Iftar day 18# Sendirian di rumah boleh lah masak ala kampung gitu. Nafsu ramadhan ni kalu di turut semua nak di makan. Mula nya ingin nak makan TomYam tapi takut sakit perut kalau pedas. kita godek freezer apa yang ada. Terjumpa tulang sapi dan daging yang Sue beli 3 minggu lepas bersaama oxtail. Termenung ku sendiri fikir nak masak apa tulang tu. Kalau sup biasa agak sama je rasanya kot. Teringat dengan kawan indon yang selalu bawa Rawon sapi ke sekolah bila ibu-ibu menunggu anak-anak balik sekolah dan kami makan bersama kalau anak-anak ada kelas tambahan. Asal kawan ni dari sorabaya dan macam-macam makanan dia bawa tapi pedas banget semuanya. Semuanya tinggal kenangan dan dia pun dah balik ke sorabaya mengikut suami balik bertugas di tempat asal. Dia ada bagi resepi tapi Sue tak pernah buat sendiri dan semua buku resepi masih di miri. Biarlah untuk simpanan anak-anak. Biasa kalau kami nak makan beli bahan dan suruh dia masak je. Sue cuba cari di cik gugel rawon sedap dan menjumpai blog dari dapur mbak DIAH DIDI . Inilah kali pertama Sue cuba buat sendiri tapi ada yang Sue derhaka dengan resepi asal memandangkan bahan yang tak ada bersama Sue di sini. Maaf ya mbak Didi tapi resepnya enak sekali. Tak di nafikan memang sedap rasa supnya. Untuk memudahkan Sue guna pressure cooker tak terlalu lama sangat masak dan dagingnya empuk. Tak percaya cuba lah resepnya..
RAWON IGA@ DAGING/ INDONESIAN BLACK BEEF SOUP
Resepi: Diah Didi's Kitchen
Oleh: Sue Norrman
Bahan-bahan
500 gram daging sapi
1300 ml air
4 lembar daun limau purut(buang tulangnya)
1 batang serai - ambil putih sahaja(ketuk)
1 batang daun bawang -potong 1 cm
1/2 sdt serbuk ketumbar (Sue tambah)
1 sdt serbuk jintan putih (Sue tambah)
1 1/2 sdt teh garam
1-2 ketul kiub lembu
1/2 sdt lada sulah
1/2 sdm gula merah
3 sdm minyak untuk menumis
Bahan kisar Halus
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1-2 sdt kicap pekat (Sue tambah pengganti bauh keluak)
3 biji buah keluak (sue tak guna pasal tak ada)
1 cm kunyit hidup - bakar
3 biji buah keras
Bahan Sampingan:
sambal terasi/belacan
keropok udang
Tauge
Telur asin
Cara Memasak
1) Rebus daging dengan air sampai empuk dengan api kecil sehingga sukatan air rebusan menjadi 1000 ml.
2) Tumis bahan kisar, daun limau dan serai sampai naik bau. Kemudian
masukan ketumbar dan jintan putih. Tumis hingga pecah minyak.
3)Tambahkan daun bawang dan kacau rata.
4) Tuangkan bahan tumisan ke dalam rebusan daging. Masukkan garam, lada sulah dan gula merah. Masak sampai pekat.
Selamat Mencuba!
Makan dengan nasi panas dan Sue tambah kicap pedas becili untuk cicah daging. Hmmmmm... Nak cakap apa ye? Tak terkata dan MEMANG SEDAP!!
KRAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan