRAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...