ALHAMDULILLAH...
Semalam sue teringin nak makan roti kawen tapi tak ada serikaya. Stok pun memang tak ada bukan nya kehabisan tapi memang tak beli. Roti pulak ada satu loaf besar dalam 2.3 kg yang somi sue beli sebelum ke japan 2 hari lepas. Nak buat cam mana kan terpaksa lah buat sendiri jawabnya.
Resepi yang mudah dan pasti enak memang mencukupi citarasa yang sue inginkan. Rasanya seakan serikaya homemade yang di jual di kedai roti. Tapi kenalah bersabar kalau nak mendapat tekstur dan hasil yang cantik. Rasanya dalam 3 jam juga sue masak serikaya ni. Lebih lama kita masak lebih tahan hayatnya tapi tak risau hangus sebab menggunakan keadah double boiler. Cuma air tu kita kena periksa selalu takut kekeringan nahas jadinya. Bertambah satu bala kan?
Resepi sue olah sendiri cuma menggunakan pandan paste aja. Nak guna daun pandan tapi dah frozen nanti rasanya tak berapa sedap. Kalau untuk masak dan mewangi masakan ok no problem tapi untuk mendapat jus nya maaf ye tak gerenti hamba. Nanti kalau ada daun pandan fresh sue akan buat lagi dan resepi pasti akan menyusul dengan menggunakan jus pandan pulak. Setakat ni menggunakan pandan paste pun dan cukup sedap. Tak percaya kena cuba buat baru tau sedap ke idak hihi..
SERI KAYA PANDAN HOMEMADE
Resepi: Sue Norrman
*Dapat satu botol dalam 500-600g*
Bahan-bahan
(A)
250ml santan pekat
300g gula pasir (sue guna gula kaster dalam 380g - sebabnya gula kami tak manis bukan dari tebu)
(B)
5 biji telur gred B - pukul hancur saja
1 sdt tepung gandum
1/2 sdt pandan paste
1/2 sdt esen vanilla
Cara
*Didihkan air kedalam periuk dengan api sederhana terlebih dahulu*
1) Kacau bahan A sehingga gula hancur.
2) Kemudian masukkan bahan B satu persatu dan kacau sehingga sebati. Tapiskan.
3) Tuang kedalam periuk bersih dan letak atas periuk yang berisi air mendidih tadi. Kacau selalu supaya ianya sebati dan rata sehingga pekat dan berkilat. tutup api dan biarkan atas periuk berisi air tadi sehingga air sejuk dengan sendirinya.
4) Bila dan sejuk boleh masukkan ke dalam botol kaca atau kontena kedap udara. Simpan dalam peti sejuk.
5) Sarapan dan minum petang dah lengkap untuk roti kawen ala kopitiam..
SELAMAT MENCUBA!
KRAM