September 02, 2015

COD SWEET AND SOUR



Menu yang simple untuk dinner malam ni. Lama tak makan sweet and sour dan bila makan sendirian tak syok pula. Bahan-bahan semua ada dan tak fikir dua kali untuk membuatnya. Hari ni suami tak ada pilihan nak tak nak makan nasi juga. Ikan Sue guna frozen cod dan potong menjadi jejari. 


COD SWEET AND SOUR
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
400g ikan kod fille - cuci dan potong macam jejari
1/2 sdt lada sulah
Garam secukup rasa 

(B)
Tepung jagung secukupnya
1-2 biji putih telur - pukul hancur
Minyak untuk menggoreng

(C)
3 ulas bawang putih - cincang halus
1 tin kecil nanas- ambil airnya dan isi diguna kemudian
400ml air masak
5 sdm sos tomato
1 sdm sos tiram
1 sdt sos ikan
1 sdm plum sos
Gula dan garam secukup rasa

(D)
 1 biji bawang besar - potong dadu
1 biji paprika - potong dadu
Nanas- potong segitiga
1 batang saleri - potong rencong
10 biji buah tomato ceri

(E)
2 sdt tepung kentang/jagung + sedikit air untuk memekat kuah
1/2 biji limau nipis- perah ambil jus
(Boleh ganti dengan limau kasturi 3 biji tapi aroma tidak sama)

*Taburan terpulang apa yang disuka*

Cara
1) Gaul rata bahan (A).
2) Bahan (B)- Panaskan minyak dengan api sederhana. Kemudian gelek kesemua ikan tadi kedalam tepung. Bila nak menggoreng baru celupkan ikan kedalam putih telur. Goreng hingga keperangan dan jangan lama.
3) Goreng sampai habis dan ketepikan.
4) Bahan (C)- Tumis bawang putih terlebih dahulu hingga kuning dan masukan air nana dan air masak. Diikuti bahan-bahan lain dan biarkan memdidih dan rasakan secukupnya (MASAM MANIS).
5) Masukan bahan (D) dan kuar sekejap dalam 3 minit dan masukan bahan (E)- bancuhan tepung dahulu. Bila dan cukup pekat tutup api baru masukan jus limau nipis.
6) Kuah boleh di gaul bersama dengan ikan atau curah atas ikan. Terpulang pada cara sendiri.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM



BINGKA TELUR KASTAD


Tak keruan dibuatnya bila dalam kepala duk fikir nak makan bingka. Untuk melepas hajat Sue buat bingka telur je untuk minum petang kami. Resepi hasil ilham Sue sendiri dan bertahun menggunakan resepi yang sama untuk semua jenis bingka cuma kalau ada tambahan puree, ianya menjadi semakin sedap.
Resepi ni dah jauh merantau dan menjadi feveret keluarga kawan Sue di Turkmenistan. Tiap kali menggadakan apa-apa keramaian dan jamuan dia tetap membuat bingka dengan berbagai jenis perasa. Alhamdulillah dan syukur.. Sini Sue panjangkan lagi ilmu semoga memberi manfaat kepada semua teman-teman..


BINGKA TELUR KASTAD
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
(A) 
4 biji telur ayam 'A'
150g gula pasir

(B)
180g tepung gandum
50g tepung kastad 
1/2 tin kecil susu pekat manis (kalau tak nak manis kurangkan gula)

(C)
400ml santan pekat
200ml susu cair
100g mentega- cairkan
Pewarna kuning sedikit

(D) 
200ml air panas mendidih

Cara
*Panaskan oven pada suhu 180 degrees*
1) Satukan bahan (A) dan kuar menggunakan senduk kayu sehingga gula hancur sahaja.
2) Kemudian masukan bahan (B) satu persatu dan kuar sebati.
3) Masukan bahan (C) dan sebatikan lagi dan akhir sekali masukan bahan (D). 
4) Sapu loyang 9 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas mintak. Tuang adunan dan bakar selama 40-50 minit api bawah (bergantung pada oven masing-masing. Kalau nak lebih keperangan lebihkan lagi masa membakar). 10 minit terakhir guna api atas bawah sehingga permukaanya  keperangan.
5) Rehatkan sekejap dalam oven setelah masak baru keluarkan dan biarkan sejuk sepenuhnya.

*Adunan memang agak cair dan jangan tambah apa-apa tepung. Kalau di tambah tepung lagi ianya menjadi keras.*

SELAMAT MENCUBA!

KRAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...