Julai 07, 2015

SPAGHETTI CARBONARA AYAM DAN CENDAWAN



Alhamdulillah.. Menu yang sempoi untuk berbuka semalam. Carbonara memang favourite Sue tapi suami pula suka yang bolognese. Kalau masak spagetti kena tanya dulu dan sudah pasti tahu jawapannya. Tak pe lah selera dan citarasa seseorang berbeza. Semalam mood hilang bila nak membaking kita keluarkan butter 1 kg dari fridge kira nak kasi lembut  cepat lah konon. Kita memandai letak kat veranda. Tak sampai 15 minit bila Sue keluar nak ambik semua dah meleleh jadi macam minyak.. Punyanya sedih tapi nak buat apa benda dah terjadi. Kesilapan yang tanpa sengajakan. Lately cuaca sini panas melulu sampai 38 degree. Lepas tu jadi satu kerja pula bertambah.   Redha dan anggap itu bukan rezeki kita...  Bila mood melayang masak pun apa ada je. Nak masak lauk pun malas. Kerja yang paling mudah masak ni je lah kan. Resepi sempoi ni memang tak banyak guna bahan dan sedap di tekak Sue dan Sue dapat dari sahabat lama Sue di Miri. Dia bagi bahan-bahan yang di perlukan dan Sue olah sendiri. Dia bekerja jadi amah di rumah mat salleh. Banyak ilmu yang dia dapat dan bila majikan baik senang untuk kita bergerak. Bini matsalleh tu memang baik dan Sue pernah datang rumah dia 2-3 kali bila sahabat bawa pergi rumah tolong dia masak kalau ada keramaian di rumah majikan dia. Rugi tau kalau tak mencuba..  


SPAGHETTI CARBONARA AYAM DAN CENDAWAN
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
200gm spaghetti pasta
1/2 ketul dada ayam - hiris nipis
1/2 tin cendawan butang - hiris sedang
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 biji kuning telur
1/3 cawan double krim
1/2 cawan parmesan cheese - parut
1 sdm minyak zaitun 
1/2 sdt oregano
Garam dan lada secukup rasa

Cara
1) Didihkan air bersama garam dan minyak sedikit sehingga mendidih. Masukan spaghetti dan rebus hingga masak. Jangan terlalu lama takut pasta kembang dan akan menjadi lembik. Seeloknya ikut arahan merebus dari belakang paket.
2) Bila dah cukup masak, buangkan air dan toskan. Alirkan dengan air sejuk, ketepikan.
3) Sebatikan krim dan kuning telur. Ketepikan.
4) Panaskan minyak zaitun dan masukan isi ayam dan cendawan. Tumis hingga ayam bertukar warna dan masukan bawang putih dan oregano. Kacau lagi hingga bawang masak dan masukan spagetti.
5) Kacau sebati, masukan garam dan lada secukup rasa.
6) Akhir sekali masukan krim gaul sekejap dan masuk lagi parmesan cheese. Sebati semua dan tutup api.
7) Boleh di hidang dan tabur daun parsley fresh.

Selamat Mencuba!




KRAM


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...