Translate

Julai 21, 2015

SALAM AIDILFITRI DARI SWEDEN



Assalammualaikum.. Masih belum terlambat untuk mengucapkan
 SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN 
kepada semua. Di kesempatan ini Sue ingin memohon kemaafan. Tahun ni Sue tak beraya dan tersa sayu dan sedih. Sue sendirian di rumah memandangkan suami sue masih di Jakarta dan balik pada hari raya ke-3. Nak beraya pun dah tak de mood. Tapi syukur Alhamdulillah Sue masak juga untuk makan berdua. Insyallah di penghujung Syawal nanti plan nak buat gathering dengan ipar dan family sebelah suami.  Semestinya itu yang depa nantikan..makannn.. 
Dalam suka ada sedihnya.. Sampai sekarang perasaan rindu pada keluarga di Malaysia makin membara. Terkenang dengan mak dan bapa selepas kejadian pagi subuh di raya pertama. Dugaan dan cubaan dari Allah tak siapa mampu menghalang dan syukur semuanya selamat. Kejadian terbakar dari main switch di bahagian atas rumah membuatkan kedua orang tua masih dalam keadaan trauma. Allah masih menyayangi semua. Pagi bila bapa Sue bangun nak solat subuh terkejut melihat bahagian atas berasap dan api merah dah menyala. Mana tak panic semua bila bapa menyerit rumah terbakar. Adik sue dari kuala lumpur dan keluarga pun beraya di rumah semua terpaksa keluar. Nasib api dapat di padam dengan pantas sebelum bomba datang tapi kejadian itu meninggalkan impak buat kedua orang tua Sue. Semalam Sue telefon keluarga di Malaysia dan sue bercakap dengan adik tu yang dia bagi tahu orang tua demam, termenung dan nampak kegelisahan  di raut wajah mereka. Itu yang membuatkan hati ini semakin rindu nak balik.selepas dapat berita kebakaran di pagi syawal dari jam 1 am europe time sampai raya ke-3 Sue tak dapat tidur. Sekarang beransur sihat Alhamdulillah, semoga di beri kekuatan untuk dugaan ini.. Nak cerita panjang semakin emo tapi itulah kan hati kita perempuan ni rapuh. Oklah.. Insyallah ada kesempatan Sue entri lagi. Salam sayang dari Sue dan suami.

SALAM AIDILFITRI

Julai 14, 2015

KEPAK AYAM GORENG BERKICAP DAN KENTANG


#IFTAR27RAMADHAN# Sekarang Ramadhan hampir meninggalkan kita.. Dalam sedih ada sukanya. Semestinya pada kanak-kanak kan. Untuk mak anak sibuk memanjang. Bila buka FB terus nampak biskut dan kek. Insyallah Sue akan buat biskut dan kek lepas raya. Pertama Syawal Sue akan bercuti 2 minggu. Nak buat awal pun nanti bercuti dah tak best rasanya. 
Kita nak mood tu kembali bila kita buat siap semua dan usai kita boleh main masak-masak. Semalam Sue masak ayam goreng kicap simple yang menjadi kegemaran anak-anak Sue. Resepi tak bertuan yang Sue buat ikut citarasa sendiri. Ikut rasa lidah..Depa suka masak macam ni cuma guna kepak ayam. Kadang tu ada juga Sue guna paha ayam tapi depa cakap tak sedap..Pelik! Padahal bahan-bahan semua sama. 
Mungkin kepak ayam isinya tak tebal. Masak ni tak mau banyak air nanti tak sedap..itu yang depa selalu pesan. Kalau Sue masak ni cukup lauk tu saja. Masak sayur ke apa memang tak makan dan boleh tambah nasi. Satu keseronakan bila kita masak untuk orang tersayang dan ianya satu kepuasan untuk kita sendiri kan! Bahan nya mudah yang pasti sedap. Mak dan bapak anak pun berselera juga hihihi.. 


