Memaparkan catatan dengan label NASI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NASI. Papar semua catatan

Januari 14, 2019

Nasi Safron Ayam Mudah Dan Sedap.





ASSALAMUALAIKUM!

Selamat pagi dan selamat bekerja semua.. Semoga ceria selalu.

Alhamdulillah hari SN nak entri resepi yang  tertangguh hihihi. Bila cuaca sekarang semakin sejuk mood M pun bersarang juga. Tapi SN cuba untuk update juga sementara nak balik Malaysia hujung bulan nanti. Bila dah balik memang susah nak update lagi pun kali ini SN balik dengan seribu harapan.

OK!! Nasi safron ayam ni SN buat tahun lepas time ada kawan datang ke rumah. Last minit pun hal SN buat apa yang termampu sahaja. Jadi juga akhirnya walaupun ramuan masih ada yang kurang.  Bila dah masak walla harum semerbak baunya. Safron SN beli di kedai arab dalm bentuk serbuk tapi harga pun boleh tahan mahal nya. Cuma guna sedikit sahaja untuk warna dan rasa.

Berbalik pada resepi, ianya terpulang pada keselesaan masing masing ye sama ada nak guna dada ayam atau paha sahaja. Tapi SN suka guna paha ayam sebab tak banyak isi so tak muak sangat. Nak cuba jom tengok resepi.


NASI SAFRON AYAM
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
A.
2 ketul paha ayam - potong 2 dan bersihkan. Gaul dengan sedikit garam
Sedikit oregano kering
Sedikit minyak.

B.
2 cawan beras basmathi - cuci dan rendam dengan sedikit garam selama 1 jam. Toskan

C. 
1/2 biji bawang besar  - hiris panjang
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 biji buah pelaga 
1 helai daun bau - boleh skip kalau tak ada
1 kiub ayam
Sedikit garam
Sedikit safron - rendam dengan sedikit air
2 1/2 - 3 cawan air - guna cawan yang sama untuk menyukat beras (bergantung pada beras yang di gunakan)
1/2 sdm ghee
Sedikit minyak sunflower/ zaitun atau minyak masak biasa

Hiasan
Hirisan lemon
Cili benggala


Cara:

1. Bahan A - Panas kan minyak dan masukan ayam. Goreng sehingga keperangan dan balik sebelah lagi. Tabur sedikit oregano dan tutup api ketepikan.

2. Bahan C - Panaskan minyak dan ghee dengan api sederhana dan masukan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga kuning dan masukan air.

3. Kemudian masukan bahan selebihnya dan biar kan mendidih sebentar. Tutup api.

4. Dengan menggunakan periuk nasi elekrik, susun ayam dan masukan beras yang telah di tos tadi kemudian masukan air yang telah di masak tadi.

5. Masak seperti biasa. Bila nasi dah tukar kepada WARM tekan sekali butang COOK sehingga masak sepenuh.

6. Sedia untuk di saji dan tabur cili benggala dan lemon sebagai hiasan atas.



SELAMAT MENCUBA!



Disember 29, 2017

Birthday Santai Bersama Teman Di Perantauan



Assalamualaikum!!

Salam rindu buat teman SN tak kira di mana kalian berada.. 
Alhamdulillah hendaknya dan juga buat semua pembaca blog swesia Journey yang masih bertandang walaupun blog ini semakin hari semakin semun. Insyallah semoga di tahun akan datang tidak lama lagi SN akan cuba untuk entri seadanya dari tak ada langsung kan?

Juga buat EN yang kini sudah beransur pulih dari pembedahan pada bulan lepas dan kini berehat dan cuti sehingga bulan febuari tahun depan atas arahan doktor. EN kena pysio seminggu 2 kali untuk memudahkan pergerakan dan pulih tapi untuk pulih sepenuhnya akan mengambil masa 1 tahun dari apa yang doktor bagitahu.

