Januari 22, 2016

MASAK LEMAK TERUNG DAN TOMATO


Selamat pagi... Seperti biasa pepagi dah entri sebelum kerja lain bertambah. Semalam sue masak lauk kegemaran dan makan dengan ikan masin. Cuma masaknya tak pedas takut suami tidak dapat makan. Lebih-lebih lagi cuaca sejuk berselera sangat nasi pun bertambah hihihi.
Resepi yang mudah dan senang untuk dimasak cuma sue guna terung ungu yang bulat (urbergine). Cuma itu sahaja yang ada jual disini. Rasa pun tak kurangnya yang penting bahan lain untuk penyedapnya.

MASAK LEMAK TERUNG DAN TOMATO
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
1 sdm cili giling - nak pedas tambah lebih
Sedikit serbuk kunyit
Minyak sedikit untuk menumis

(B) Tumbuk/ kisar
5 biji bawang merah 
2 biji bawang putih
Sedikit udang kering - rendam dahulu
Sedikit belacan

(C) 
1-2 gelas air - kalau menggunakan santan fresh guna santan cair (kalau nak lebih kuah lebihkan sukatan)
2-3 batang terung - belah 4 dan potong 3 - 4 bergantung kepada saiz terung
2 biji tomato - belah 4 - 6
1 biji cili merah - buang biji dan hiris panjang
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perisa sedikit

(D)
1 cawan santan pekat

Cara
1) Tumis bahan A sehingga cili garing dan masukan bahan B. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
2)  Masuk bahan C satu persatu. Terlebih dahulu santan cair dan biarkan mereneh sekejap baru masukan bahan lain.
3) Biarkan mendidih dan rasa secukupnya baru masukan bahan D. Masak lagi dalam 2-3 minit sehingga santan naik menggelegak dan terus tutup api. Jangan sampai terlebih mendidih nanti santan pecah minyak.

 SELAMAT MENCUBA!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...