KEPAK AYAM GORENG BERKICAP DAN KENTANG
Resepi: Sue Norrman

(A)
4-6 ketul kepak ayam( kalau kecil potong 2. Besar potong 3-4)
1/2 - 1 sdt serbuk kunyit
1/2 sdt garam
1-2 biji kenyang - potong ikut suka
Minyak untuk menggoreng

(B)
4 ulas bawang putih - cincang halus
Halia sebesar ibu jari - hiris nipis panjang
7 tangkai cili kering - patah 2-3
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

(C)
11/2 sdm kicap pekat manis
1/2 sdm kicap pekat masin
1 sdm sos cili
1 sdm sos tiram
1 helai daun bay
Sedikit gula melaka
1 biji bawang besar - hiris panjang


Cara
1) Satukan bahan A(Ayam,garam,kunyit) sebati dan ketepikan dahulu.
2) Goreng kentang hingga kuning kesemuanya dan toskan. Kemudian goreng pula ayamg tadi 3/4 masak. Ketepikan
3) Tumis bahan B(bawang,halia) dahulu dan masukan cili kering. Tumis sampai kuning dan masukan air. Biarkan memdidih sekejap.
4) Masukan bahan C kecuali dan kacau sebati. Masukan ayam goreng, biarkan mendidh dan rasakan secukupnya dan akhir sekali masuk kentang. Kuar lagi hingga seakan pekat tutup api.
5) Sedia untuk di sajikan....


SELAMAT MENCUBA!








Julai 13, 2015

FILLET IKAN DAN SOS TELUR BERKRIM


Alhamdulillah.. Lauk Iftar semalam #Ramadhan25. Masih sendirian dan berbuka ala kadar je. Rasanya lama juga tak masak nasi. Bila nak masak terfikir pulak nak makan yang lain. Masak yang simple dan tak banyak kerja. Nak makan banyak memang tak dapat bertambah. Kenyang air kot. Semalam Sue masak fillet ikan je. Rasanya ikan RÖDSPETTA tak de di tempat kita. Isinya sedap dan jenis ikan nipis. Memang sesuai untuk buat fillet. Kadang Sue guna ikan kod untuk fillet atau fish ball. Boleh ajer guna mana-mana ikan yang sesuai kan asalanya sedap. Resepi Sue simple je dan Sue tak goreng fillet nya sekadar masak dengan butter guna non stik. Kita boleh pelbagai kan sos nya kan tapi nafsu puasa ni memang nak makan semuanya. Kalau nak cuba cara mudah boleh lah mencuba.. Jommmm..

FILLET IKAN
Resepi: Sue Norrman
Oleh: Sue Norrman

(A)
3-4 keping ikan yang dah di potong jadi fillet
1sdm lemon jus
Garam dan lada secukupnya

(B)
1-2 biji telur - pukul hancur saja
120g tepung gandum
120g serbuk roti
Mentega secukupnya

Cara
1) Gaul sebati bahan A.
2) Letakan bahan B dalam mangkuk berasingan
3) Kemudian masukan ikan ke dalam tepung, sebatikan. Celup dalam telur pula,angkat dan masukan ke dalam serbuk roti tadi.
4) Ulang step yang sama sampai habis.
5) Panaskan pan dan masukan mentega. Biarkan cair dan masukan fillet tadi. Guna api kecil dan balik-balikkan hingga masak.
(Pastikan mentega cukup untuk menggoreng fillet)



SOS TELUR BERKRIM
Resepi: Sue Norrman
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
4 biji telur - di rebus dan potong dadu kecil
11/2 sdm tepung gandum
200ml susu segar
200ml krim putar/double krim
3 biji bawang holland/bombay
2 sdm mentega
Garam, lada hitam kasar dan gula secukup rasa
Daun bawang secukupnya

Cara
1) Panaskan mentega dan tumis bawang hingga kuning. Taburkan tepung gandum dan kuar sebati.
2) Masukan susu dan perasa secukupnya. Bila dan mendidih baru masukan krim. Kuar sebati masukan telur.
3) Tabur daun bawang bila nak makan atau boleh masukan sekali dalam sos juga boleh tambah sayur sampingan atau salad.


