Februari 06, 2016

SAMBAL IKAN BILIS SEDAP


SELAMAT PAGI SEMUA..
Alhamdulillah semoga ceria hendaknya dan selamat berhujung minggu. Syok lah cuti hujung minggu terus bersambung sempena menyambut tahun baru cina. Kami di sini cuti tahunan tidak banyak pada yang bekerja tapi untuk sekolah cuti summer 3 bulan. 
Ketika itulah mereka cuti sakan dan untuk yang bekerja cuti khas untuk summer memang ada bergantung pada majikan berapa mereka bagi dan mendapat duit saku lagi tu kalau cuti summer. Best kan?
Nanti tiba masanya bercuti sue share pengembaraan musim panas. Tak tahu lagi nak kemana Insyallah doakan semoga sihat hendaknya. 
Ok.. ni menu sue 2 hari lepas untuk sarapan pagi. Kali ni sue buat sambal bilis pekat dan tidak berapa pedas. Manakala nasi sue buat simple cuma menggunakan santan cair sahaja. Tak nak makan banyak santan perut tak tahan hihihi..

Resepi sambal lain DISINI


SAMBAL IKAN BILIS
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A) Kisar halus
2 biji bawang besar
5 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih
1 biji buah keras
Minyak secukupnya untuk menumis  

(B)
1/2 inci belacan
1 mangkuk sedang cili giling
1/2 sdt serbuk kunyit 
1 mangkuk sedang ikan bilis- cuci bersih dan rendam sekejap.*

(C)
1 batang kecil serai - ketuk
1 ketul gula melaka
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
(kalau nak masukkan ajinomoto boleh tapi sue tak guna aji)

Cara
1) Panaskan minyak dengan api sederhana sehingga betul-betul panas.
2) Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga bawang layu dan garing.
3) Kemudian masukkan bahan B kecuali yang bertanda (*) dan tumis lagi sehingga cili giling pecah minyak dan masukkan ikan bilis.Biarkan ianya masak seketika dalam 20 minit.
4) Diikuti bahan C dan biarkan mereneh dengan api kecil. Bila dan cukup rasa masam yang dikehendaki, ambil keluar asam keping tadi. Tutup api dan sedia untuk di makan.

SELAMAT MENCUBA!



Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...