September 17, 2015

CHEESY BAKED POTATOES


Baked potatoes merupakan salah satu kudapan kegemaran Sue. Bagi sue cukup makan ni memang dah kenyang dan ianya merupakan salah satu tarikan untuk anak-anak. Bahan-bahan yang mudah dan sedap dimakan lebih-lebih lagi ketika masih panas dengan lelehan cheese nya. Ianya boleh dimakan dengan mayonis atau apa sahaja mengikut citarasa masing-masing. Semalam Sue buat simple salsa dip dan jeruk timun swedish style. 




CHEESY BAKED POTATOES
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
10 biji kentang- Cuci bersih dan potong panjang
(Buang kulit jika perlu tapi Sue tak buang pasal kentang sini kulitnya nipis dan bersih) 
1 sdm cuka
1 sdt garam
Air secukupnya
*Rendam kentang dengan bahan-bahan diatas selama 20-30 minit kemudian toskan*

(A)
1 sdt jintan putih- tumbuk halus
1/2 sdt lada hitam kasar
1-2 sdt oregano kering
1/3 sdt daun thyme (Tak nak boleh skip)
1/3 sdt serbuk cili atau paprika
1/2- 1 sdt serbuk bawang besar (kalau tak ada abaikan)
2-3 ulas bawang putih - tumbuk halus
Serbuk perasa secukupnya
1-11/2 sdt gula
1 sdm minyak zaitun/masak 

(B) 
Cheddar parut seckupnya
(Sue guna campuran cheddar dan mozzarella yang sedia dijual untuk pizza topping)

Cara
*Panaskan oven pada suhu 170-180 degress api atas bawah*
1) Satukan sebati bahan (A) kedalam bekas besar dan masukan kentang yang sudah di toskan tadi.
2) Gaul sebati dan rasakan lagi secukupnya dan letak dalam dulang pembakar atau casserole dan bakar kurang lebih 30-40 minit bergantung pada oven masing-masing sehingga masak dan keperangan.
*Bila kentang dan empuk dan keperangan bolehlah taburkan bahan (B) dan bakar sekejap sehingga cheese cair sahaja*

SELAMAT MENCUBA!

KRAM


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...