SELAMAT MENCUBA!




KRAM

GRANOLA BARS TERBAIK


Nak intro sikit.. Rugi kalau tak buat. Untuk hidangan hari raya dan kudapan memang terbaik. Kanak-kanak pun suka. Resepi ni Sue dapat dari adik. Sabtu lepas Sue telefon mak di Kuching, biasalah dah nak raya banyak ceritanya. Tanya itu dan ini juga persiapan macamana kan. Berkesempatan bercakap dengan adik tu yang dapat resepi..hihihi. Dia dah buat siap-siap dari rumah sebelum terbang beraya d Kuching. Adik dan kakak Sue kalau raya memang ambil tempahan kek. Biasa kek lapis jadi tambatan di hati manakala adik Sue pula di jual dengan kawan-kawan pejabat ipar dia dan jiran. Dia duk d bangi so kalau musim perayaan memang dia busy memanjang buat kek lapis. Tahun ni dia tambah lagi satu tuk kawan-kawan yang pernah makan granola bars yang dia buat. Sini Sue panjangkan resepinya atas persetujuan adik. Alhamdulillah.. Rugi kalau tak mencuba. Boleh potong kecil dan nipiskan sedikit kalau tak nak tebal. Resepi yang ringkas dan bahan-bahan pun senang nak dapat. Lumayan juga hasilnya kalau kita buat nipis tapi Sue buat untuk setenhan adunan je. Insyallah habis nanti kita buat banyak. Resepi nya mai kita tengok..

GRANOLA BARS TERBAIK
Resepi: Norliza (Adik)
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
200g mentega
300g rolled oats - di goreng tanpa minyak hingga kekuningan
100g nestum
100g gula perang(brown sugar)
40g sliced almonds*
60g isi kuaci*
40g sliced nuts*
40g isi kuasi(labu)*
120g golden syrup
60g kismis hitam
Bijan putih dan hitam secukupnya

Caranya
1) Bakar sekejap yang bertanda (*) hingga kekuningan. Ketepikan.
2) Panaskan oven suhu 180C api atas bawah
3) Cairkan mentega, guna api kecil dan masukan rolled oats, kuar sebati.
4) Kemudian masukan bahan-bahan lain mengikut turutan satu persatu hingga habis kesemuanya dan sebati.
5) Masukan ke dalam loyang yang sudah dilapik dengan baking paper, tekan-tekankan supaya padah dan rata.
6) Masukan ke dalam oven dan bakar kurang lebih dalam 15-20 minits. Jangan terlalu kuning takut pahit. Cukup bila kecoklatan dan keluarkan.(Bila dah cukup masak akan nampak kismis mengelembung) dan tekan padat lagi.
7) Biarkan suam baru di potong.
8) amasukan ke dalam bekas kedap udara.

P/s👉🏾 Jangan dipotong ketika masih panas kerana ianya akan hancur.

SELAMAT MENCUBA!