OK....
Alhamdulillah dan terima kasih pada mu ya Allah kerana masih lagi memberi kesempatan dan kini usiaku semakin meningkat. Sempena ulang tahun kelahiran SN yang ke 41 pada 11 december lepas, SN masak sedikit dan jemput kawan serta doa selamat untuk EN sekali. Walaupun berada jauh dari keluarga tapi SN tetap nak buat juga kenduri kesyukuran untuk EN. Tiada yang special pun cuma masakan yang biasa biasa saja tapi yang paling win tu kerabu sotong ala thai. Ingat kan kami kami geng asian je yang nak makan rupanya matsalleh suami diorang pun makan juga hahahha.. sambal kerabu memang pedas berapi tapi tersangat sedap! Resepi dari kawan baik SN dan mohon maaf ye sebab resepi amanah yang beliau tidak mahu di kongsikan memandangkan itu resepi untuk beliau bernianga dan mencari rezeki. Apa pun kita kena hormat keputusan beliau.







Haaaa.. mewah kan??? sotong SN beli 3kg sekali hidang dah habis. Memang lumayan penangan kerabu sotong ni. Yang lain SN masak rendang ayam, bihun goreng udang kering, ayam goreng berempah, nasi minyak dan nasi putih, salad dan sos epal, tuscan chicken konon untuk suami suami kami tapi ramalan ku salah belaka. Yang tak di sangka itulah yang habis dulu. 






Tak terlupa juga acar timun sarawak yang semestinya ada dan jeruk cili. Sambal kerabu geng SN berbagi bawa balik. Alhamdulillah semua lauk habis dan yang ada lebih sikit SN kasi bawa balik. Suka sesangat sebab yang datang memang tak pernah makan masakan kita Malaysian. 
Kebiasaan swedish ni memang dah jadi adat.  Selepas makan mesti ada kopi dan dessert. Itulah yang menjadi praktik untuk kami yang berhijrah ke sini. Walau tak special pun dessert tapi kopi itu semestinya ada. Untuk makan 18 orang SN buat kek sendiri kerana teringin nak makan kek pandan gula melaka tapi tak sempat nak ambik gambar. Busy lah sangat hahhah...

Syukur semua happy dan semoga persahabatan kami kekal selamanya. Biala berjauhan teman lah menjadi sebahagian dari keluarga. Hidup kena pandai bila berada jauh dan tutur bicara kena jaga supaya kita tak hilang kawan. Insyallah.. SN akan update beberapa resepi yang termampu sebelum tahun 2017 melabuhkan tirainya. Resepi yang lama menunggu untuk di update dan semoga semua sahabat SN bergembira dan ceria selalu.

Salam sayang...


KRAM

Jun 13, 2017

Nasi Tomato Mudah dan Sedap



SALAM 18 RAMADHAN!

Alhamdulillah.. apa kbabar semua sahabat SN? Semoga sihat hendaknya dan aura raya dah menghampiri kita kan!
Tiada yang special untuk menu berbuka kami semalam hanya masak nasi tomato sama ayam masak merah simple dan jelatah timun je. Atas permintaan EN yang mesti ada dessert so SN buat kan brownies cheese marble juga. 

Masak untuk makan berdua dengan kuantiti yang sikit pun tak habis.. sedih. Selebihnya SN frozen elok elok tarik angin dalam packing bagi untuk tahan lama. Bila teringin dan malas nak masak stock ada senang keja kita hehe.. defrost dan kukus balik Insyallah kekal sedap. Jom kita tengok resepi..

Resepi ayam masak merah mudah DISINI


NASI TOMATO MUDAH
Resepi: Sue Norrman 

Bahan-bahan
2 cawan beras basmathi atau wangi - cuci dan toskan (SN guna cawan biasa free rice cooker)
2 biji tomato ranum - belah 4
3-4 sdm tomato sos
1/2 sdm tomato puree
2 cawan air - guna cawan yang sama menyukat beras
1/3 cawan susu cair
Serbuk perasa dan garam secukup rasa
Gula sedikit

(A)
1 sdm minyak sapi/ ghee
2-3 sdm minyak masak 
Sedikit kulit kayu manis
1 kuntum bunga anis
3 kuntum cengkih
1 biji buah pelaga
2 helai daun pandan - simpul

(B) Kisar halus
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
Sedikit halia


Cara
  1. Masukkan beras yang telah di cuci ke dalam periuk nasi. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dengan api sederhana. Kemudian masukkan rempah tumis dan daun pandan. Tumis sehingga wangi anggaran 2 minit.
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga bawang kuning dan masak.
  4. Kemudian masukkan air, sos tomato, tomato puree dan buah tomato. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan perasa dan susu cair.
  5. Rasa kan sekali lagi dan bila dan cukup tutup api.
  6. Tuang ke dalam periuk nasi yang dan sedia ada beras dan masak seperti memasak nasi biasa.
  7. Bila periuk dan bertukar ke 'KEEP WARM' biarkan sekejap dan boleh di carik. 
  8. Tekan semula butang 'COOK' dan biarkan bertukar ke warm lagi dan mati kan suiz.
  9. Sedia di sajikan bersama ayam masak merah dan jelatah simple. 

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM

Mei 29, 2017

NASI GORENG NANAS ALA THAI



Assalamualaikum dan salam 3 Ramadhan!

Apa khabar semua sahabat yang SN sayangi? Semoga semuanya sihat dan sentiasa dilindungi Allah swt. Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari yang ke-3 kita menunaikan ibadah puasa. Dengan cabaran dan dugaan pada musim panas sekarang semoga kita tetap bertabah menghadapinya.

Seperti biasa SN berterawih sendirian di rumah sahaja selepas 19 jam berpuasa. Makan pun tak lalu sebab letih kot dan bila berbuka banyak minum air dari makan. Cuma selepas terawih SN makan nasi sedikit dan minum teh panas. Tapi semalam kan.. air teh pun tak habis lagi SN dah tertido hehe... Bila tersedar jam dah 3.50am dan terlepas lagi sahur. Sedih tau!! Memang jarak antara maghrib ke sahur terlalu dekat dan bangun terus Subuh. Sebenarnya mata ni masih lagi meragam tak dapat tidur ikut masa sini. Insyallah sedikit masa lagi ok la tu.

Bulan puasa ni nafsu nak makan memang mengada-ngada kan? SN tak terkecuali tapi makan tak banyak mana pun. Semalam duk fikir nak buat kuih lah, agar-agar lah tapi akhir lain yang jadi. Di fikir balik nanti siapa yang nak makan? So semua terbatal. Bila nampak nanas yang dah 3 hari duk atas meja dan hampir kuning so SN tak fikir panjang set my mind buat nasi goreng nanas ala thai je. Simple mudah dan sekali jalan tak payah masak lauk tambahan. Nak cuba nasi goreng nanas simple? Mai tengok resepi nya...


NASI GORENG NANAS ALA THAI
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
2 cawan nasi sejuk ( sejukkan nasi terlebih dahulu dalam petiais semalam)
*Nasi yang di sejukkan senang nak goreng dan tidak melekit kalau menggunakan beras wangi sebab kanji nasi menyebabkan nasi akan melekat dan bergumpal*

Sedikit cili benggala merah/ hijau/ kuning atau boleh guna mana2 warna dan potong dadu kecil
Sedikit nanas - potong dadu dadu 
Sedikit udang dan sotong kalau suka seafood 
Minyak secukupnya untuk menumis

(A)
2 ulas bawang putih - cincang halus
Sedikit bawang besar - cincang halus

(B)
1 biji telur - pukul sekejap

(C)
1 sdt serbuk kari babas - kalau tak ada boleh guna apa2 je
1 sdm sos tiram
1/2 sdt paste tomyam

(D)
Sedikit serbuk ikan bilis
1/2 sdt sos ikan
Garam secukup rasa 


Cara
  1. Panaskan minyak ke dalam kuali dan masukkan bahan A. Tumis sehingga bawang kuning.
  2. Kemudian masukkan telur biarkan sekejap dan kacau. Masukkan udang dan sotong dan terus di kacau sehingga separuh masak.
  3. Masukkan serbuk kari dan kacau sekejap di ikuti sos tiram dan tomyam paste. Tumis lagi sehingga sebati dan masukkan nasi.
  4. kacau nasi sehingga sebati dengan bahan-bahan lain dan masukan serbuk ikan bilis, sos ikan dan garam ( Rasakan secukupnya jangan terlajak garam.)
  5. Akhir sekali masukkan cili benggala dan goreng sebati. Di ikuti nanas dan goreng lagi dalam 5 minit dan tutup api.
  6. Sedia untuk di nikmati dengan telur dadar dan sambal belacan.. Sedap!