KRAM




Julai 07, 2015

SPAGHETTI CARBONARA AYAM DAN CENDAWAN



Alhamdulillah.. Menu yang sempoi untuk berbuka semalam. Carbonara memang favourite Sue tapi suami pula suka yang bolognese. Kalau masak spagetti kena tanya dulu dan sudah pasti tahu jawapannya. Tak pe lah selera dan citarasa seseorang berbeza. Semalam mood hilang bila nak membaking kita keluarkan butter 1 kg dari fridge kira nak kasi lembut  cepat lah konon. Kita memandai letak kat veranda. Tak sampai 15 minit bila Sue keluar nak ambik semua dah meleleh jadi macam minyak.. Punyanya sedih tapi nak buat apa benda dah terjadi. Kesilapan yang tanpa sengajakan. Lately cuaca sini panas melulu sampai 38 degree. Lepas tu jadi satu kerja pula bertambah.   Redha dan anggap itu bukan rezeki kita...  Bila mood melayang masak pun apa ada je. Nak masak lauk pun malas. Kerja yang paling mudah masak ni je lah kan. Resepi sempoi ni memang tak banyak guna bahan dan sedap di tekak Sue dan Sue dapat dari sahabat lama Sue di Miri. Dia bagi bahan-bahan yang di perlukan dan Sue olah sendiri. Dia bekerja jadi amah di rumah mat salleh. Banyak ilmu yang dia dapat dan bila majikan baik senang untuk kita bergerak. Bini matsalleh tu memang baik dan Sue pernah datang rumah dia 2-3 kali bila sahabat bawa pergi rumah tolong dia masak kalau ada keramaian di rumah majikan dia. Rugi tau kalau tak mencuba..  


SPAGHETTI CARBONARA AYAM DAN CENDAWAN
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
200gm spaghetti pasta
1/2 ketul dada ayam - hiris nipis
1/2 tin cendawan butang - hiris sedang
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 biji kuning telur
1/3 cawan double krim
1/2 cawan parmesan cheese - parut
1 sdm minyak zaitun 
1/2 sdt oregano
Garam dan lada secukup rasa

Cara
1) Didihkan air bersama garam dan minyak sedikit sehingga mendidih. Masukan spaghetti dan rebus hingga masak. Jangan terlalu lama takut pasta kembang dan akan menjadi lembik. Seeloknya ikut arahan merebus dari belakang paket.
2) Bila dah cukup masak, buangkan air dan toskan. Alirkan dengan air sejuk, ketepikan.
3) Sebatikan krim dan kuning telur. Ketepikan.
4) Panaskan minyak zaitun dan masukan isi ayam dan cendawan. Tumis hingga ayam bertukar warna dan masukan bawang putih dan oregano. Kacau lagi hingga bawang masak dan masukan spagetti.
5) Kacau sebati, masukan garam dan lada secukup rasa.
6) Akhir sekali masukan krim gaul sekejap dan masuk lagi parmesan cheese. Sebati semua dan tutup api.
7) Boleh di hidang dan tabur daun parsley fresh.

Selamat Mencuba!




KRAM


RAWON IGA@ DAGING SAPI / INDONESIAN BLACK BEEF SOUP


Iftar day 18#  Sendirian di rumah boleh lah masak ala kampung gitu. Nafsu ramadhan ni kalu di turut semua nak di makan. Mula nya ingin nak makan TomYam tapi takut sakit perut kalau pedas. kita godek freezer apa yang ada. Terjumpa tulang sapi dan daging yang Sue beli 3 minggu lepas bersaama oxtail. Termenung ku sendiri fikir nak masak apa tulang tu. Kalau sup biasa agak sama je rasanya kot. Teringat dengan kawan indon yang selalu bawa Rawon sapi ke sekolah bila ibu-ibu menunggu anak-anak balik sekolah dan kami makan bersama kalau anak-anak ada kelas tambahan. Asal kawan ni dari sorabaya dan macam-macam makanan dia bawa tapi pedas banget semuanya. Semuanya tinggal kenangan dan dia pun dah balik ke sorabaya mengikut suami balik bertugas di tempat asal. Dia ada bagi resepi tapi Sue tak pernah buat sendiri dan semua buku resepi masih di miri. Biarlah untuk simpanan anak-anak. Biasa kalau kami nak makan beli bahan dan suruh dia masak je. Sue cuba cari di cik gugel rawon sedap dan menjumpai blog dari dapur mbak DIAH DIDI . Inilah kali pertama Sue cuba buat sendiri tapi ada yang Sue derhaka dengan resepi asal memandangkan bahan yang tak ada bersama Sue di sini. Maaf ya mbak Didi tapi resepnya enak sekali. Tak di nafikan memang sedap rasa supnya. Untuk memudahkan Sue guna pressure cooker tak terlalu lama sangat masak dan dagingnya empuk. Tak percaya cuba lah resepnya..