SELAMAT MENCUBA!

Ogos 14, 2016

BIBIMBAP - Korean mixed rice with veggies and meat


Semalam ke Japan hari ni ke Korea pula... Bibimbap dalam bahasa korea dan orang putih pula panggil mixed rice with veggies and meat. Teringin nak makan bibimbap semenjak balik dari malaysia jun lepas. Alhamdulillah craving satisfied walaupun hanya menggunakan asas sayur yang wajib. Manakala daging pula sue goreng sekejap sebab tekak tak lalu makan yang raw walaupun dah di merinate.

Resepi sue ambil dari youtube dari resepi famous chef Maangchi. Semua masakan chef ni memang terliur melihatnya. Kalau nak tengok cara beliau membuat bibimbap DISINI
Untuk resepi full DISINI

Menu makan malam sue ini saja dan ianya memang mengenyangkan walaupun tanpa nasi tapi sue makan bersama semangkuk kecil nasi. Kalau nak ikut full resepi banyak tu tapi sue kurangkan kuantiti dan cuma menggunakan sayur yang ada sahaja. Yang lain insyallah boleh cuba next time. Sini sue kongsi cara mudah menyediakannya untuk makan berdua.



BIBIMBAP - KOREAN MIXED RICE
By: Sue Norrman

Bahan-bahan
1 mangkuk kecil tauge - cuci bersih
1 ikat sayur bayam - buang akar dan cuci bersih dan toskan kemudian di perah menjadi macam bola - ketepikan.
1 batang lobak merah saiz sedang - potong kecil besar batang mancis
1 mangkuk kecil cili benggala (merah/ kuning) - potong panjang macam lobak merah
1/2 biji timun - buang sedikit empulur dan hiris jangan terlalu nipis
200g daging batang pinang - hiris nipis dan potong sebesar jari kecil
4 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 sdm madu
Kicap cair secukupnya
Garam secukupnya 
Bijan putih - sangai kuning
2 - 3 telur - goreng mata lembu 
Minyak bijan secukupnya
Nasi putih secukupnya
Minyak secukupnya


Cara
*Tauge -  rebus tauge dengan air secukupnya selama 20 minit dan tudungkan. Ketika merebus jangan di buka tudung dan biarkan ianya masak sampai tempoh yang dikehendaki. Setelah masak, cedok menggunakan penapis dan letak kedalam mangkuk dan biarkan sejuk. Kemudian ambil sedikit bawang putih tumbuk, sedikit minyak bijan dan sedikit garam. Gaul sebati dan ketepikan.

*Bayam - bayam yang dah di bentuk jadi bola di potong 2 inci. Masukkan 3/4 sdt kicap cair, 3/4 sdt minyak bijan, sedikit bawang putih dan bijan goreng. Gaul sebati dan ketepikan.

*Lobak merah - panaskan sedikit minyak dan tumis sehingga layu sekejap dalam 1 minit dan tutup api dan letak dalam mangkuk.

*Cili benggala - panaskan sedikit minyak dan tumis sehingga layu sekejap dalam 1 minit dan tutup api dan letak dalam mangkuk.

*Timun -  panaskan sedikit minyak dan tumis sehingga layu sekejap dan masukkan sedikit bawang putih dan gaul sebati. Tutup api dan letak dalam mangkuk.

*Daging - gaul sebati bersama 1 sdm madu, 3/4 sdm kicap cair, 1 sdt bawang putih tumbuk, 11/2 sdt minyak bijan. Perap selama 1/2 jam dan tumis sedikit dengan sedikit minyak sehingga bertukar warna dan tabur sedikit bijan goreng. Gaul sebati dan tutup api.
(resepi asal ianya tidak di tumis tapi sue tak suka so kita tumis sekejap)

>>Sediakan pinggan cebung kemudian letak nasi dan  ratakan. Susun sayuran dan daging di keliling pinggan dan letak telur goreng di tengahnya. Tabur sedikit bijan dan sedia untuk di makan.


SELAMAT MENCUBA!

Jun 21, 2016

NASI MINYAK KENDURI


ALHAMDULILLAH...
Lauk ala kenduri yang sue masak semalam baru berkesempatan entri. Lama benar rasanya tak makan nasi kenduri kan? lebih lagi nasi minyak kenduri kahwin. Jadinya semalam dapat masak nasi minyak untuk makan berdua sebelum suami sue pergi atas urusan kerja ke Aberdeen pagi tadi. Menu yang simple untuk berbuka dan lumayan juga makan dan bertambah. Kebiasaan nasi ini juga sue selalu buat untuk hari raya open house dan kawan-kawan sue yang biasa datang akan bertanya ada tak buat nasi minyak? Maka nasi ini kira nasi wajib untuk hari raya open house rumah sue sebelum berhijrah ke sweden.


NASI MINYAK KENDURI 
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan (untuk 2-3 orang)
2 cawan beras basmathi - rendam 20 minit dan toskan 
(sue menggunakan cawan seperti dalam gambar dibawah)
 
*Kalau menggunakan beras wangi jangan direndam. Cuci sahaja dan toskan*


(A)
1 batang kecil kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
2 biji buah pelaga
1 bunga lawang
1 sdm minyak sapi/ ghee
11/2 sdm minyak masak
1/2 biji bawang besar saiz sederhana - hiris nipis
1 helai daun pandan - simpul  
1 batang serai - ketuk

Bahan kisar halus
5-6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia 

(B)
1 3/4 - 2 cawan air dan guna cawan yang sama menyukat beras. Bergantung pada kualiti beras. Kalau beras yang sue guna airnya dikurangkan.
1 sdm sos tomato + 1/2 sdm sos cili
Garam dan serbuk perasa secukupnya 
1/3 sdt gula pasir

(C)
3/4 cawan susu cair

(D)
Kismis kuning/ hitam secukupnya








Cara 


1) Sediakan bahan-bahan untuk menumis.


2) Tumis bahan A sehingga bawang layu. (sue tak ada daun pandan) Ianya untuk mewangikan tumisan dan nasi.


3) Kemudian  masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga kuning dengan api sederhana.


4) Masukkan bahan B dan rasa perisa secukupnya. Biarkan air mendidih sekejap.


5) Tuang bahan C dan kacau sebati dan mendidih dalam 1-2 minit.


6) Salin bahan yang telah di masak tadi kedalam periuk nasi.


7) Masukkan beras dan kacau sebati. Tutup tudung periuk dan masak seperti masak nasi biasa sehingga bertukar 'keep warm'.

8) Buka tudung periuk, carik nasi dengan garpu dan tabur bahan D. Tutup semula tudung periuk  dan tekan lagi butang cook. Biarkan ianya masak lagi sehingga bertukar kepada keep warm dan masak sepenuhnya.


SELAMAT MENCUBA!

KRAM

Februari 25, 2016

SHRIMPS AND CABBAGE PICKLES CONGEE


ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI SEMUA...
Pepagi dah entri sebelum meneruskan kerja selanjutnya. Bubur udang ni sue buat semalam untuk makan tengahari. Lama rasanya tak buat bubur nasi berlauk lagipun nak masak banyak tidak ada teman makan. Bubur nasi ni sedap dimakan dengan halia goreng dan ketika musim sejuk begini. Bahan dan cara yang mudah sekali untuk dimasak.. Jom...


SHRIMPS AND CABBAGE PICKLES CONGEE
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
Untuk nasi bubur
1 cawan beras jasmine (sue guna basmathi) - cuci bersih dan rendam selama 1 jam
1 helai daun pandan - simpul
1-1.5L air untuk memasak nasi
(Kalau nak sedap boleh guna stok ayam untuk memasak nasi)
 
Bahan kisar halus
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia
Minyak secukupnya untuk menumis

(A)
1/2 biji bawang besar - cincang halus
10 ekor udang saiz sedang - buang kulit dan tahi belangkangnya - cincang halus*

(B)
1/2 mangkuk jeruk kobis yang telah di cincang halus
1-2 ketul kiub sayuran
1 sdt gula pasir
Garam secukupnya
Sedikit lada sulah

Bahan sampingan
Udang secukupnya - buang kulit dan tahi - rebus sekejap
Halia goreng
Daun bawang 