RAWON IGA@ DAGING/ INDONESIAN BLACK BEEF SOUP
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
500 gram daging sapi
1300 ml air
4 lembar daun limau purut(buang tulangnya)
1 batang serai - ambil putih sahaja(ketuk)
1 batang daun bawang -potong 1 cm
1/2 sdt serbuk ketumbar (Sue tambah)
1 sdt serbuk jintan putih (Sue tambah)
1 1/2 sdt teh garam
1-2 ketul kiub lembu
1/2 sdt lada sulah
1/2 sdm gula merah
3 sdm minyak untuk menumis

Bahan kisar Halus
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1-2 sdt kicap pekat (Sue tambah pengganti bauh keluak)
3 biji buah keluak (sue tak guna pasal tak ada)
1 cm kunyit hidup - bakar
3 biji buah keras 

Bahan Sampingan:
sambal terasi/belacan
keropok udang
Tauge
Telur asin

Cara Memasak
1) Rebus daging dengan air sampai empuk dengan api kecil sehingga sukatan air rebusan menjadi 1000 ml.
2) Tumis bahan kisar, daun limau dan serai sampai naik bau. Kemudian masukan ketumbar dan jintan putih. Tumis hingga pecah minyak.
3)Tambahkan daun bawang dan kacau rata.
4) Tuangkan bahan tumisan ke dalam rebusan daging. Masukkan garam, lada sulah dan gula merah. Masak sampai pekat.

 Selamat Mencuba!




Makan dengan nasi panas dan Sue tambah kicap pedas becili untuk cicah daging. Hmmmmm... Nak cakap apa ye? Tak terkata dan MEMANG SEDAP!!





KRAM

Julai 01, 2015

SUP CENDAWAN BERKRIM DAN ITALIAN CHEESY GARLIC BREAD



Assalammualaikum....Semoga sihat hendaknya teman-teman semua. Seminggu menyepi dan nak entri pun tak de mood. Bila sakit nak datang memang tak kira masa dan waktu. Dugaan dan cuban di bulan yang mulia ini. Mula kena migrain di susuli sakit gigi.. Ya Allah dan syukur Alhamdulillah masih boleh bertahan hingga berbuka. Suami pula pada masa tu masih di Oman so kita sendirian di rumah. Makan pun tak berselera apatah lagi nak masak. Lepas berbuka sempat solat terus tidur sekejap sementara menunggu Solat Isyak jam 12am dan terus terawih. Alhamdulillah sekarang dan beransur pulih dengan sendirinya.  Sesungguhnya Allah maha pendengar segala doa hamba-hamba nya. Ini yang Sue masak minggu lepas baru berkesempatan entri hari ni dan sekolah pun dan cuti.. Sedikit kelegaan bila cuti sekolah kan..hihihi. Ni atas permintaan suami sampai je di rumah terus requested sup untuk berbuka. Time di Oman dia cakap tak de selera mungkin cuaca terlalu panas sampai 46 degree pada masa tu dan hidung berdarah. Kesian bila dia cakap dia di hospital tapi tugas harus di teruskan bila di beri tanggungjawab dan bersyukur dia masih boleh berpuasa dengan keadaan cuaca panas macam tu.. Ya Allah memang menitis airmata bila Sue suruh dia berbuka kalau tak mampu lagi pun hidung berdarah tapi dia tetap bertahan dan cakap dia mampu 'Insyallah'. Tiada keluhan di dengar malah dia selalu mengucap Alhamdulillah setiap kali apa yang berlaku. Satu kelebihan yang dia perolehi dari sekolah agama untuk saudara-saudara baru. Mudahan pintu hati mu terbuka seluas-luasnya untuk lebih mendekati dan mendalami ilmu Islam yang suci. Tak nak emosi dah... Resepi ni memang Sue selalu guna untuk makan dengan roti dan sebagainya yang cun la..hihihi.. Jom tengok resepinya.