Cara
1) Nasi bubur-  Masak menggunakan api sederhana sehingga beras empuk dan hancur. Kalau air tidak mencukupi tambah lagi sedikit-sedikit sehingga berul-betul pekat dan hancur. ketepikan
2) Tumis bahan kisar sehingga kuning dan masukkan bahan A kecuali (*). Tumis lagi sehingga bawang layu, masukkan (*) dan kacau sebati.
3) Kemudian masukkan bahan yang telah di tumis tadi kedalam bubur nasi dan panaskan semula nasi tadi menggunakan api sederhana.
4) Masukkan bahan B kacau sebati dan rasa secukupnya. Tutup api.
*Kalau terlalu pekat tambah lagi sedikit air panas*
5) Hidang bersama bahan sampingan dan tambahan pada selera masing-masing.


HALIA GORENG
Bahan-bahan
Halia secukupnya - hiris nipis dan potong memanjang anggaran 2 inci
Sedikit tepung gandum
Garam dan lada sulah sedikit
Minyak untuk menggoreng

Cara
Gaul semua bahan sehingga sebati dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas dengan api sederhana. 
*Minyak mesti lebih ketika menggoreng supaya ianya ranggup. Cara sama macam menggoreng bawang*

SELAMAT MENCUBA!



Februari 06, 2016

SAMBAL IKAN BILIS SEDAP


SELAMAT PAGI SEMUA..
Alhamdulillah semoga ceria hendaknya dan selamat berhujung minggu. Syok lah cuti hujung minggu terus bersambung sempena menyambut tahun baru cina. Kami di sini cuti tahunan tidak banyak pada yang bekerja tapi untuk sekolah cuti summer 3 bulan. 
Ketika itulah mereka cuti sakan dan untuk yang bekerja cuti khas untuk summer memang ada bergantung pada majikan berapa mereka bagi dan mendapat duit saku lagi tu kalau cuti summer. Best kan?
Nanti tiba masanya bercuti sue share pengembaraan musim panas. Tak tahu lagi nak kemana Insyallah doakan semoga sihat hendaknya. 
Ok.. ni menu sue 2 hari lepas untuk sarapan pagi. Kali ni sue buat sambal bilis pekat dan tidak berapa pedas. Manakala nasi sue buat simple cuma menggunakan santan cair sahaja. Tak nak makan banyak santan perut tak tahan hihihi..

Resepi sambal lain DISINI


SAMBAL IKAN BILIS
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A) Kisar halus
2 biji bawang besar
5 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih
1 biji buah keras
Minyak secukupnya untuk menumis  

(B)
1/2 inci belacan
1 mangkuk sedang cili giling
1/2 sdt serbuk kunyit 
1 mangkuk sedang ikan bilis- cuci bersih dan rendam sekejap.*

(C)
1 batang kecil serai - ketuk
1 ketul gula melaka
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
(kalau nak masukkan ajinomoto boleh tapi sue tak guna aji)

Cara
1) Panaskan minyak dengan api sederhana sehingga betul-betul panas.
2) Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga bawang layu dan garing.
3) Kemudian masukkan bahan B kecuali yang bertanda (*) dan tumis lagi sehingga cili giling pecah minyak dan masukkan ikan bilis.Biarkan ianya masak seketika dalam 20 minit.
4) Diikuti bahan C dan biarkan mereneh dengan api kecil. Bila dan cukup rasa masam yang dikehendaki, ambil keluar asam keping tadi. Tutup api dan sedia untuk di makan.

SELAMAT MENCUBA!



Januari 21, 2016

NASI GORENG ALA THAI


ASSALAMMUALAIKUM... hari ni sue entri awal resepi semalam. Sekarang pun kurang sihat dengan batuk dan selsesa sejak cuaca semakin sejuk.Sekarang suhu -16 celcius memang tahap tidak boleh tahan.
Nak buat apa kan Insyaallah sedikit masa lagi ok kot. So resepi nasi ala thai ni memang resepi sue tersendiri yang di guna di restoren dahulu. 
Alhamdulillah ianya amat mudah dan sedap. Terpulang nak masuk sayur apa tapi dulu kita guna sayur kailan. Sini nak dapat sayur kailan memang susah dan sue guna apa yang ada dalam peti sejuk je. Yang penting bahan asas mesti ada..

NASI GORENG ALA THAI
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
 (A)
1 biji bawang putih - cincang halus
Sedikit bawang besar - cincang halus
2 biji cili padi - potong halus atau tepek sahaja
1/2 sdt paste tomyam
Minyak sedikit untuk menumis

(B)
Ayam atau seafood - terpulang nak guna apa
1 biji telur - pukul hancur sedikit

(C)
1 mangkuk sedang nasi sejuk
3-4 batang sayur kailan - asingkan batang dan daun
Cili benggala - dadu kecil
Sedikit sos ikan
Serbuk perasa secukupnya
Garam jika perlu

Cara
1) Bahan A - Tumis bawang terlebih dahulu sehingga layu dan diikuti bahan seterusnya.
2) Masukan bahan B satu persatu dan tumis sehingga ayam atau seafood masak dan sebati.
3) Akhir sekali masukan bahan C. Terlebih dahulu batang sayur kailan dan tumis sekejap lagi baru masukan bahan lain.
4) Goreng kurang lebih 3-5 minit lagi dan tutup api.

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM
 

 




Disember 12, 2015

NASI BRIYANI AYAM SIMPLE


Assalamualaikum dan apa khabar?? 
Alhamdulillah baru berkesempatan entri memandangkan lately kita sibuk pindah, kemas barang dan sekolah semestinya.
Banyak yang KIV dan hari ni kita gaghi juga entri. Rindu pulak pada blog yang tak seberapa ni...
nasi ni ni kita buat 3-4 hari lepas bila teringin sangat nak makan briyani. Ni percubaan pertama kita guna rempah briyani dari Lebanon yang kita beli tempoh hari di kedai arab. Rasanya memang sedap tapi Sue tambah sikit dengan kari biasa, tak banyak pun 1/2 sdt je hihi..

NASI BRIYANI AYAM SIMPLE
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan 
2 cawan beras basmathi - cuci bersih dan rendam 1/2 jam. Toskan.

(A) Untuk stok ayam
2 ketul paha ayam
2 helai daun bay
1 biji buah pelaga
1 batang kecil kulit kayu manis
1 batang lotang kecil lobak merah - potong 3-4
1/2 batang saleri - potong 3-4
1/2 sdm rempah briyani
1/2 sdt serbuk kari ayam/daging
4 cawan air 

(B) Tumis
1 biji bawang besar - potong panjang
1-2 sdm minyak zaitun
1 sdt minyak sapi/ ghee

(C) Untuk masak nasi
1/2 cawan susu cair
11/2 cawan stok ayam 
Garam secukup rasa
*Bergantung pada jenis beras yang digunakan. Kenal pasti terlebih dahulu sukatan air yang biasa digunakan untuk memasak takut terlebih atau terkurang air dan kejadiannya tidak cantik*

(D) Taburan
Sedikit kacang peas
Lobak merah selepas merebus stok - potong dadu kecil
Kismis hitam/kuning

Ayam panggang simple
Paha ayam yang telah di rebus
1 sdm madu 1sdm jus lemon
garam secukup rasa
1/2 sdt lada hitam - tumbuk kasar
1 sdm minyak zaitun


 Cara
1) Bahan A - Rebus paha ayam menggunakan api kecil sehingga ayam timbul. Angkat ayam dan ketepikan sehingga suam.
2) Tapis stok rebusan tadi dan ketepikan.
3) Tumis bahan B sehingga bawang layu dan tutup api.
4) Masukan beras yang sudah di tos tadi ke dalam periuk nasi dan masukan bahan tumisan serta bahan C. Rasa secukupnya dan kacau sebati. Masak seperti biasa.
5) Bila nasi dan masak dan bertukar keep warm, Masukan bahan D dan carik menggunakan garpu dan tekan cook lagi dan masak sepenuhnya.
6) Untuk ayam panggang, satukan kesemua bahan-bahan dan bakar dalam oven pada suhu 180 api atas bawah sehingga keemasan ( anggaran 20-25 minit)

SELAMAT MENCUBA!


KRAM





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...