SUP CENDAWAN BERKRIM
Oleh: Sue Norrman

(A)
2 biji kentang (saiz sedang)
1 cawan air

(B)
5-10 biji cendawan butang - cincang
1 sdm mentega

(C)
1 cawan susu segar
Garam dan gula sedikit secukup rasa

(D)
1/2 sdt oregano
1 cawan krim putar/double cream

Cara:-
1) Bahan (A) - Kupas kulit kentang dan potong kecil. Rebus sampai empuk dan biarkan suam. Kemudian kisar bersama 1 cawan air hingga hancur dan halus. Ketepikan.

2) Bahan (B) - Panaskan mentega dalam periuk hingga cair dan masukkan cendawan. Tumis dalam 1-2 minit dan tuangkan bahan A tadi. Kecilkan api dan kuar supaya tidak berkerak. Biarkan sehingga naik wap.

3) Masukkan bahan C dan kuar sebati. Rasakan secukupnya dan biar mendidih sekejap.

4) Masukkan bahan D dan sebatikan. Kalau sup masih kelihatan pekat masukkan susu atau air panas sedikit supaya tidak terlalu pekat. Tutup api dan boleh di makan bersama roti.




Roti ni sedap di makan ketika masih panas. Di celup dan sup atau di makan begitu sahaja. Roti ni mesti sentiasa ada di rumah. Kalau tak letak topping kita makan dengan cheese atau butter je. Kadang tekak tu jemu je mengadap cheese hari-hari. Biasa Sue beli cheese yang mild je. Boleh pilih nak berapa % fat nya. Makin tinggi % makin pahit rasanya tapi suami biasa beli untuk dia yang 48%. Sue punya yang 21% je. Kiata biasa beli yang blok bila nak makan baru slice sendiri. Memamg ada yang jual yang slice tapi taste dah berubah. Sue pernah cuba beberapa kali dan selepas tu kita beli yang blok dan timbang. Makan pun tak banyak dan bila teringin je. Di sinilah Sue belajar mengenali Cheese, cara makan dan kegunaanya. Kalau pergi beli barang dapur tempat cheese ni satu kemestian walaupun tak beli apa pun. Suka tengok-tengok je sebenarnya tapi kadang termasuk juga dalam troli..hihihi. Depa ni tak de cheese memamg tak boleh gayanya. Butter dan cheese di pisah jangan. Perumpamaan macam tu lah kiranya tapi... Kalau cheese cake depa tak berapa suka. Itu yang hairannya. Di supermarket atau di bakery jarang jumpa depa jual cheese cake. Kebanyakan sponge dan coklat cake atau mousse kek. Tak pe lah yang penting depa senang..hihihi. Mai kita tengok cheezy garlic bread pulak..

ITALIAN CHEESY GARLIC BREAD
Oleh: Sue Norrman

1 French baguette loaf

(A)
2-3 ukas bawang putih
1 ikat kecil daun parsley (fresh)
1/2 cawan minyak zaitun

(C)
Sedikit garam dan lada hitam kasar

(D)
2 cawan mozzarella - parut
Parmesan cheese secukupnya - parut

Cara:-
1) Potong french loaf kepada 2 dan belah (jangan putus) ketepikan. Panaskan oven pada suhu 190 deg api atas bawah.

2) Kisar bahan A hingga hancur (Sue guna food proccesor)

3) Kemudian sapu atas roti yang dan di belah tadi dan tutp kembali. Bungkus dengan aluminium foil dan masuk dalam oven. bakar dalam 10 minit.

4) Keluarkan roti tadi dari bungkusan dan potong putus roti tadi. susun atas dulang pembakar.

5) Tabur bahan D di dahului mozzarella dan parutan parmesan cheese. Masuk semula dalam oven dan bakar selama 20-25 minit hingga keperangan di atas.

6) Bila dan siap boleh lah dipotong dan sedia untuk di makan.

Selamat Mencuba


KRAM









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...